Walaupun kelihatan cantik, bahan mudah terbakar seperti langsir, ropol, bunga hiasan dan kertas dinding perlu dielakkan dari diletakkan berhampiran dengan dapur.
Selain meningkatkan risiko kebakaran, keberkesanan barang elektrik juga mungkin akan berkurangan serta meningkatkan penggunaan elektrik dan memendekkan jangka hayat peralatan.
KESELAMATAN KEBAKARAN DI DAPUR
– Jangan tinggalkan dapur tanpa pengawasan ketika sedang memasak
– Sentiasa awasi dan periksa masakan di dalam alam pembakar seperti ketuhar mikro
– Elakkan memasak jika mengantuk, pening atau selepas mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk
Ads
KEBERSIHAN DAPUR
– Jangan pegang bahan-bahan mudah terbakar seperti pembalut makanan mahupun buku resipi berhampiran atau diatas kawasan dapur gas
– Pastikan ruang memasak sentiasa dibersihkan selepas diguna. Kotoran dari bahan masakan yang berminyak boleh disambar api
– Elak sebarang bahan mudah terbakar seperti langsir atau tuala pembersih berdekatan dengan dapur memasak
Ads
KESELAMATAN LITAR ELEKTRIK DI DAPUR
– Hanya gunakan satu peralatan (jenis pemanas) bagi satu soket, dalam satu-satu masa
– Pastikan fius dan pemutus litar diwujudkan bagi memutuskan aliran elektrik dari sumber kuasa sekiranya berlkau lebihan kuasa
– Pastikan rintangan didalam fius adalah sama seperti yang diperlukan bagi satu perkakas elektrik
– Ganti wayar yang telah pecah atau rosak
– Sekiranya peralatan elektrik di dapur terlalu panas atau berasap, putuskan sambungan plug dengan kadar segera
Mesin basuh air perlahan? Masalah ini kebiasaanya berlaku pada mesin basuh yang dah berusia. Tapi tak mustahil juga bagi yang baru. Walaupun dah bukak tap air maksimum, air yang masuk ke dalam mesin basuh masih perlahan. Kalau dah perlahan, lambat penuh dan lambat lah selesai mencuci. Apa yang perlu anda lakukan?
Wireputus.blogspot.com berkongsi cara-cara mudah dan jimat untuk anda lakukan sendiri. Tak susah pun.
1. Tutup saliran air ke mesin basuh dan bekalan elektrik.
2. Cabutkan hos saliran air pada mesin basuh
3. Cabutkan penapis air pada soket hos. Untuk lebih mudah, gunakan playar tirus. jangan cungkil nanti koyak
4. Kebiasaanya, air tak boleh masuk di sebabkan penapis soket ni dah tersumbat dengan kotoran. Bersihkan dan pasangkan semula. Jika penapis bersih, tapi air masih perahan masuk ke mesin. Boleh ke langkah seterusnya.
5. Buka skru penutup panel bahagian inlet mesin basuh
6. Cabutkan soket elektrik pada water valve. Lain mesin basuh, mungkin lain bentuk valvenya terutama jenis front load. Untuk mesin basuh LG dan Toshiba, bentuk valve sama macam ni.
7. Ini lah bentuk water valve mesin basuh. Komponen ini tidak di skru atau lekat pada badan mesin. Jadi boleh tarik keluar terus
8. Buka skru yang menyambungkan valve dan kotak ai
9. Bawa valve yang telah dibuaka tadi ke kedai alatan ganti . harga lebihkurang RM 30 atau boleh beli online lebih murah (klik sini untuk beli valve RM 19.00)
10. Pasang kan semula semua bahagian seperti asal. SIAP!
Kalau nak upah orang untuk buat, harganya dekat RM 200 ni
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pilih karpet/permaidaini yang tepat, barulah lantai kediaman nampak ‘berseri.’ Antara langkah yang paling mudah untuk anda ‘menambah seri’ permukaan lantai kediaman adalah dengan membentangkan permaidani atau karpet.
Selain itu, penggunaan karpet juga dilihat mampu mengubah persekitaran serta mood sesebuah ruang kediaman.
Karpet berkualiti tinggi merupakan pelaburan yang baik kerana biasanya ia tahan lasak dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Tetapi perlu diingat, terdapat perbagai aspek perlu anda pertimbangkan sebelum membeli karpet.
Berikut disenaraikan checklist untuk anda semak sebelum membuat pilihan.
RUANG
Karpet berbeza, untuk ruang yang berbeza. Anda perlu terlebih dahulu mengenalpasti aktiviti ruang dan cara penggunaannya. Pastikan karpet yang dibeli bersesuaian dengan ruang di kediaman.
SAIZ
Ukur, ukur, dan ukur sekali lagi, jangan main agak-agak je. Dengan mengukur dahulu saiz ruang sebelum membeli, anda akan dapat memastikan dimensi yang sesuai untuk ruang tersebut. Tidak terlalu kecil, tidak terlalu besar.
