Salah satu langkah menghapuskan serangga perosak termasuklah dengan penggunaan racun. Walaupun berkesan, ia mungkin dapat mempengaruhi kesihatan kita.

Racun serangga ada yang didalam bentuk biji terutamanya ubat gegat mengandungi bahan kimia dekenali dengan nama Naftalin dan Paradiklorobenzin. Bahan kimia ini juga terdapat di dalam pewangi tandas (toilet bowl deodorizers). Kedua-dua bahan kimia tersebut mengeluarkan bau yang kuat dan susah untuk menghilangkannya.

AWAS! Bahaya Penggunaan Ubat Gegat Di Kediaman

IKLAN

Sekarang naftalin kurang digunakan dan digantikan dengan paradiklorobenzin yang lebih rendah kesan toksiknya. Kedua-dua bahan kimia ini boleh menyebabkan kegagalan sistem penghadaman dan sistem saraf pusat. Bagi pesakit yang seringa mengalami kekurangan enzim glukos-6-fosfat dihidrogenase maka bahan naftalin boleh menyebabkan hemolisis (gangguan sel darah).

Setiap biji ubat gegat mengandungi 250-500 mg naftalin dan boleh menyebabkan hemolisis. Tanda seperti ‘Sawan’ atau gelugut boleh berlaku jika termakan sekitar dos 1-2 gram naftalin (bersamaan 4-8 biji ubat gegat). Secara perbandingan paradiklorobenzin kurang toksik daripada naftalin. Walau bagaimanapun jika termakan lebih daripada 20g boleh menyebabkan toksik bagi orang dewasa. Paras keracunan paradiklorobenzin ialah di antara 500-5000 mg/kg.

IKLAN

Ada laporan mengatakan bahawa keracunan serius yang terjadi pada haiwan menyebabkan tremor dan nekrosis hati. Biasanya apabila keracunan ini berlaku kita boleh dapat mengetahui daripada kesan bau ubat gegat tersebut pada mulut dan muntah mangsa. Walau bagaimanapun sukar untuk kita bezakan antara naftalin dan paradiklorobenzin dari segi bau dan warna.

Apabila berlaku keracunan melalui mulut, jika mangsa tersebut tidak muntah haruslah diikhtiarkan muntah misalnya dengan memasukkan jari ke dalam kerongkong. Jika tidak dilakukan dengan segera dikhuatiri sawan terjadi. Bawa mangsa segera ke hospital agar rawatan perubatan selanjutnya dapat diberikan.

IKLAN

Lazimnya kedua-dua bahan kimia tersebut jika terkena atau tersentuh pada mata boleh menyebabkan radang dan kemerahan mata. Naftalin boleh mencederakan kornea dan penglihatan menjadi kabur. Rawatan awal ialah dengan mencuci mata dengan air bersih selama 15 minit. Jika radang berlanjutan dan masih sakit, harus segera berjumpa doktor bagi rawatan seterusnya. Sentuhan dengan kulit boleh menyebabkan melecur, tetapi gejala ini jarang berlaku. Basuh dengan air yang banyak bersama cucian sabun sekiranya terkena pada kulit.

SUMBER

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI