Dekorasi

Atasi Jentik-Jentik Di Kawasan Rumah Dengan Bahan Semulajadi!

Share

Jentik-jenik merupakan larva atau telur nyamuk yang membiak di dalam air. Jika dibiarkan dan tidak dihindar, ia boleh mengakibatkan demam denggi.

Selain perlu rajin salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga serta kolam mandi, anda juga boleh gunakan bahan-bahan ini untuk membasmi jentik-jentik sebelum ia merebak dengan lebih parah lagi.

DAUN SIRIH


Segenggam daun sirih muda direbus dengan 1 liter air. Rebus daun sirih sehingga layu dan sejukkan air rebusannya selama beberapa minit. Setelah air rebusan sirih ini sejuk, tuangkan air rebusan sirih ke dalam kolam mandi. Daun sirih dapat menjadi antiseptik alami untuk membasmi pembiakan jentik-jentik di kolam mandi anda.

GARAM KASAR


Percayakah anda bahawa garam kasar boleh digunakan untuk membasmi jentik-jentik yang sudah membiak banyak? Garam kasar yang hendak digunakan harus dicuci terlebih dahulu. Setelah itu, jemur garam sampai kering, lalu tumbuk sampai halus. Taburkan serbuk garam ini ke koalm mandi atau kolam ikan. Dijamin, jentik-jentik yang berada di dalam air akan terus mati dengan segera kerana garam kasar memiliki tahap kemasinan yang sangat tinggi.

IKAN GUPPY


Tidak semua ikan suka memakan jentik-jentik. Namun, ikan guppy sangat menyukai jentik-jentik. Anda boleh meletakkan ikan gapi di buyung dan kolam ikan anda. Ikan guppy akan membasmi jentik-jentik yang berada di air.

Selamat mencuba!

Mesti Baca: Nubhan Beri Kejutan, Cantik Hasil Renovasi Dapur Baru ‘Mak Jenny’


Baca Lagi Di Sini: Kemas Hasil Kerja Pelajar Tingkatan 4 & 5 Kemahiran (PVMA), Buat Kabinet Dapur Macam ‘Pro’! 
Artikel Menarik: Rancang Betul-Betul, Elak 10 Kesilapan SEBELUM Bina Kabinet Dapur Supaya Tak Menyesal

Follow kami di WEBSITETELEGRAMINSTAGRAMTIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Nana