Walaupun kita sudah menginjak ke pertengahan tahun 2020, masih ramai lagi yang mengalami masalah berkaitan tanak pusaka. Paling kerap berlaku adalah masalah tertalu banyak nama untuk sesebuah tanah pusaka. Ini merupakan satu fenomena yang membimbangkan. Manakan tidak, tanah 1 ekar tetapi didalam geran ada lebih 10 nama.
Kebanyakan tanah pusaka yang mempunyai banyak nama merupakan tanah yang diturunmilik akibat kematian. Asalnya mungkin hanya ada 1 atau 2 nama sahaja, tetapi apabila penama asal telah meninggal, waris akan memohon pusaka dan pejabat tanah akan turunmilik kepada semua waris. Jika ada 10 orang waris, maka semuanya akan didaftarkan dalam geran tanah. Jika ada antara waris tersebut yang meninggal dan warisnya pula mohon pusaka, maka penama dalam geran tersebut akan bertambah lagi.
Tidakkah ini akan mengelirukan dan menimbulkan masalah dimasa akan datang?
Mari kita semak langkah penyelesaiannya menurut pakar, Tuan Salkukhairi yang juga merupakan pengasas E-Guaman Hartanah ini.
BAGAIMANA HENDAK SELESAIKAN MASALAH TANAH PUSAKA YANG BANYAK NAMA DAN BAHAGIAN MAKIN MENGECIL?
1. Isu bahagian tanah pusaka geran kongsi yang semakin mengecil apabila penama asal meninggal dunia adalah isu yang banyak dihadapi oleh masyarakat kita hari ini.
2. Apabila penama asal meninggal dunia, bahagiannya akan di turun milk kepada waris- waris mereka.
3. Kesannya, di dalam geran tanah tersebut semakin banyak penama yang masing-masing akan memiliki bahagian yang semakin kecil saiznya.
4. Keadaan ini akan menyukarkan proses untuk mengurusniagakan dan membangunkan tanah tersebut. Bahkan ianya mungkin tidak lagi praktikal untuk dibangunkan termasuklah untuk dibuat pecah bahagian.
5. Ini kerana untuk melakukan sesuatu urusniaga atau membangunkan tanah tersebut, persetujuan daripada setiap penama adalah diperlukan.
6. Proses untuk mendapatkan persetujuan tersebut akan menjadi lebih sukar sekiranya ada penama yang tidak setuju atau tidak memberi kerjasama sepenuhnya.
7. Akhirnya tanah tersebut terbiar begitu sahaja. Masing-masing buat tak tahu dan enggan bertanggungjawab.
Ads
Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ini?
Di sini saya gariskan beberapa cadangan yang mungkin boleh dilakukan:
I. Lantik seorang wakil kuasa (Power of Attorney – PA).
Lantik seorang wakil kuasa(PA) di kalangan penama tersebut yang boleh dipercayai yang akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan segala perkara berkaitan tanah tersebut.
Melalui cara ini semua penama akan tandatangan satu Surat Wakil Kuasa (PA) untuk memberi kuasa kepada wakil kuasa tadi untuk menguruskan urusan berkaitan tanah tersebut.
Pun begitu kuasa PA ini perlu diperhalusi dan dihadkan setakat mana yang perlu agar kuasa PA itu tidak terlalu luas sehingga menyebakan beliau salah guna kuasa termasuklah memindahmilikkan tanah tersebut kepada dirinya sendiri.
II. Semua penama jual bahagian masing-masing.
Semua penama jual bahagian masing-masing kepada seorang atau 2 orang penama yang berkemampuan dan banyak wang yang akan membeli bahagian- bahagian tanah tersebut.
Ads
Harga jualan sewajarnya mengikut harga pasaran semasa atau harga yang dipersetujui bersama.
Sekiranya PA telah ditandatangani, hanya penama yang membeli dan wakil kuasa sahaja yang akan tandatangan SNP dan Borang Pindah milik. Tak perlu lagi dapatkan tandatangan daripada semua penama. Pun begitu setiap penama wajar dimaklumkan sebelum proses jual beli dan pindah milik itu dilakukan.
Sewajarnya proses jual beli ini diuruskan melalui seorang peguam yang akan bertindak sebagai peguamcara urusan jual beli dan sebagai stakeholder untuk mengagih-ahihkan pembayaran harga jual beli kepada setiap penama mengikut bahagian masing-masing.
III. Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak.
Tubuhkan koperasi atau syarikat anak beranak di mana tanah tadi akan menjadi aset kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Melalui cara ini setiap waris akan diberikan sijil saham mengikut bahagian masing-masing dan tanah tersebut akan dimajukan atau diusahakan dengan sesuatu aktiviti yang dapat menjana pendapatan kepada syarikat atau koperasi tersebut.
Setiap setahun sekali, hasil keuntungan perniagaan daripada tanah tersebut akan dibahagi-bahgaikan kepada setiap penama mengikut bahagian saham masing-masing.
Ads
IV. Majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan
Boleh juga majukan tanah tersebut sebagai projek perumahan sama ada melalui syarikat atau koperasi adik beradik yang ditubuhkan tadi atau boleh JV dengan pemaju yang dipercayai.
Jika majukan sendiri, boleh serah balik tanah tadi kepada kerajaan dan mohon dikeluarkan geran individu yang berasingan dan seterusnya boleh bina rumah atas tanah-tanah tersebut untuk dijual.
Hasil jualan sama ada akan dibahagi-bahgaikan mengikut bahagian masing-masing atau boleh dimasukkan sebagai pendapatan syarikat dan setiap penama akan dapat keuntungan setiap tahun hasil daripada pemajuan dan penjualan rumah rumah tersebut.
8. Walau apapun, ini hanyalah sekadar cadangan sahaja. Ianya mudah diperkatakan tetapi tidak mudah untuk dilaksanakan.
9. Perancangan yang teliti dan rapi serta sikap percaya satu sama lain dan saling jujur dan amanah di kalangan setiap penama dalam melaksanakan perancangan tersebut di atas amatlah diperlukan.
10. Sifat ego dan tamak haruslah dibuang jauh jauh. Jangan fikir untuk untang jangka masa pendek sahaja.
11. Yang penting, melalui cadangan ini masing-masing akan dapat keuntungan jangka masa panjang yang lebih besar dan berbaloi berbanding masing-masing berbalah soal berebut hak masing-masing terhadap bahagian masing-masing yang sekangkang kera tersebut.
Tepuk dada, tanya iman. Nak buat atau tak.
Terima kasih,
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
K-LITERASI
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tidak dinafikan, apabila tilam katil sudah lama digunakan pasti ada kesan kekotoran yang melekat dan sukar untuk dibersihkan. Jika mahu dicuci dengan cara biasa, anda akan berdepan dengan masalah kesukaran untuk mengangkat tilam keluar untuk mencucinya.
Tetapi kini, anda tidak perlu berasa bimbang dan khuatir kerana sudah ada kaedah mudah untuk mencuci kesan kekotoran pada tilam pada anda, nak pula yang sudah berpeta dan mengelikan.
Untuk pengetahuan anda, sebenarnya kini ada cara yang mudah untuk mencuci kesan kekotoran pada tilam anda hanya dengan menggunakan satu bahan pencuci sahaja. Jadi sudah pasti ia memudahkan kerja mencuci anda.
Anda disarankan untuk mencuci tilam anda dengan bahan pencuci ‘Multi Purpose Foam Cleaner’ ini. Bahan pencuci ini sangat mudah untuk digunakan dan anda boleh mengikut cara pembersihan seperti di bawah.
Lihat hasilnya, ternyata sangat menakjubkan dan permukaan tilam katil anda terlihat bersih tanpa sebarang kesan kekotoran. Betul tak? Selamat mencuba!
Sekiranya anda ingin mendapatkan ‘Multi Purpose Foam Cleaner’ ini dengan membuat pembelian di aplikasi Shoppe. Klik di sini untuk membuat pembelian.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Menerusi episod kedua rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture telah menyaksikan penyanyi dan pengacara terkenal, Alif Satar sebagai selebriti pilihan untuk episod kali ini.
Seperti sedia maklum, idea dan konsep bagi rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti ini adalah untuk mengetengahkan hasil dekorasi makeover di kediaman para selebriti tanah air yang telah dilakukan oleh bersama barisan pakar pereka hiasan dalaman tempatan.
Meski idea dan konsep yang diketengahkan adalah seperti sedemikian, penyanyi yang sinonim dengan lagu berjudul Jangan Nakal itu telah membuat satu langkah kelainan telah memutuskan untuk menghadiakan hasil dekorasi makeover istimewa tersebut kepada pengurusnya, Adina Abu Bakar.
Jelasnya, hadiah pemberian istimewa ini adalah sebagai tanda penghargaan buat Adina atau lebih mesra disapa Dina setelah berkhidmat sebagai pengurusnya selama beberapa tahun.
Dalam episod kali ini, Dina telah memilih ruang tamu di kediamannya sebagai ruang pilihan bagi melakukan transisi perubahan hasil dekorasi yang sedia ada di rumahnya.
Selain itu, Dina juga turut menyuarakan pandangan serta kemahuannya untuk perubahan dekorasi dalaman di ruang tersebut. Dalam pada itu, Dina memberitahu bahawa dia tidak mahu meletakan atau memilih sebarang konsep dekorasi di kediamannya tetapi warna kelabu telah dipilih sebagai tema warna pilihan utama.
Di samping itu, Alif bersama Dina telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada semua pakar pereka hiasan dalaman dari Ella Furniture yang terlibat dalam usaha memberikan hasil dekorasi makeover yang terbaik.
Ketika sesi temu bual oleh hos rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti, Catriona Ross di samping pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus bersama pengasas Ella Furniture, Puan Ella Alway telah mencadangkan jenis sofa berbentuk-L sebagai pilihan oleh kerana saiz keluasan ruang tamu yang sangat terhad.
Tambahnya lagi, untuk pemilihan material sofa pula Puan Ella menyarankan jenis material yang mudah dicuci sebagai pilihan bagi set sofa di kediaman Dina. Jelasnya, pemilihan material ini sangat sesuai buat Dina yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak kecil di rumah.
Ini kerana, material ini mempunyai kelebihan fungsi anti-calar serta jenis fabrik yang mudah untuk membersihkan kesan kekotoran.
Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan Alif Satar? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand.
Siapakah pula selebriti pilihan untuk episod akan datang? Jadi jangan lupa untuk saksikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Saiz kompak menuntut pemilik kediaman lebih kreatif dan memerlukan perancangan yang teliti untuk menghasilkan sebuah kediaman yang indah. Seperti perkongsian oleh puan YAty M AD, kediaman yang dibeli jenis pangsapuri sub-sale mempunyai saiz tidak lebih 700 kaki persegi.
Tempoh 3 bulan dengan bajet RM30k telah diperuntukkan untuk membina “rumah ku syurga ku”. Idea diperolehi melalui perkongsian dari rakan-rakan yang mempunyai jenis kediaman yang sama.
Antara ubah suai yang terlibat adalah menutup tingkap bahagian hadapan menggunakan simen untuk dijadikan ruang keluarga dan pengstrukturan semula dinding di bahagian dapur.
Memandang kediaman ini terletak di bahagian paling atas, ditambah pula dengan siling sedia ada telah kelihatan usang, pemilik mengambil keputusan untuk memberi kemasan semula menggunakan plaster siling. Secara tidak langsung keseluruhan dekorasi di ruang tamu kelihatan elegan
Bahagian dapur juga diubah suai dengan melibatkan pemasangan lantai dan kabinet dapur baru. Dari segi struktur, tiada perubahan yang dilakukan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.