Pengering baju juga sangat berguna tatkala musim hujan dan juga sesuai untuk rumah yang mampunyai keluasan yang sempit atau terhad.
Namun, malang tak berbau, seorang pengguna TikTok berkongsi kemalangan yang menimpa yang berpunca daripada mesin pengering (dryer).
Menerusi video yang dimuat naik TikTok @efa.taifor, jiran-jirannya bertungkus-lumus memberikan bantuan awal untuk memadamkan api. Mereka menggunakan hos air yang ada berdekatan dengan rumah yang terbakar itu.
Difahamkan respon pantas jiran-jiran itu bagi mengelakkan kebakaran jadi lebih marak sementara menunggu pihak bomba tiba ke tempat kejadian.
@efa.taiforKebakaran yang paling ngeri. Betapa getirnya saat itu hanya Allah yang tahu… kebakaran berpunca dari overheating dryer. Jadi pengajarannya, jgn tinggal dryer on tanpa pengawasan… malang tidak berbau.♬ original sound – Efaaa bini kamal
“Kebakaran yang paling ngeri. Betapa getirnya saat itu hanya Allah yang tahu. Kebakaran berpunca dari overheating dryer. Jadi pengajarannya, jangan tinggal dryer terbuka tanpa pengawasan. Malang tidak berbau,” kata TikTok @efa.taifor.
Tiada kecederaan serius semasa ahli keluarga berada dalam rumah ketika insiden terjadi. Mangsa cuma mengalami melecur kecil dipercayai terkena percikan api dan telah diberikan rawatan awal daripada pihak bomba.
Hantaran video itu membuatkan ramai warganet yang memiliki dryer di rumah berasa gerun.
Pada masa sama warganet ada berkongsi beberapa tips penggunaan dryer, antaranya; tutup setiap kali selesai guna, gunakan direct plug dan tidak berkongsi dengan plug lain dan gunakan dryer ketika cuaca tidak panas.
Ada warganet mahu melihat keadaan rumah, bagaimanapun TikTok @efa.taifor masih belum masuk ke dalam selepas insiden kebakaran terjadi.
“Insyaallah. Tapi saya pun masih trauma nak masuk ini. Rumah pun masih kuat bau hangit asap,” kata wanita itu.
Sumber : TikTok @efa.taifor
Mesti Baca: Tip Profesional Suai Padankan “Throw Cushion”
Baca Lagi Di Sini: 5 Tip Cara Mencuci Untuk Pastikan “Throw Cushion” Agar Sentiasa Nampak Baru
Artikel Menarik:Bersihkan Sofa Bertompok Kena Kotoran. Ini Caranya Guna Air Panas!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jangka Masa Pinjaman Akan Bertambah, Adakah Digalakkan Untuk Membuat Pembiayaan Semula Pinjaman Rumah?
Bagi anda yang pernah atau telah membuat pinjaman rumah bersama bank untuk satu jangka tempoh masa yang lama, sudah pasti ada di kalangan anda yang pernah ditawarkan pembiayaan semula pinjaman oleh pihak bank sebelum.
Seperti sedia maklum, apabila anda ditawarkan pembiayaan semula pinjaman, sudah pasti anda akan berdepan dengan tempoh pembiayaan pinjaman yang lebih lama dan panjang. Tetapi adakah anda benar-benar mengetahui kesan yang bakal anda hadapi sekiranya berbuat demikian atau anda sememangnya digalakkan untuk membuat pembiayaan semula pinjaman rumah anda?
ARTIKEL BERKAITAN: Sanggup ‘Ikat Perut’ Demi Mahu Memiliki Rumah Yang Cantik, Adakah Tindakan Wajar Untuk Dilakukan?
Maka oleh itu perkara tersebut sudah semestinya menjadi persoalan orang ramai antaranya kesan jangka masa panjang khusus bagi mereka yang mahu melakukan pembiayaan semula pinjaman rumah bersama bank.
Jadi, dalam episod Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam kali ini telah mengupas serta membincangkan perkara tersebut di bawah program khas yang bertajuk ‘Syoknya Petik Di Laman Sendiri’ bersama para penonton.
Menerusi perkongsian bersama hos dan editor IMPIANA, Puan Mariam Shukor telah membincangkan topik tersebut bersama panel tetamu jemputan istimewa iaitu Encik Faisal Ja’afar selaku Naib Presiden Kanan Distribution Channel, Perbankan Pengguna Bank Islam Malaysia Berhad.
Ketika sesi temu bual yang diadakan di Karnival Putrajaya 2022 anjuran Perbadanan Putrajaya, Encik Faisal atau lebih mesra disapa FJ berkata para peminjam amat disarankan untuk melakukan pembiayaan semula pinjaman rumah anda.
“Bagi anda yang umur atau usianya masih muda lagi dalam 30-an sampai 40-an, contoh anda beli rumah itu pada tahun 2017 berharga RM300,000 dengan tambahan pula keadaan situasi sekarang yang semua kos bahan mentah serta buruh meningkat jadi sudah pastinya kalau kita nak beli baharu sekarang kos harganya lebih tinggi.
“Jadi secara tidak langsung, harga rumah yang kita beli pada tahun 2017 itu juga nilai harganya juga akan meningkat. Contoh masa kita beli rumah tu harganya cuma RM300,000, kemungkinan sekarang bila kita semak nilai harganya sudah mencecah RM500,000.
“Di situ kita sudah ada lebihan wang lebihan dalam anggaran RM200,000. Jadi kalau kita sekarang umur masih muda, masih berkerja dan ada keupayaan untuk membayar, anda kena bijak apabila ada wang lebihan atau aset itu kita dibekukan begitu sahaja.
“Jadi kita kena bijak untuk gunakan wang tunai lebihan itu untuk kita strukturkan segala hutang yang kita ada atau mungkin kita boleh buat pelaburan-pelaburan lain yang lebih menguntungkan.
“Kalau kita masih lagi memiliki keupayaan yang lebih, duit lebihan itu boleh juga kita gunakan untuk membeli aset rumah yang lain,” katanya.
Walaupun anda sememangnya disarankan untuk membuat pembiayaan semula pinjaman rumah, tetapi apa kesan-kesan yang bakal anda hadapi untuk jangka masa panjang? Ketahui kesemua kupasan topik perbincangan ini dengan menonton pautan video episod penuh Tour Impiana Sembang Dekor bersama Bank Islam dibawah;
Kepada anda semua, jangan lepaskan peluang keemasan merebut pelbagai hadiah menarik dengan menonton, ‘like’ dan ‘share’ Tour Impian Sembang Dekor bersama Bank Islam sekarang!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
LaLaport Rekaan Modern Simplicity & Japanese Flavour Jadi Tarikan
Mitsui Shopping Park LaLaport BUKIT BINTANG CITY CENTRE dibuka secara berperingkat pada Januari 2022.
Baru-baru ini sibuk tular di media sosial degan pusat beli belah LaLaport Pertama di Asia Tenggara bakal dibuka di Kuala Lumpur. Dijangka beroperasi pada 20 Januari 2022, Mitsui Shopping Park LaLaport BUKITBINTANG CITY CENTRE (“LaLaport BBCC”) merupakan fasiliti luar negara yang pertama di Asia Tenggara oleh Mitsui Fudosan Co., Ltd. (“Mitsui Fudosan”).
LaLaport BBCC adalah pusat beli-belah gaya hidup yang berasal dari Jepun. Ia mewujudkan suasana interaksi yang damai dan santai menerusi gabungan fasiliti komersial, pejabat, kediaman, hotel dan lain-lain kemudahan.
Pusat itu juga turut menampilkan kepelbagaian jenama dengan nama-nama yang terkemuka di Jepun turut membuat kemunculan sulung di Malaysia. Bertemakan konsep rekaan “Modern Simplicity” dan “Japanese Flavour”, LaLaport BBCC mempunyai gaya penampilan yang sesuai dengan lokasi di pusat bandar, ditambah dengan keistimewaan tona rekaan dalaman.
MitsuiFudosan Co., Ltd.(“MitsuiFudosan”) sebuah syarikat hartanah global terkemuka yang berasas dariTokyo (Presiden dan KetuaPegawai Eksekutif: Masanobu Komoda) hari ini mengumumkan projek perdana di AsiaTenggara di bawah subsidiari Malaysia, MFBBCC Retail Mall Sdn Bhd (syarikat yang ditubuhkan bersama UDA Holdings Berhad, Eco World Development Group Berhad dan Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi mempromosikan projek ini), terletak di Bukit Bintang City Centre, bakal bermula operasi kepada orang ramai pada 20 Januari 2022.
Dianggarkan 400 kedai dengan pelbagai penyewa optimum akan dibuka secara berperingkat dengan pembukaan pada Januari 2022 dan dimeriahkan lagi dengan barisan jenama terkenal dari Jepun yang menyaksikan kehadiran julung kali di Malaysia.
Selepas penyerahan projek dan pengkomersialan LaLaport BBCC yang menjadi teras Bukit Bintang City Center (“BBCC”), ia akan menjadi pusat beli-belah LaLaport yang pertama diAsia Tenggara oleh Mitsui Fudosan, dan merupakan antara kemudahan komersial terbesar dengan lebih 82,600 meter persegi (anggaran) ruang lantai. LaLaport BBCC ini menjadi LaLaport kedua Mitsui Fudosan di luar negara selepas Mitsui Shopping Park LaLaport Shanghai Jinqiao.
Sebagai tambahan pada pusat beli-belah itu, Mitsui Fudosan berkerjasama rapat dengan BBCC untuk menubuhkan pembangunan bandar berskala besar dengan fungsi yang pelbagai terdiri daripada pusat beli-belah, kediaman, pangsapuri servis, bangunan pejabat dan hotel, dengan jumlah keluasan tapak kira-kira 78,500 meter persegi (anggaran).
Selepas disiapkan, projek BBCC ini bakal menjadi satu-satunya mercu tanda yang mengunjurkan gaya hidup Jepun baharu, membolehkan masyarakat tempatan “mengamalkan gaya hidup, bekerja, bermain dan berkumpul” dengan cara yang lebih mudah. LaLaport BBCC bakal menerajui pembangunan keseluruhan projek itu sebagai hab yang menggalakkan rakyat memahami satu sama lain, menambah baik mutu kehidupan dan menawarkan ketenangan kepada orang ramai. Sebagai pusat beli-belah yang menumpukan gaya hidup dari Jepun, LaLaport BBCC mahu pelanggan yakin dengan reka bentuknya yang menawarkan pengalaman baharu selain menggabungkan budaya dan trend Malaysia sambil mengekalkan DNA Jepunnya yangt ersendiri.
Melalui pengalaman dengan rangkaian komersial Jepun yang meluas, LaLaport BBCC akan membawakan jenama terkenal dari Jepun seperti NITORI, Nojima dan JONETZ oleh DON DON DONKI. Selain itu, Star Child, sebuah sekolah taska yang menggabungkan penjagaan kanak-kanak dan pendidikan intelektual gaya Jepun, akan membuka kemudahan pertamanya di Malaysia di sini di LaLaport.
LaLaport BBCC juga menawarkan pengalaman makanan yang tidak pernah dilihat sebelum ini di pusat membeli-belah seperti kedai pertama atau kedai utama di Malaysia, seperti kedai yang disenaraikan sebelum ini oleh Michelin, tempat makan yang berkonsep baharu oleh chef terkenal – tawaran yang unik dan menarik dari Shin’Labo, Marta’sKitchen, Buena Brasa Gastropub, DONQ/Mini One, MATCHA EIGHT, YAKINIKU SIZZLE oleh YAKINIQUEST dan banyak lagi. Pengunjung juga akan dapat menikmati citarasa restoran tempatan yang telah menempah nama di Malaysia.
Persekitaran pusat beli-belah baru ini direka dengan estetika “Modern Simplicity” dan “Japanese Flavour”. Ia menampilkan ciri rekaan dalaman berdasarkan alam semula jadi bagi menyediakan ruang yang melangkaui aktiviti membeli-belah. Aliran reka bentuk dalaman-luaran LaLaport BBCC yang lancar menawarkan tempat di mana pelanggan dan pelawat ke pusat membeli-belah itu boleh berinteraksi dan menghabiskan masa yang bermutu dengan rakan dan keluarga.
Bahagian luar LaLaport BBCC Ruang pejalan kaki (Aras Bawah)
Pusat beli-belah itu menawarkan kepelbagaian citarasa, termasuk aras makanan dan minuman yang besar yang menawarkan pasar raya dan “Depachika Marche” yang menyediakan aneka makanan bungkus, medan selera kasual bernama “Cafeteria”, sekali gus memenuhi pelbagai kehendak pelanggan. “Gourmet Street” memberikan pengalaman menjamu selera di kawasan terbuka untuk pengunjung manakala medan selera “GardenDining” yang besar diAras4 mempunyai kapasiti1,400 tempat duduk.
Pengunjung juga boleh menikmati pengalaman yang menyeronokkan dan bersantai di LaLaport BBCC dengan banyak ruang acara disediakan seperti “Central Rooftop Garden” dengan keluasan sebesar 1,700 meter persegi yang dikelilingi oleh kehijauan dan pokok-pokok. Pusat beli-belah ini juga mempunyai ruang acara unik yang terletak di tengah-tengah Gourmet Street – “WOW PLAZA”, dan tarikan di pintu masuk utama yang menampilkan pelbagai bentuk pencahayaan seiring dengan acara bermusim – “Grand Step”.
Bagi menambah baik pengalaman membeli-belah kepada pelanggan dan menyediakan perkhidmatan pelanggan sehenti, Aplikasi LaLaport MY Mobile akan tersedia untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai pusat beli-belah ini. LaLaport BBCC juga akan menyediakan ciri penstriman langsung melalui platform media sosial yang membolehkan hal-hal terkini dimaklumkan di hujung jari.
Selain itu, Mitsui Fudosan turut menambah baik keterhubungan pengangkutan bagi merancakkan pembangunan bandar BBCC. Dengan mengutamakan keterhubungan dan akses jalan aya menerusi tiga terowong yang menuju parkir kereta, selain rangkaian laluan pejalan kaki, ia membolehkan aliran keluar dan masuk dari pelbagai arah. Akses langsung ke Stesen Hang Tuah di laluan LRT dan KL Monorel menjadikannya lebih mudah untuk masuk ke LaLaport BBCC.
LaLaport BBCC juga bekerjasama dengan syarikat sumber manusia di Malaysia untuk merekrut tenaga kerja. Pusat itu mengutamakan pengambilan rakyat Malaysia untuk operasi pusat membeli-belah dan juga untuk menyokong keperluan kedai.
Pekerja boleh menjangkakan persekitaran kerja yang menyenangkan dengan ruang istirahat kakitangan yang direka khas dengan keutamaan kepada aspek kebersihan dan keselamatan. Antara ciri ruang istirahat kakitangan termasuk tumbuh-tumbuhan dan suasana kehijauan, ruang tidur siang, ruang membersihkan diri, Wi-Fi percuma dan tempat mengecas komputer dan telefon pintar.
Sejak Mitsui Fudosan membuka LaLaport pertamanya di Jepun pada tahun 1981, syarikat itu telah berusaha untuk seiring bersama masyarakat tempatan dengan terus mengikuti perkembangan dan perubahan. Hari ini, Mitsui Fudosan mempunyai 16 pusat beli-belah LaLaport di Jepun yang menyediakan spektrum penuh keseronokan untuk pelanggan di Jepun mengikut wilayah masingmasing. Mitsui Fudosan juga sedang giat membangunkan perniagaan kemudahan komersial di negara dan wilayah Asia termasuk Shanghai danTaiwan dengan pengalaman selama bertahun-tahun di Jepun.
Dedikasi ini ditunjukkan dalam aktiviti perniagaan Mitsui Fudosan di Malaysia bermula daripada pembukaan Mitsui Outlet Park Kuala Lumpur International Airport Sepang pada tahun 2015, sehingga pusat beli-belah yang akan beroperasi di tengah-tengah Kuala Lumpur.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
McDonald’s Lancarkan Koleksi Set Mainan Masak-Masak Happy Meal, Comelnya!
Wah, ini memang satu khabar berita buat semua pencinta koleksi mainan McDonald’s! Terbaharu, syarikat makanan segera terkenal itu telah melancarkan koleksi set mainan masak-masak Happy Meal.
Untuk koleksi set mainan masak-masak ini telah menampilkan sebanyak lapan jenis mainan pelbagai bentuk antaranya dulang makanan, burger, mesin duit dan banyak lagi.
Lihat sahaja lah kesemua rekaan set mainan masak-masak Happy Meal ini sememangnya unik dan comel-comel belaka. Sudah pasti, ia bukan sahaja boleh menarik perhatian minat si cilik comel kesayangan anda, malah orang dewasa juga turut sama!
Jadi mari kita lihat setiap satu reka bentuk yang ada dengan lebih dekat dan mana satu yang menjadi pilihan anda? Apa kata anda kumpulkan kesemua reka bentuk set mainan masak-masak Happy Meal ini, sebab semuanya sangat comel!
Untuk pengetahuan anda, koleksi set mainan tersebut telah mula dilancarkan bermula 13 Oktober sehingga 3 November depan. Jadi tunggu apa lagi?! Segera pergi ke mana-mana cawangan McDonald’s di seluruh Malaysia sebelum semuanya kehabisan stok!
Foto: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Inspirasi 5 Gaya Mini Bar Dapat Jimat Ruang Dapur Sempit
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI