Pokok Kecubung, yang juga dikenali sebagai Datura, adalah tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Solanaceae. Tumbuhan ini sering ditemui di kawasan tropika dan subtropika di seluruh dunia.

Kecubung dikenali dengan bunga yang besar, berwarna-warni dan menarik, tapi awas, juga terkenal dengan sifat toksik.

Bahaya Pokok Kecubung, Jika Makan Boleh Keracunan & Halusinasi

Baru-baru ini dek kerana perasaan ingin tahu, telah menyebabkan seorang remaja mengalami keracunan selepas memakan biji kecubung bersama rakan-rakannya. Difahamkan, mereka menemui pokok kecubung tersebut di kawasan sekitar kampung.

Menerusi hantaran dibuat oleh Public Health Malaysia (PHM), mangsa memutuskan untuk mencuba bijinya kerana mendengar cerita tentang kesannya yang menyebabkan halusinasi.

Bahaya Pokok Kecubung, Jika Makan Boleh Keracunan & Halusinasi

“Pada 2 jam pertama kes mengalami halusinasi visual dan kekeliruan. Degupan jantung meningkat dan penglihatan mula kabur.

“Di unit kecemasan, dia diberikan charcoal untuk mengurangkan penyerapan toksin dalam saluran pencernaan dan pemberian benzodiazepin untuk merawat keresahan dan halusinasi,” tulis PHM.

Menurut PMH, keseluruhan pokok kecubung telah disahkan mengandungi bahan bahaya. Malah, PHM juga menyeru kepada semua agar berhati-hati terutama untuk golongan kanak-kanak.

“Keseluruhan bahagian pokok kecubung mengandungi bahan bahaya ini, terutama pada biji buah kecubung. Berhati-hati terutamanya kepada kanak kanak,” menurut hantaran yang dibuat PHM.

Makluman semua, Kecubung (Datura) adalah tumbuhan yang mengandungi alkaloid tropana yang boleh menyebabkan keracunan serius jika dimakan atau dihirup.

IMPIANA : Pokok kecubung banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yang cantik dan unik. Manakala, buah atau bijinya berwarna coklat dan mempunyai duri-duri halus diluarnya. Namun, bahaya ye tumbuhan ini. Jangan dibawa main!

Sumber: Public Health Malaysia (PHM)

FT Image: @srilankanflora

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI