Bukan lampu sebarang lampu,
Buat penyeri ruang mahligai,
Bukan tumpu mata tertumpu,
Kilauan cemerlang rekaan pelbagai.
Umpama sang maharani dengan barang kemasnya. Menggoda mata sejuta tetamu yang bertandang. Setiap kristal yang dipadankan dengan emas bergemerlapan. Menjadi kemegahan sepanjang zaman. Begitulah chandelier yang menjadi tarikan utama pada siling apatah lagi ruang. Terdapat dalam perlbagai saiz dn reka bentuk. Daripada emas ke perak, biasan cahaya yang terpantul melalui kristal menjadikan suasana kediaman begitu elegan dan luar biasa hebatnya. Umpama si penggoda yang duduk ayu di ruang tamu mu.
Perubahan chandelier daripada era ke era sememangnya cukup lama. Bayangkan daripada era belum wujudnya tenaga elektrik sehingga kini. Pereka sudah pasti banyak bermain dengan inspirasi persekitaran dan ilham memalui seni, fesyen, seni bina dan sebagainya. Mereka bentuk chandelier bersama kristalnya dan kerangka besi yang membentuk karakter lampu.
Jika dahulu kita kagum dengan chandelier yang bergayutan dengan kristal, aksesori emas. malah dengan rekaan bersaiz raksasa, labih mencecah lantai, daripada bulat sehingga yang bertingkat labuh. Pendek kata segala kemewahan yang ada itu mahu dipamerkan pada chandelier agar kekagumannya menjadi tumpuan di ruang utama. Jangan sampai tersalah letak. Ada chandelier boleh ditempatkan dit engah ruang utam, ada pula yang lebih sesuai ditempatkan di sudut tangga atau sudut khas untuk chandelier ini supaya ruang nampak lebih hidup
Dalam pada itu, anda juga perlu bijak memilih kerana kristal yang berkualiti sellalunya didatangkan dari Eropah seperti Sepanyol dan Itali. Kualiti yang luar biasa malah tahan lama zaman berzaman. Kini tuan rumah lebih bertuah. Rekaan lampu candalier lebih berani dan pelbagai. Daripada yang lebat dengan kristal kepada yang mempunyai elemen lain seperti pengaruh Sepanyol,Moden, Minimal, Amerika Latin dan penggunaan kristal juga dilihat sudah tidak keterlaluan. Kata orang ia juga nampak menepati selera tuan rumah muda dan tidak berlebihan. Jadi pilihlah rekaan yang terbaik untuk mu dan serasi pula dengan kediamanmu. Simple-simple aja di IMPIANA.