Membuang sampah yang ada di rumah ada adabnya. Meskipun hanya membuang sampah, sisa dapur mahupun serpihan sisa kaca/cermin atau benda tajam, perlulah bersikap ehsan dan fikirkan keselamatan tukang kutip sampah juga bagi mengelakkan kecederaan. Ada cara yang betul dan selamat untuk membuang sisa barangan tajam sebegini.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Dinas Elni ini sebagai panduan;
Cara Membuang Sisa Kaca/Cermin atau Benda Tajam
Ini jadi malam tadi. Masa kami tengah makan malam di bawah, dengar benda jatuh di tingkat atas. Bila naik lepas isyak buka bilik air dan nampak ni pastu cakap dalam hati, “I really don’t want to deal with this now”
Cermin luruh berkecai dan masuk sebahagian dalam lubang jamban. Tutup pintu bilik air, kita tidur dulu and deal with it bila dah ada mood. Bilik air ada tiga, takde hal nak tutup sementara satu bilik air. Maka saya biarkan sampai pagi ini baru layan mengemas.
Kemas Dalam Keadaan Kering
Prinsip membersih ni, “Lebih mudah dalam keadaan kering berbanding basah”. Ini terpakai untuk membersih habuk, tanah, dan benda berkecai macam cermin ni. Oleh sebab saya dah biarkan semalaman, lantai bilik air pun dah kering betul maka mudah nak diuruskan serpihan kaca yang ada.
Guna Tong Biskut/ Botol Sabun Untuk Serpihan Kecil
Untuk membuang kaca/cermin/jarum/apa saja benda tajam, kita perlu fikirkan tukang kutip sampah. Ihsan perlu ada dalam semua yang dilakukan. Biasanya untuk serpihan kecil macam pinggan, cawan saya gunakan tong biskut atau botol sabun besar untuk mengumpul semua serpihan. Kemudian labelkan besar-besar “Hati-hati! Serpihan Kaca!” gitu.
Guna Kotak Untuk Serpihan Besar
Tapi disebabkan serpihan cermin ini agak besar maka terpaksa gunakan kotak. Kotak tak berapa elok sebab jika hujan boleh basah berderai dan terkeluarlah serpihan tadi membahayakan orang lain.
Sediakan kotak, penyodok dan penyapu serta bubble wrap. Jangan lupa sarung tangan getah dan selipar untuk elak kecederaan.
Alas bahagian dalam kotak supaya takde serpihan terkeluar. Kutip semua serpihan besar, balut dalam bubble wrap sebelum diletakkan dalam kotak. Kemudian sapu serpihan kecil, kumpul dan balut dalam bubblewrap juga.
Kerja menyapu jadi mudah sebab lantai kering. Nak guna vacuum pun lagi elok tapi kebanyakan vakum untuk kegunaan rumah tak benarkan sedut kaca. Vakum industri atau kegunaan bengkel boleh digunakan untuk sedut serpihan kaca.
Selepas selesai semua yang di atas lantai baru saya bersihkan serpihan yang termasuk dalam lubang jamban. Berbalik pada prinsip tadi, bersihkan yang kering dulu baru yang basah. Buat yang senang baru yang susah.
Balut Kotak & Label Besar-Besar
Balut kotak dengan elok dan label besar-besar sebelum letak di tong sampah. Di Malaysia buat masa ni amat susah untuk mencari pusat kitar semula yang menerima sisa kaca. Jadi terpaksa buang terus ke tong sampah. Saya ada hati nak upcycle serpihan ni untuk projek DIY (contoh gambar last), jadi letak sebelah dulu.
Moga jadi panduan untuk semua.
IMPIANA: Memang ada benarnya, nak buang sisa kaca/cermin atau benda tajam ni kena lebih berhati-hati. Ikut cara yang betul supaya lebih selamat dan tidak cedera.
Bila baju yang dibasuh tak berapa nak bersih, pulak tu ada kesan sabun masih melekat pada pakaian mesti ibu-ibu tak puas hati. Ia bukan sekadar nampak tak bersih, malah akan menggandakan kerja si ibu. Terkesan dengan keadaan tersebut, seorang wanita Ana Mariana Mariana mengambil langkah proaktif dengan mencuci dan servis sendiri mesin basuh miliknya selepas melihat perkongsian dari sahabat lain di media sosial. Berikut adalah cara yang dilakukan oleh Puan Ana untuk mencuci keseluruhan mesin basuhnya.
1. Buka skru di empat penjuru pada bahagian penutup atas badan mesin basuh
2. Buka klip tepi drum
3. Tanggalkan topi yang ada pada bahagian dalam drum.
4. Buka skru di dalam tempat yang kita buka tudung tadi
5. Cabut plastik lantai dalam drum tadi
6. Buka skru di bahagian bawah drum pula, tapi harus hati-hati takut terpatah sebab skru di dalam tempat ni biasa dah berkarat dan ketat. Nak mudah gunakan pelincir atau semburan anti karat
7. Kondisi drum apabila dikeluarkan penuh kotoran
8. Sental keseluruhan body drum dengan berus lembut
9. Dah bersih, boleh lah pasang semula
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
3 Jenis Daun Ini Mampu Cegah Kehadiran Tikus Dalam Kediaman Anda, kalau tak percaya cuba tanam atau simpan daun-daun ini.
Rimas dengan kehadiran si tikus di kediaman. Pelbagai langkah sama ada dari segi penggunaan racun perangkap telah dilakukan. Bukan nya makin berkurangan malah semakin banyak. Kalau nak guna racun pulak, bila si tikus mati di tempat-tempat tersorok dah susah pula nak mencari bangkainya. Biasanya satu rumah habis di pungah. Tapi ada 3 bahan alami ini mampu menyelesaikan masalah anda. Ia tidak membunuh, tetapi mencegah kehadiran tikus ke kediaman anda.
1. Daun durian belanda
Letakkan daun durian belanda di tempat yang kerap menjadi laluan tikus. Lagi banyak lagi elok. Sebelum diletakkan, siat-siat atau ramas daun durian belanda tersebut. Bau yang terhasil dari daun durian belanda amat tidak digemari oleh tikus. Tapi ambil yang matang sahaja untuk tahan lebih lama. Yang muda dan terlalu matang baunya tidak cukup kuat dan tidak dapat menakutkan tikus.
Bukan sekadar anda berjaya mencegah kehadiran tikus di kediaman, malah tungau, kutu beras dan pelbagai serangga yang kerap menjadikan rumah sebagai habitat mereka pun akan mula menjauhi kediaman anda.
2. Buah mengkudu
Buah mengkudu banyak dimanfaatkan sebagai ubatan sama ada secara tradisional mahupun moden. Tapi mesti ramai tak tahu, buah mengkudu pun boleh elak kehadiran tikus di rumah kan?
Potong buah mengkudu yang tidak terlalu muda dan tidak masak. Yang sedang-sedang sahaja. Potong 4-6 bahagian dari sebiji buah dan letakkan di penjuru dan kawasan yang menjadi laluan tikus.
3. Daun pudina
Seperti mengkudu, daun pudina juga mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan. Selain menjadi sebahagian ramuan di dalam masakan. Aroma segar daun pudina yang digemari oleh manusia sebenarnya mengancam tikus.
Namun kaedah penyediaanya sedikit rumit. Tumbuk atau kisar daun pudina sehingga halus, dicampurkan dengan air kemudian ditapis. Masukkan air tapisan daun pudina tersebut ke dalam penyembur dan sembur sekeliling rumah dan mana-mana kawasan yang berpotensi menjadi laluan tikus. Ulang semburan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.