BENTUK
Anda tidak semestinya perlu beli karpet segi empat yang standard. Sebenarnya ada lagi bentuk karpet yang boleh disesuaikan mengikup ruang. Sebagai contoh, jika anda mempunyai meja makan bulat anda mungkin mahu karpet bulat yang lebih besar untuk diletakkan di kawasan itu.
WARNA DAN CORAK
Pertimbangkan kawasan permaidani dan persekitarannya. Permaidani adalah cara yang baik untuk menambah sedikit warna dalam sesebuah ruang selain mampu memberi personaliti kepada ruang tanpa ia kelihatan keterlaluan.
FIBER/MATERIAL
Terdapat material atau bahan berbeza untuk permaidani di setiap ruang berbeza. Semak penggunaan ruang dan pastikan ia selari dengan apapun material karpet yang anda pilih.
Permukaan kaunter atau lebih dikenali sebagai countertop merupakan permukaan mendatar untuk membuat kerja di dapur atau kawasan penyediaan makanan. Kaunter selalunya akan berada di atas dan di sokong oleh kabinet. Permukaan ini mesti diletakkan pada paras yang ergonomik bagi memudahkan pengguna melakukan kerja-kerja penyediaan. Pelbagai jenis bahan atau material yang boleh digunakan untuk membina countertop mengikut kesesuaian dan penggunaan pada dapur masing-masing. Jadi apakah perkara yang paling penting untuk diambil kira sebelum memilih countertop?
Ya, bahan yang dipilih perlu tahan lama dan sudah tentunya perlu kelihatan cantik di dapur anda. Tetapi yang paling penting, ia mesti dapat menahan cabaran masakan Malaysia. Itulah sebabnya pilihan permukaan kaunter dapur adalah sangat penting. Bagi memilih material yang betul, anda perlu tahu dan peka tentang penggunaan dapur. Adakah anda meletakkan kuali panas terus ke atas kaunter? Atau menggunakan batu lesung di atas kaunter untuk menumbuk sambal? Ini material sesuai IMPIANA cadangkan untuk pertimbangan anda semua.
LAMINATE
Laminate diperbuat daripada plastik sintetik dengan permukaan licin yang mudah untuk dibersihkan. Kepingan laminate dipotong mengikut saiz tertentu selain mempunyai banyak pilihan warna dan tekstur. Bahan ini mudah untuk dijaga dan juga tahan lama tetapi jika terdapat sebarang calar ataupun kesan tercabut, itu adalah mustahil untuk dibaiki melainkan anda menukar semuanya kepada yang baru.
SOLID SURFACE
Solid surface datang dalam pelbagai rupa dan warna. Namun, bahan ini memerlukan penyelenggaraan dari masa ke masa, bagi membantu untuk mengekalkan ketahanannya. Walaupun kalis haba dan mudah untuk dibersihkan, solid surface boleh tercalar dan terbakar.
JUBIN SERAMIK
Jubin seramik adalah bahan yang tahan lama dan mudah dibersihkan. Tambahan pula harganya yang murah dan anda mempunyai pelbagai pilihan yang sesuai untuk countertop kediaman. Kerana ia mudah dipasang, anda boleh lakukannya sendiri bagi menjimatkan kos dan masa.
KONKRIT
Permukaan kaunter konkrit menawarkan kedua-dua fungsi dan kecantikan, memberikan anda keupayaan untuk mewujudkan permukaan dengan pelbagai warna, bentuk atau saiz. Tekstur dan kemasan disediakan untuk disesuaikan dengan gaya reka bentuk sama ada moden, kontemporari mahupun industri. Kemasan ini juga sememangnya tahan lasak dan mudah untuk dibersihkan dan dijaga.
KAYU
Santai, rustic dan tidak lapuk dek zaman; ini adalah tiga perkataan untuk menggambarkan countertop yang diperbuat daripada kayu. Bukan sahaja dari segi estetik, bahan ini juga kuat dan tahan sehingga bertahun-tahun lamanya. Selain itu, kayu juga merupakan bahan kalis haba, bermakna anda tidak perlu bimbang tentang periuk panas yang anda letakkan diatasnya.
MARMAR
Merupakan pilihan paling mudah jika anda seorang yang mementingkan kemewahan kerana marble akan membuatkan dapur anda tampak lebih elegan dan sesuai dipadankan dengan konsep kontemporari. Tetapi penjaan yang rapi perlu diberikan kerana material marmar ini berliang dan jika tertumpah bahan pewarna perlulah dibersihkan dengan segera agar tidak merosakkan keaslian kaunter marmar tersebut.
GRANITE
Jika anda mempunyai bajet yang banyak dan tidak kisah untuk berbelanja demi mendapatkan permukaan kaunter idaman, Granite adalah pilihan yang tepat. Ia serta merta akan menjadikan dapur anda lebih elegan dan ekslusif. Bahan yang tahan lama, kuat dan menarik ini juga kalis haba, susah untuk di calar dan kemek.
Kredit gambar : Google/ Pinterest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.