Dalam kita kerja seharian dan melayan kerenah anak-anak, pasti 1,2 di antara kita yang stress atau migrain dibuatnya . Tekanan kerja dan persekitaran…
Tip Dekorasi Kurangkan Stress
- Cari warna yang menyejukkan. Rona dingin boleh memberi impak yang bagus. Jika tidak di dinding, kenakan pada aksesori atau kemasan lembut.
- BIRU SAMAR SELALU MEMBANTU MEMBERI KELEGAAN APATAH LAGI DENGAN LAMPU MEJA TEDUH
- TURQOISE KEBIRUAN MEMANGLAH DAH MACAM HOSPITAL TETAPI MEMBERI RASA SENANG DAN LAPANG TATKALA MELIHATNYA. NAK PULA JIKA KAMAR ANDA BERHAWA DINGIN.
- PILIHAN HARMONI MEMBERI RASA SENANG DAN SANTAI.
- Elemen air tidak kita water curtain, pancuran atau apa sahaja yang boleh memberi rasa selesa, tenang apatah lagi dengan bunyi-bunyian titisan air.
- BUNYI-BUNYIAN AIR MEMBERI KELEGAAN DAN MENYUNTIK RASA TENANG
- Anda seorang berjiwa visual? Pilih sahaja kertas dinding bervisual pemandangan yang menyenangkan. Satu dinding saja tau….
- SIAPA KATA GAMBAR KEDAM ATAU SAYU TIDAK MEMBANTU? ANDA YANG MEMPUNYAI MIGRAIN BOLEH MENCUBANYA
- Belalah ikan jika mahu. Adakala melihat ikan berenang – renang di dalam akuarium buat hati kita tenang dan terhibur..
- Kincir angin boleh digantung pada ruang kediaman. Tidak kiralah di mana letaknya, asal bunyi gemeresiknya boleh didengar.
- JIKA BOLEH LETAKKAN JAUH KERINCING ANGINNYA DARI RUANG KAMAR ATAU RUANG TAMU. IA LEBIH MERDU JIKA DI DENGAR SAMAR -SAMAR ATAU SAYUP-SAYUP GITU….
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bosan Dengan Dekor Ruang Tamu Lama? Jom Ubah Dapatkan Nafas Baru
Ruang yang cantik sudah pasti mampu membeli jiwa sesiapa yang memandang. Pelbagai ragam dan idea boleh disatukan dengan mesra jika kena dengan caranya.
Moden Kontemporari
Konsep ini sering menjadi pilihan ramai, gaya dan susun atur penataan dalam pilihan gaya moden kontemporari ini dengan penggunaan warna neutral, putih atau hitam sebagai warna dominan yang digayakan bersama warna-warna ceria sebagai elemen penyeri. Ia juga boleh disuntik pada perabot, kemasan mahupun dinding tumpu. Gunakan perabot dengan reka bentuk sleek dan ringkas. Suntikan elemen seperti retro, vintaj atau klasik pada ciri pilihan anda tanpa menenggelamkan elemen utama moden kontemporari. Suntikan kemasan fabrik seperti kapas, sutera dan linen yang memiliki warna dan tekstur yang bersesuaian dengan pilihan perabot. Teknik pencahayaan daripada sumber yang pelbagai bagi menghasilkan mood serta suasana yang sekali gus menghidupkan elemen moden kontemporari.
Shabby Chic
Gaya Shabby Chic yang mengetengahkan ciri feminim serta suntikan lembut dalam gaya pilihan ini mampu mencuri hati peminatnya. Konsep shabby chic ini juga boleh digabungkan dengan warna pastel yang lembut seperti merah jambu, biru muda dan putih krim. Dilengkapi juga dengan aksesori flora dan pemilihan perabot bernuansa vintaj atau klasik. Konsep ini memberikan rasa yang lebih selesa bagi penggunjung yang bertandang pada hari raya. Pemilihan set perabot yang lebih selesa dengan kemasan lembut yang sepadan dengan tema ini membuatkan penataan ini jadi pilihan ramai pemilik wanita.
Glamor
Gaya Glam, pemilihan kemasan dengan suntikan kilauan, cukup sempurna dalam setiap sudut. Warna perabot yang lebih gelap seperti warna hitam, mahogany menjadi pilihan dalam konsep penata glamor amat sinonim. Perincian yang glamor mampu menampakkan gaya yang gah serta menyerlah dengan suntikan simple tetapi mewah. Konsep praktikal masih di ketengahkan dalam sentuhan ini. Pemilihan Chandelier pastinya menjadi pilihan wajib bagi yang mengenakan konsep Glam ini. Sambutan raya akan lebih berseri dan meriah dengan cita rasa Glamor ini.
Industri
Konsep Industri ini kadang kala ditolak bulat-bulat dalam penataan, kerana ada yang menggangap ia adalah konsep yang separa siap dalam sentuhan dekorasi. Namun bagi sesetengah yang lain khususnya yang tinggal di bandar dan membesar dalam gaya serba moden menggangap konsep rekaan ini sesuatu yang menarik dan berani. Sebaliknya konsep ini adalah satu konsep yang lebih santai dan terbuka. Pemilihan kemasan yang agak ringkas dengan warna gelap menjadi pilihan utama dalam konsep ini. Besi, kaca, aluminium, paip dan getah menjadi elemen yang menarik untuk sentuhan industri. Ruang tamu dengan pemilihan ini pastinya mengundang tetamu lebih selesa berhari raya.
Scandinavian
Konsep dekorasi yang berpaksikan dengan gaya Scandinavian ini menekankan penggunaan perabot yang ringkas, mudah dan minimalis. Pemilihan cat dinding berwarna putih menjadi pilihan dalam sentuhan ini. Elemen semulajadi seperti suntikan kemasan kayu dan pokok hiasan segar menjadikan ruang tersebut kelihatan lebih luas selesa dan nyata dalam penataan. Konsep yang lebih terbuka dan selesa ini membuat tetamu yang datang bertandang akan menikmati rasa santai yang berpanjangan tatkala berada dalam ruang tamu yang cukup luas ini. Susun atur raya akan lebih sempurna dengan ruang tamu yang lebih terbuka dan luas.
Rustik
Idea rustik bersifat lama atau old school, mampu memberi nafas yang anggun dalam ruang tamu jika bijak mengenakan hiasan dalamannya. Penggunaan kayu panel sebagai ganti warna cat bagi suntikan yang lebih menghairahkan sentuhan ini. Tujuannya adalah untuk meningkatkan lagi elemen geometri kerana bentuk alur kayu mempunyai jaluran simetri yang amat menarik. Padankan ianya dengan pemilihan perabot berwarna kayu gelap seperti meja kopi dan kabinet hiasan.
Selain itu, anda seharusnya memastikan setiap ruang dalam rumah tidak dipenuhi dengan pelbagai barang yang tidak sesuai sehingga menjadi semak. Hanya letakkan perabot dan perkakas yang perlu sahaja di rumah anda dan jika anda kekalkan ianya sebegini, maka rumah anda sudah lengkap dengan konsep rustik moden.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Kriteria Rumah Sempurna Menurut Pandangan Islam
Agama Islam telah mengatur dan menetapkan panduan buat umatnya dengan lengkap dalam segala aspek bukan sahaja dalam hal-hal ibadah malah merangkumi perkara yang melibatkan kehidupan seharian manusia termasuklah perkara yang berkaitan dengan posisi dan susun atur bangunan atau rumah. Mungkin ada segelintir individu yang beranggapan hal ini remeh dan tidak perlu diambil pusing tetapi pada hakikatnya, ciri-ciri kediaman yang sempurna mengikut panduan agama Islam akan memberikan anda kehidupan yang lebih harmoni dan bahagia.
Sebuah rumah yang bercirikan Islamik hendaklah bersesuaian dan mengikuti kriteria yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai ajaran Islam. Sebaiknya, sebelum membina sesebuah kediaman itu, kita hayati dan fahami bagaimana seharusnya susun atur dan binaan yang berteraskan panduan Islam bagi menjamin keselesaan dan kesejahteraan rumah yang bakal didiami. Jadi mari ikuti checklist ini bagi menambah info dan semoga mendapat manfaat buat semua pembaca IMPIANA.
Memiliki ruang yang mencukupi
Sebuah rumah tidak perlu bersaiz terlalu besar tetapi tidak pula terlalu kecil sehingga tidak memenuhi keperluan penghuninya. Rumah yang baik adalah sebuah rumah yang menyediakan ruang secukupnya mengukut bilangan ahli keluarga dan paling tidak, dilengkapi ruang yang cukup untuk menjalani ibadah dengan selesa.
Mempunyai ruang transisi
Apa yang dimaksudkan dengan transisi adalah sebuah ruang atau koridor. Menurut ajaran Islam, sebuah rumah yang bagus susun aturnya ialah rumah yang mempunyai ruang penghubung antara pintu masuk dengan ruang utama di dalam rumah. Hal ini adalah bagi memastikan apabila tetamu masuk melalui pintu utama, penghuni yangyang be di dalam tidak tertedah dan rasa terganggu.
Menjaga privasi
Sebuah rumah muslim hendaklah memiliki pembahagian ruang yang dapat melindungi privasi penghuninya.
Sebagai contoh, bilik tidur utama milik ibu bapa yang dipisahkan daripada bilik tidur anak-anaknya dan anggota keluarga yang lain. Dan begitu juga bilik tidur anak lelaki yang diasingkan daripada bilik tidur anak perempuan.
Selain itu ruang dapur juga sebaiknya diletakkan pada bahagian belakang rumah dan ruang tamu diletakkan penghadang bagi melindungi aurat ahli keluarga dan wanita.
Tidak keterlaluan
Sebagai seorang muslim sudah tentu kita tahu yang perbuatan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk adalah sifat yang dikeji. Jadi amatlah tidak molek jika hal ini tidak diterapkan ketika membina dan menyusun atur kediaman. Kesederhanaan adalah kunci buat rumah yang selesa dan bertepatan dengan ciri-ciri muslim.
Bersih dan terjaga
Kebersihan adalah sebahagian daripada iman oleh sebab itu, rumah seorang muslim hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan teratur terutamanya di kawasan melakukan ibadat.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kelebihan Menggunakan Cuka Putih Dalam Cucian Pakaian
Isi Kandungan
ToggleCuka antara bahan masakan yang mempunyai pelbagai kegunaan seperti baking soda. Selain menjadi salah satu pelengkap ramuan dalam masakan, ia juga telah digunakan sejak dulu kala sebagai bahan pencuci dan pembasmi kuman. Sifat alkali yang terdapat pada cuka yang memberi kelebihan untuk menjadi salah satu bahan peluntur dan pencuci alami dan pelembut tanpa merosakan pakaian.
Selain itu juga anda akan mendapat 5 manfaat lain jika menggunakan cuka sebagai salah satu bahan pencuci pakaian
1. Menghilangkan bau hapak
Bau hapa ini terjadi apabila baju yang dicuci tidak segera disidai. jika anda sering mengalami masalah ini, tambahkan 2 sudu cuka putih bersama sabun cucian didalam mesin basuh ketika mencuci
2. Melembutkan pakaian.
Tidak semua orang sukakan pelembut pakaian yang mempunyai aroma keras dan kuat. Sebagai pilihan, anda boleh masukkan setengah hingga satu sudu cuka putih untuk bilasan terakhir. Untuk penambah aroma, boleh juga campurkan beberapa titis minyak pati pilihan anda.
3. Membasmi bulu haiwan yang melekat pada pakaian
Bagi yang mempunyai haiwan peliharaan memang tidak boleh lari dari masalah ini. Walaupun haiwan peliharaan anda sentiasa dirapi, masalah bulu yang melekat terutamanya pada pakaian tidak dapat dielakan. Untuk penyelesaian, tambahakan satu sudu cuka putih kedalam cucian
4. Menanggalkan kotoran degil
Ramai memilih menggunakan peluntur apabila terdapat kotoran yang sukar untuk dibersihkan pada pakaian. Namun, hal ini akana menyebabkan pakaian akan lebih mudah rosak. Mudah je nak bersihkan kotoran degil ni. Hanya sapukan atau sembur cuka putih pada bahagian yang kotor, diamkan selama 10 minit kemudian cuci pakaian seperti biasa
Nak macam-macam info lagi? Join Channel Telegram Geng Laman IMPIANA & CHANNEL IMPIANA
https://t.me/GENGLAMANIMPIANA https://t.me/impianamy
5. Bau rokok yang melekat
Bau rokok yang masih melekat pada pakaian masih boleh mengundang masalah Thirdhand smoke. Ini bermakna, ia masih mengundang bahaya terutamanya bagi anda yang tidak merokok. Cara untuk atsinya, campurkan setengah cawan cuka putih kedalam cucian.
Artikel berikut: Trik Pencahayaan Untuk Ruang Sempit Nampak Luas
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI