Awas! Anda Perlu Peka Dengan 14 Peralatan Dapur Paling Kotor Dan Dipenuhi Bakteria Ini

Share

Buat pengetahuan anda, dapur yang juga merupakan jantung bagi sesebuah kediaman ini merupakan kawasan yang paling banyak terletaknya alatan atau item yang paling kotor berbanding ruang lain di rumah.

Sebagai ruang penyediaan makanan, dapur hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat. Ini bagi mengelakkan risiko jangkitan dan penyakit. Kehadiran bakteria atau kuman pada peralatan di dapur boleh dibendung dengan beberapa langkah dan amalan. Mari kita semak petua yang dikongsi Puan Huda Zainal ini.

Statement ’Joan Stiller’ dalam majalah Kings Of Maid, “Even the cleanest kitchen has germs”, terus tarik minat nak baca sampai habis.

Terdapat 14 benda paling kotor di dapur dan disinggahi bakteria yang sentiasa menemani

1. Span pencuci pinggan mangkuk

Span pencuci pinggan mendapat undian nombor satu sebagai benda paling kotor. Keadaan span yang memerangkap lembapan menjadi tempat paling baik untuk pembiakan bakteria.

Cara terbaik adalah dengan menggantikan span setiap 2 minggu sekali menurut satu kajian yang telah dilaporkan oleh The New York Time.

2. Papan pemotong

 

Span pencuci pinggan dikategorikan sebagai benda paling kotor di dapur, namun papan pemotong dinobatkan sebagai alat nombor satu punca keracunan makanan.

Ini kerana, tempat yang tercalar akibat kesan memotong meninggalkan serpihan makanan dicelah-celahnya.

Kaedah yang disarankan untuk membersihkan adalah menggunakan air suam terutama selepas memotong ayam. Menurut Ben Chapman, ‘food safety resercher’ di NC State University.

Katanya lagi, papan pemotong kayu lebih bagus digunakan untuk memotong sayuran dan buah. Manakala papan pemotong plastik untuk daging dan ayam.

3. Sinki dapur

Menurut Web MD, mangkuk tandas lebih bersih daripada sinki dapur jika kita meninggalkan pinggan atau periuk kotor di dalam sinki semalaman.

Cara terbaik pembersihan sink adalah menggunakan produk disinfectant sehari sekali dan dibiarkan kering dengan sendiri.

4. Kain lap/ kain buruk

Kain tuala yang paling kotor di dalam rumah. Dicadangkan ganti penggunaan setiap hari. Kumpulkan semua dan basuh semua sekali dengan merendam di dalam air panas dan bleach.

5. Pembuka tin

Antara peralatan yang kotor kerana sering salah cara pembersihan selepas digunakan. Ramai hanya melalukan air pada pembuka tin tanpa memberus pada bahagian tajam pembuka tin.

Sebulan sekali, perlu direndam didalam air larutan cuka untuk membunuh kuman. Kemudian dibiarkan kering tanpa perlu membilas

6. ‘Knife block’ atau tempat letak pisau

Habuk atau serpihan makanan yang kecil mungkin tersumbat di bahagian ruang memasukkan pisau. Cuba jujur, bila kali terakhir kita mencuci atau membersihkan tempat letak pisau?

Sebulan sekali, rendam ‘knife block’ di dalam air panas dan campurkan sedikit sabun pencuci pinggan. Ambil berus kecil seperti berus pencuci straw atau berus puting botol susu untuk membersihkan ruang kecil tempat memasukkan pisau itu.

7. Kaunter-top

Kaunter-top merupakan tempat untuk meletakkan makanan. Dan kebiasaanya, hanya akan dilap atau dibersihkan sekiranya terdapat tumpahan atau sisa makanan.

Menurut Lily Cameron seorang pakar dalam bahagian cleaning & organizing di Fantastic Service berkata, cara paling baik membersihkan kaunter top adalah setiap hari dengan menggunakan span, air panas yang dicampur dengan pencuci pinggan mangkuk.

Menggunakan produk disinfeksi atau bleach tidak sesuai pada kaunter-tops kerana kaunter-top adalah tempat meletak makanan. Akibat menggunakan bleach atau produk disinfeksi akan mengakibatkan keracunan.

8. Ruangan sayur di dalam peti sejuk

Salmonella, Listeria, yis dan kulat sentiasa menemani sayur-sayur yang disimpan di dalam ruang ini andai ia tidak dibersihkan.

Menurut National Science Foundation, ruang ini perlu dibersihkan setiap bulan. Keluarkan laci penyimpanan sayur ini dan cuci dengan air suam dan sabun pencuci pinggan.

Kemudian, disarankan untuk sanitasi laci ini dengan campuran air dan cuka atau soda bikarbonat. Biarkan air campuran cuka atau soda bikarbonat selama 10 minit di dalam laci sayur. Setelah itu, buang air campuran tanpa perlu dibilas dan dilap. Biarkan kering.

9. Kawalan panel peralatan elektrik

Kita sering membersihkan ruang dalam peralatan eletrik seperti oven, microwave, air fryer atau cooker. Namun adakah kita membersihkan butang kawalan pada bahagian luar.

Kadangkala, ketika menekan butang kawalan panel dengan tangan yang berminyak tanpa kita sedar.

Cara yang terbaik untuk membersihkan butang kawalan panel adalah mengelap dengan kain bersih dan sedikit cecair pencuci pinggan . Setelah bersih, butang kawalan boleh disanitasi menggunakan cuka dan dibiarkan cuka kering dengan sendiri tanpa perlu membilas semula.

10. Bekas garam dan lada sulah

Antara barang yang kerap kita guna sebagai penyedap makanan. Namun ia antara bekas yang jarang dicuci.

Sebelum memasukkan garam atau lada baru, pastikan cuci dahulu bekas. Rendam dengan air panas seketika untuk membunuh segala kuman.

11. Pemegang pintu peti ais dan almari

Segala pemegang seperti pemegang pintu peti ais, knobs pintu almari, pemegang pintu microwave atau oven. Atau apa sahaja pemegang di dapur adalah antara bahagian yang kotor di dapur.

Rajinkan diri untuk membersih dan lap semua pemegang di dapur.

12. Blender gasket

Rujuk manual cara yang betul untuk membersihkan blender gasket. Namun blender yang baik adalah yang boleh dibuka bahagian bawah blade dan gasket untuk dibersihkan.

Setelah guna, perlu dibasuh dengan bersih. Sekiranya menggunakan blender yang boleh dibuka pada bahagian bawah, pastikan gasket dan blender betul-betul kering barulah dipasangkan semula dan disimpan.
Jika tidak, bahagian alur blender dan gasket akan berlumut dan wujud serpihan hitam yang mengelilingi gasket. Yuks.

13. Tong sampah

Memang tugas tong sampah untuk mengumpul segala bahan buangan. Namun tidak semestinya ia tidak perlu dibersihkan.

Gunakan bleach untuk mensanitasi tong sampah. Namun cuci bersih dahulu sebelum krja-kerja sanitasi.

14. Mesin pembuat kopi

Ramai penggemar kopi yang memiliki coffee maker di rumah ataupun di pejabat.

Disarankan untuk mengosong dan membersihkan tangki menyimpan air seminggu sekali. Masukkan 1 nisbah 10, cuka dan air ke dalam tangki simpanan dan biarkan didih sehingga air tinggal separuh. rehatkan selama 30 minit.

Kemudian buang air campuran cuka dan didihkan semula air bersih. Ulang proses didihkan air kosong sebanyak 2 kali.

SELAMAT MENCUBA!

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Impiana