Pengering baju juga sangat berguna tatkala musim hujan dan juga sesuai untuk rumah yang mampunyai keluasan yang sempit atau terhad.
Namun, malang tak berbau, seorang pengguna TikTok berkongsi kemalangan yang menimpa yang berpunca daripada mesin pengering (dryer).
Menerusi video yang dimuat naik TikTok @efa.taifor, jiran-jirannya bertungkus-lumus memberikan bantuan awal untuk memadamkan api. Mereka menggunakan hos air yang ada berdekatan dengan rumah yang terbakar itu.
Difahamkan respon pantas jiran-jiran itu bagi mengelakkan kebakaran jadi lebih marak sementara menunggu pihak bomba tiba ke tempat kejadian.
@efa.taiforKebakaran yang paling ngeri. Betapa getirnya saat itu hanya Allah yang tahu… kebakaran berpunca dari overheating dryer. Jadi pengajarannya, jgn tinggal dryer on tanpa pengawasan… malang tidak berbau.♬ original sound – Efaaa bini kamal
“Kebakaran yang paling ngeri. Betapa getirnya saat itu hanya Allah yang tahu. Kebakaran berpunca dari overheating dryer. Jadi pengajarannya, jangan tinggal dryer terbuka tanpa pengawasan. Malang tidak berbau,” kata TikTok @efa.taifor.
Tiada kecederaan serius semasa ahli keluarga berada dalam rumah ketika insiden terjadi. Mangsa cuma mengalami melecur kecil dipercayai terkena percikan api dan telah diberikan rawatan awal daripada pihak bomba.
Hantaran video itu membuatkan ramai warganet yang memiliki dryer di rumah berasa gerun.
Pada masa sama warganet ada berkongsi beberapa tips penggunaan dryer, antaranya; tutup setiap kali selesai guna, gunakan direct plug dan tidak berkongsi dengan plug lain dan gunakan dryer ketika cuaca tidak panas.
Ada warganet mahu melihat keadaan rumah, bagaimanapun TikTok @efa.taifor masih belum masuk ke dalam selepas insiden kebakaran terjadi.
“Insyaallah. Tapi saya pun masih trauma nak masuk ini. Rumah pun masih kuat bau hangit asap,” kata wanita itu.
Sumber : TikTok @efa.taifor
Mesti Baca: Tip Profesional Suai Padankan “Throw Cushion”
Baca Lagi Di Sini: 5 Tip Cara Mencuci Untuk Pastikan “Throw Cushion” Agar Sentiasa Nampak Baru
Artikel Menarik:Bersihkan Sofa Bertompok Kena Kotoran. Ini Caranya Guna Air Panas!