Jika di bahagian dapur, IMPIANA pernah menyiarkan artikel bahan-bahan masakan yang boleh membuatkan singki anda tersumbat, kali ini kita pergi pula ke bilik air kerana selain daripada singki, lubang mangkuk tandas juga selalu tersumbat dan keluarkan bau yang memang tidak enak. Ini kerana terdapat beberapa bahan yang kita tidak sengaja terbuang dalam lubang tandas.

Tempat najis kucing

Bahan yang diletakkan dalam bekas najis kucing selalunya diperbuat daripada gel silika, mineral dan juga debu tanah. Ia tidak larut dalam air dan boleh menjadi faktor tandas tersumbat secara perlahan kerana seringkali tuan kepada kucing belaan membuang najis kucing sekali dengan pasir tersebut. INGAT, cedok najis sahaja, yang lain buang di tong sampah atau guna alternatif lain untuk pelupusan.

Tisu

Ya, tisu walaupun dipercayai mudah larut, tetapi apabila sudah terkumpul banyak dalam saluran mangkuk tandas, ia akan jadi gumpalan pepejal yang boleh membuatkan mangkuk tandas anda tersumbat. Selain itu,  tisu sebegini akan membuatkan anda berbelanja untuk penyelenggaraan tiga bulan sekali, dan sekali ia tersumbat, memang anda akan berbelanja besar.

Awas! 5 Benda Ini Punca Tandas Anda Tersumbat

 

Ads

Lampin bayi 

Bahan yang digunakan dalam lampin bayi mempunyai gel yang tidak boleh larut. Apabila terkena cecair, ia akan mengembang dan anda tahu apabila lampin tersebut masuk ke dalam lubang tandas?

Awas! 5 Benda Ini Punca Tandas Anda Tersumbat

Q-Tip / Pengorek Telinga

Pengorek telinga diperbuat daripada plastik untuk bahagian pemegang, sementara bahagian hujungnya pula diselaputi putik kapas. Jika anda buangnya ke dalam mangkuk tandas, kapas pasti akan larut, tetapi bagaimana pula dengan pemegang plastik? Sudahlah tersumbat, ia juga boleh membuatkan benda lain tersangkut dan mengakibatkan tandas anda tersumbat sekali dengan najis.

Ads

Awas! 5 Benda Ini Punca Tandas Anda Tersumbat

Minyak dan cecair pelincir

Cecair seperti minyak kenderaan dan minyak memasak jika dilupuskan dalam saliran paip, lama kelamaan akan menjadi kenyal dan menjadi bahan pepejal dan boleh menjadi faktor utama tandas tersumbat. Jadi elakkan membuang sisa minyak ke dalam saluran paip rumah anda.

Awas! 5 Benda Ini Punca Tandas Anda Tersumbat

Ads

 

 

 

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI