Masalah nyamuk dalam rumah bukan sahaja mengganggu tetapi juga boleh membahayakan kesihatan kerana nyamuk adalah pembawa beberapa penyakit berbahaya seperti denggi dan malaria.

Walaupun terdapat banyak produk di pasaran untuk mengendalikan nyamuk, penggunaan bahan semula jadi adalah alternatif yang selamat dan mesra alam.

Gunakan serai dan daun pandan

Cuma layurkan saja dua daun ini atas api sekejap. Waktu ini memang wangi satu rumah. Kemudian hiris halus seperti bunga rampai dan masukkan dalam bekas.

Atasi Masalah Nyamuk Banyak Dalam Rumah Guna Bahan Semula Jadi!

Ads

Letak di sudut bilik atau ruang. Menurut Wan Erni Suria yang berkongsi petua ini selepas mempraktikkannya hampir tiga minggu masalah nyamuk berkurang hamper 90 peratus.

Atasi Masalah Nyamuk Banyak Dalam Rumah Guna Bahan Semula Jadi!

EKSTRA

Satu lagi cara adalah dengan meletakkan pokok Jeremin atau pokok lima jari di dalam rumah. Pokok jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol, penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya.

Ads

Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana ia akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk.

Sumber: Wan Erni Suria

IMPIANA : Moga selepas ini rumah anda bebas dari gangguan nyamuk dan lebih nyaman untuk dihuni.

Ads

Mesti Baca: Pernah Jadi Hotel, Kediaman Mewah Saif Ali Khan & Kareena Kapoor Bernilai RM500 Juta!
Baca Lagi Di Sini: Cara Cepat Biakkan Kunyit Dan Halia
Artikel Menarik:Potong Tanaman Kunyit & Halia Tanpa Korek Isi Keluar. Jimat Dengan Cara Ini!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI