Masalah salur air tersumbat dalam bilik mandi adalah satu isu yang kerap dialami oleh ramai orang.

Ia boleh menyebabkan air bertakung dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Tersumbatnya salur air biasanya disebabkan oleh rambut, sabun, dan kotoran yang terkumpul dalam jangka masa yang panjang.

Supaya dapat jimat, perkongsian dari Zuhri Mohd ini boleh dijadikan panduan untuk menyelesaikan masalah air bertakung dalam bilik air.

Cara selesaikan masalah air bertakung dalam bilik air

Atasi Masalah Salur Air Tersumbat Dalam Bilik Mandi. Guna Satu Alat Ini Saja
Bilik air tersumbat

Ujar Zuhri cara untuk atasi masalah air bertakung di bilik air ini mudah saja. Paling penting kena ada batang getah atau sewage cleaning rod ini. Boleh dibeli di kedai hardware dengan harga RM80. Boleh juga beli online, lebih murah. Klik SINI untuk link pembelian cleaning rod.

Atasi Masalah Salur Air Tersumbat Dalam Bilik Mandi. Guna Satu Alat Ini Saja

Alat ini berbaloi dibeli  dan simpan untuk selesaikan masalah saluran air tersumbat yang biasa berlaku di rumah. Cara menggunakannya;

Ads
  1. Ambil batang getah tadi dan masukkan ke dalam saluran air keluar, tekan perlahan-lahan.

Atasi Masalah Salur Air Tersumbat Dalam Bilik Mandi. Guna Satu Alat Ini Saja

2. Kemudian tarik ke atas dengan laju supaya kalau ada gumpalan rambut atau kotoran akan terlerai dan disedut keluar sekali.

3. Buat beberapa kali gerakan tekan ke bawah dan tarik hingga air tidak lagi bertakung.

4. Kemudian boleh uji, penuhkan air dalam baldi dan curah untuk lihat air bertakung lagi atau tidak. Jika masih bertakung buat sekali lagi.

Ads

Untuk lebih jelas boleh lihat video perkongsian Zuhri ini.

@sayazuhri Cara selesaikan masalah air bertakung. #fyp #foryou #learnontiktok #fypp #learonzuhri #ticerzuhri ♬ original sound – zuhrimohd

Semoga bermanfaat

Mesti Baca : Pokok Diserang Bena Musim Hujan, Rawat Dengan Air Rebusan Cengkih
Baca Lagi Di Sini:Privasikan Ruang ‘Porch’ Tanpa Naik Konkrit. Jimat Kos Dan Cantik!
Artikel Menarik: Cara BETUL Tanam Sendiri Bawang Merah, 2 Bulan Dah Boleh Tuai!

Ads

IMPIANA: Dengan hanya menggunakan plunger, anda dapat mengatasi masalah salur air tersumbat dengan mudah dan cepat. Jadi, tiada lagi masalah air bertakung dalam bilik mandi anda. Selamat mencuba!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Sumber:  Zuhri

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI