2. Ghairah Dengan Pilihan Warna.
Ramai yang memilih warna berdasarkan warna kegemaran sendiri. Tak salah ikut cita rasa sendiri tetapi biar realistik. Adakala kita begitu teruja dengan warna merah, biru , ungu…apa je yang ada kat dalam buku cat tu. Selalunya warna terang mudah mencuri tumpuan mata dalam kod warna buku cat tu kan. Tapi silap pilih warna, rumah yang cantik leh jadi buruk. Nanti orang ingat rumah kita fun fair pulak.
Tenang, tengok dulu, apa warna perabot anda yang dominasi ruang rumah anda. Andai ia sudah gelap, janganlah ditambah dengan warna gelap. Begitu juga jika rumahnya sempit. Anda boleh memilih rona bumi atau pastel , atau biasan keputihan. Jangan pandang sepi kod warna pucat tu kerana selalunya itulahl warna yang memberi seri pada rumah anda. Dari situ leh short listedkan warna apa yang berkenan di hati. Cara terbaik dan selamat, warna pastel yang lembut. Jadi ruang lebih seimbang antara warna perabot sedia ada dan dinding rumahnya.
3. Tayang Semua Benda Dalam Kabinet Penstoran
Ada di antara kita yang lebih senang memilih kabinet beli sendiri dari bina dalam. Itu tak jadi hal. Cuma kalau menempatkan kabinet pamer ke di ruang utama, jangan pilih yang terbuka jika banyak benda anda nak simpan. Susunlah dengan cantik sebagai hiasan. Cuma ada benda lain kena disimpan dengan teratur tetapi bukan untuk tontonan ramai. Jadi pilih kabinet tertutup, simple dan kalau boleh yang nampak macam dinding rumah anda agar mengaburi pandangan dan saiz ruang….jangan sampai anda tak dapat cari kabinet anda sudah ..
4. Tiru Berlainan Jenis
“Saya suka kemasan lantai kayu gelap, sama dengan perabot jati nampak elegan macam rumah semi D kawan saya. Jadi saya tiru untuk rumah flat saya ni”….Dengan perabot jati , kemasan kayu gelap dan cat juga rona coklat gelap konon nak sedondon, ruang kecil itu nampak agak berat dan penuh sesak. Jadi jangan meniru rumah cantik tetapi berbeza jenisnya. Tirulah rumah cantik yang sama jenis dengan kediaman anda…baru praktikal
Jika rumahnya agak panas, ditambah pula terletak di blok tengah, kena sinar matahari petang, kemasan lantai jubin dilihat lebih sesuai agar memberi keselesaan berpijak dengan rona dingin seperti hijau pudina atau putih kekelabuan.Jika rumahnya mahu berlantai kayu, apa kata memilih rona perang kekuningan terang seperti ramin agar suasana nampak segar, riang dan’ringan’ macam kediaman moden di Jepun yang comel itu.
4. Rambang Mata Kemasan Dinding
Selain cat, ramai juga yang ghairah dan rambang mata bila melihat corak kertas dinding. Maklumlah kini banyak kertas dinding yang cantik dan menarik pandangan. Sampai ada yang memilih corak sarat , bersaiz besar dan berkerawang mewah biarpun corak tersebut tiada kena mengena dengan dekorasi rumahnya. Memang jika dilihat dari buku contoh ia sangat mengkagumkan. Tuan rumah yang berhasrat tinggi, sudah pasti mahukan yang paling ‘meletop’ untuk rumahnya. Betul!
Tetapi jangan lupa semua elemen dalam rumah kita saling berkait. Bukan berdiri sendiri . Tersilap pilih corak, sudahnya rumah nampak sesak tambah dengan perabot lagi. Jadi anda kena tegas dengan pendirian. Apakah impak yang anda mahukan?ini kertas dinding lebih molek dijadikan feature wall sahaja. Tidak perlu sampai bungkus satu rumah. Selain warna samar, corak belang vertikal atau corak bunga kecil juga dianggap sesuai. Anda juga boleh memilih kertas dinding yang mempunyai kesan tekstur atau 2D visual binaan seperti susunan batu-bata yang bebas lepaan.