Biasanya, imej pertama yang timbul dalam kepala setiap kali berbicara tentang penyebaran penyakit adalah kafe yang dipenuhi orang, tandas awam yang kotor mahupun sudu dan garfu di restoran yang tidak dicuci dengan baik. Kawasan terbabit mungkin dipenuhi dengan kuman dan virus merbahaya. Untuk anda yang sensitif pada persekitaran, pasti terdapat hand sanitizer dan tisu basah untuk digunakan selepas memegang tempat-tempat yang berpotensi menyebarkan penyakit.

Tetapi malangnya, penyebaran penyakit tidak sahaja boleh berlaku di kawasan-kawasan tersebut. Anda mungkin tidak percaya, tetapi di rumah juga kita terdedah dengan virus dan kuman yang menyebabkan penyakit. Biasanya, barangan dirumahlah yang menyimpan seribu satu rahsia yang tidak disangka-sangka dan boleh menjejaskan kesejahteraan isi rumah. Perkara ini jugalah yang boleh menyebabkan selsema atau batuk yang berterusan pada waktu malam jadi anda perlu mula mengambil langkah berjaga-jaga.

Berikut adalah beberapa perkakas dalam rumah yang mungkin membuat anda sakit – dan tips penjagaan untuk memastikan kediaman anda sentiasa bersih dan selamat.

1. Peti Sejuk
Selain daripada membuang kesemua sisa-sisa makanan yang telah basi dan bususk, jangan lupa beri perhatian pada bahagian tersorok yang mungkin anda terlepas pandang. Contohnya, sebarang cecair yang tumpah dan bertakung dalam dulang peti sejuk yang tidak dibersihkan mungkin akan masuk dan mencemari makanan lain. Laci menyimpan buah-buahan dan sayur-sayuran pada bahagian bawah juga perlu anda periksa dengan kerap agar sentiasa bersih dan tidak mempunyai sebarang takungan air. Pelbagai mikroorganisma mungkin sedang membiak dengan pesat jika anda gagal untuk membersihkan bahagian-bahagian ini. Jangan geli untuk bersihkan semua sudut dan celahan peti sejuk anda menggunakan air suam dan baking soda.
Pakar juga ada mencadangkan supaya mencuci sebersihnya buah-buahan dan sayur-sayuran anda sebelum disimpan kedalam peti sejuk.

IKLAN

Awas! Peralatan Rumah Ini Boleh Mendatangkan Penyakit Tanpa Kita Sedari.

2. Sarung/ Alas Tilam
Ini mungkin perkara yang paling anda tidak suka dengar tetapi inilah realitinya. Lembaran putih cantik yang anda pasangkan pada tilam itu mungkin menjadi tempat tinggal tetap bagi hama. Haiwan kecil yang anoyying ini akan buatkan anda mudah terkena jangkitan yang menyebabkan demam atau memudaratkan lagi alahan pada habuk. Keadaan bilik yang tertutup dengan tingkap yang tidak dibuka dan kelembapan dalam udara boleh memburukkan lagi keadaan. Jadi, buka tingkap bilik setiap pagi supaya udara segar boleh mengalir kedalam dan tetapkan suhu panas sewaktu membasuh cadar dengan pencuci anti bakteria. Jangan lupa juga untuk memvakum bilik anda dari masa kesemasa.

IKLAN

Awas! Peralatan Rumah Ini Boleh Mendatangkan Penyakit Tanpa Kita Sedari.

3. Mesin Pengisar
Mesin pengisar atau blender biasanya digunakan untuk mengisar buah atau sayur-sayuran. Jadi, jika anda tidak membersihkan mesin selepas setiap penggunaan, anda mungkin telah menggalakkan pembiakan kuman didalamnya. Alat kecil pada bahagian bawah pengisar yang tidak dicuci boleh menjadi tempat mikroorganisma seperti E.Coli dan salmonella berkumpul. Apa yang perlu anda lakukan adalah cuci setiap bahagian blender satu per satu selepas digunakan kemudian keringkan sebelum disimpan didalam tempat yang bersih.

IKLAN

4. Alatan Pembersihan
Walaupun sabun cucian anda berbau seperti lemon atau epal yang menyegarkan, sebenarnya ia mengandungi pelbagai bahan kimia yang kuat dan boleh pedihkan kulit, rosakkan buah pinggang dan hati serta memberi tekanan pada sistem saraf dalam tubuh manusia. Jadi jika anda terpaksa gunakan sebarang produk bertosik ini, jangan lupa untuk pakai sarung tangan getah dan untuk mengurangkan kesan buruk, cairkan produk dengan dengan air terlebih dahulu.
Untuk penyelesaian yang lebih mudah, gunakan sahaja bahan-bahan semulajadi yang boleh didapati dalam kabinet anda seperti cuka atau baking soda.

5. Penyedut Habuk
Jika anda malas untuk membersihkan penapis vakum, risiko untuk bakteria menjijikkan masuk kedalam sistem anda telah menaik serta merta. Jika mereka berjaya, ia akan mencetuskan alahan dan menjejaskan keupayaan anda untuk bernafas dengan normal. Debu atau habuk yang datang dari vakum anda mengandungi kuman kalis antibiotik yang boleh merosakkan paru-paru dalam jangka masa panjang. Pastikan anda bersihkan penapis dengan kerap dan membuka tingkap apabila sedang menggunakan vakum.

Awas! Peralatan Rumah Ini Boleh Mendatangkan Penyakit Tanpa Kita Sedari.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI