Bagai Di Hotel! 4 Tip Dekorasi Ini Mampu Jadikan Bilik Mandi Anda Tempat Paling Best Untuk ‘Healing!’

Share

Bilik mandi merupakan salah satu ruang yang mustahak dalam kediaman. Bilik mandi kini merupakan salah satu ruang untuk rehat dan melepaskan tekanan kerja sehari-hari. Merancang satu bilik mandi memerlukan banyak perhatian seperti ruang-ruang yang lain di dalam rumah.

Kini bilik mandi moden tidak hanya mempunyai kelengkapan asas seperti sinki malah mempunyai banyak peralatan yang mewah seperti ruang shower, jakuzi, lantai dan dinding seramik, kabinet almari dan sebagainya.

Bilik mandi juga menyediakan kelengkapan yang menyenangkan dan moden bagi memberikan rasa nyaman dan tenang tika menggunakannya. Dengan perabot dan kelengkapan yang sempurna, bilik mandi menjadi salah satu ruang yang santai.

Beberapa tip di bawah boleh membantu anda dalam merancang bilik mandi yang nyaman.

1. Sinki moden lebih sempurna digunakan bagi menghiasi bilik mandi. Pelbagai gaya dan bentuk sinki terdapat di pasaran. Kedudukan sinki akan meningkatkan keseluruhan penampilan bilik mandi. Sinki dapat digantung pada dinding atau dapat ditempatkan di atas meja yang diperbuat dari kayu atau granit. Menempatkan sinki di dalam bilik mandi merupakan suatu cerminan perasaan dan gaya hidup yang dapat menunjukkan suasana hati yang tenang.

2. Shower dan tab mandi merupakan satu peralatan paling utama di dalam bilik mandi. Kini pengguna tidak lagi ragu-ragu untuk membelanjakan wang untuk bilik mandi yang mewah asalkan ia memberikan suasana nyaman. Shower mandi juga tersedia dengan pelbagai kombinasi terdiri kepala shower yang standard dengan percikan air dan ada juga yang seolah-olah memicit kepala serta tekanan yang dapat diatur sesuai dengan keinginan.

3. Bilik mandi moden perlu disesuaikan dengan pencahayaan yang sempurna. Pencahayaan yang cukup terang mudah untuk mendandan diri. Rekaan bilik mandi kini menyediakan pencahayaan yang secukupnya. Lantai dan dinding perlu sepadan dengan rekaan bilik mandi.

4. Material lantai dan dinding harus tahan air dan mudah dibersihkan serta dijaga. Terdapat banyak rekaan lantai dan dinding di pasaran dan dapat disesuaikan mengikut keperluan. Penjagaan yang sempurna di ruang bilik mandi menjadikan bilik mandi anda kelihatan menarik dan mampu bertahan lama.

Sumber: Rosmah Idayu

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

Baca artikel berikutnya: 5 Tip Dekorasi Cipta Ruang Tamu Lebih Santai & ‘Welcoming’

Published by
Wan Mohd Firdaus