Memang bahaya renjatan elektrik akibat pemanas air, boleh menyebabkan nyawa terkorban. Ramai yang mula risau untuk menggunakan alat pemanas air atau water heater di rumah kerana tragedi sebegini. Adakah ia benar-benar selamat untuk digunakan?
Sebenarnya tak perlu risau dan ia selamat digunakan selagi mana pemasangan alat pemanas air ini dilakukan oleh individu yang berpengalaman, selalu diselenggara dengan baik serta pendawaiannya telah mengikut spesifikasi Suruhanjaya Tenaga.
Menerusi perkongsian oleh GeneralWorker_Repair&DIY ada menerangkan mengenai punca renjatan elektrik ini boleh berlaku.
Kenapa Kes Ini Berlaku?
Banyak sebab, antaranya wiring tak bagus, wire hijau(bumi) ada masalah, tercabut ke, putus ke atau langsung tiada. Boleh jadi juga ELCB dah keras rosak, tak boleh cut off elektrik bila ada kebocoran elektrik. Keras biasanya sebab dah lama, lebih 20 tahun.
Apa Puncanya?
Ada arus elektrik biasanya dari pemanas, bocor mengalir melalui air, kena pada badan kita. Ingat, air boleh mengalirkan arus elektrik.
Ads
Apa nak buat jika berlaku kes macam ni?
Paling cepat, tutup suis heater (biasanya lampu merah) dekat luar bilik air.
Suis ni akan putuskn wire L dan N serentak.
Atau turunkn suis utama dalam kotak db.
Dekat shower pun ada ELCB. Suis shower yang biasa ada kat luar bilik air.
Tapi kebanyakan kita, panik mengatasi segalanya..itu realiti. Jadi sebab tu, disarankan untuk tekan ELCB pada shower heater atau db box setiap bulan sebagai maintenance.
Ads
Langkah Pendawaian Spesifikasi Suruhanjaya Tenaga
Menerusi perkongsian daripada Jurutera Elektrik Encik Rasidi Din ini, yang turut mempunyai syarikat elektrik sendiri ini ada kongsikan langkah keselamatan pendawaian alat pemanas air mengikut spesifikasi Suruhanjaya Tenaga.
Kita usaha buat wiring waterheater ikut Spesifikasi selamat Suruhanjaya Tenaga. Selebihnya serah pada Allah.
Antara spesifikasi Suruhanjaya Tenaga untuk pendawaian waterheater @ pemancur Air Panas (GP/ST/no.6/2016)
1. Penggunaan Wajib cable bersaiz minima 4.0mm.
2. Penggunaan RCCB berkepekaan 10mA unt keselamatan pengguna.
3. Menggunakan hose paip PVC@plastik sepenuhnya tanpa unsur besi@chrome.
4. Penggunaan suis dwikutub 20A terus kepada waterheater tanpa sebarang Socket / Plugtop 13@15A.
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika ingin memasang alat pemanas air di rumah pastikan ia dipasang oleh juruteknik yang berpengalaman, malah selalu diselenggara dalam keadaan baik. Sekiranya berlaku ‘kebocoran’ elektrik pastikan lakukan langkah keselamatan terlebih dahulu.
4 Trik Cermin Mampu Jadikan Kediaman Lebih Luas Dan Elegan. Dengan penggunaan kreatif, cermin bukan sahaja boleh dijadikan medium untuk kita memeriksa penampilan malah ia juga boleh dijadikan alat pantulan cahaya, dan secara amnya meningkatkan mutu deko sesuatu ruang. Selain itu, cermin juga terkenal dengan fungsinya yang mampu memberikan ilusi ruang yang lebih luas serta menonjolkan lagi aksesori atau perhiasan kegemaran anda melalui pantulan yang dapat dilihat dari sudut yang berbeza. Dengan penggunaan yang betul dan sesuai cermin dapat membangkitkan perasaan elegan serta dapat membentuk karakter sesuatu ruang.
Ini adalah senarai idea penggunaan mirror bagi membantu anda memberi life terhadap kediaman anda.
Pencahayaan Semulajadi
Apabila anda meletakkan objek ini di tempat yang betul di dalam bilik, ia mewujudkan peluang untuk anda mengoptimumkan penggunaan cahaya semulajadi. Untuk berbuat demikian, letakkan cermin bersebelahan dengan tingkap untuk menangkap cahaya matahari dan melantun pada keseluruhan bilik dengan sempura.
Menambah Tekstur
Mirror boleh digunakan untuk menambah tekstur pada ruangan dengan dua cara. Yang pertama adalah dengan memasang bingkai cermin bertekstur yang dramatik bagi menampakkan ilusi tiga dimensi pada dinding. ia juga boleh berfungsi sebagai focal point dalam mana-mana bilik. Cara kedua untuk menambah tekstur pada ruang adalah dengan meletakkan cermin pada posisi di mana ia mencerminkan objek bertekstur dalam ruang tersebut seperti pasu kristal atau meja kopi rustic.
Ciptakan Ilusi Ruang
Lebih besar cermin, lebih banyak ilusi ruang yang akan tercipta. Fikirkan dengan teliti tentang sudut bilik yang anda mahu highlight. Sebagai contoh, leletakkan ia agar bertentangan dengan tingkap dan ia mampu memantulkan kedua-dua cahaya semula jadi serta kehijauan ke dalam ruang yang lebih kecil. Dalam ruang berkumpul seperti ruang makan atau ruang tamu, cermin yang lebih besar boleh meningkatkan suasana ceria dengan memberikan ilusi lebih tetamu.
Hiasi Hallway Yang Hambar
Hallway atau laluan masuk utama akan serta merta kelihatan lebih welcoming dengan kehadiran hiasan dinding ini memenuhi dinding. Ia juga dapat membangkitkan perasaan teruja selain menjadi pelengkap aksesori lain dalam kediaman.
Tidak dinafikan, harga jualan Smart TV yang ada di pasaran tidak murah malah mahal sehingga ada yang terpaksa berbelanja ribuan ringgit bagi untuk memiliki sebuah Smart TV di rumah.
Maka oleh itu, tidak hairan lah jika ada segelintir yang masih lagi menggunakan jenis TV yang biasa tanpa dengan teknologi terkini di rumah.
Namun begitu, TV jenis lama ini masih berada dalam keadaan elok dan berfungsi dengan baik cuma ianya tidak mempunyai teknologi yang terkini.
Jadi, apa kata sebagai penyelamat kepada TV lama yang ada di rumah anda supaya ia masih lagi boleh diguna pakai dengan teknologi yang terkini anda pasangkan alat Mi TV Stick ini pada TV anda.
Dengan menggunakan barangan elektronik ini, TV lama anda akan dilengkapi dengan fungsi dan teknologi yang terkini sama seperti Smart TV.
Kelebihan alat Mi TV Stick ini, ia membolehkan TV lama anda dilengkapi dengan fungsi teknologi seperti aplikasi Netflix, YouTube, paparan resolusi HD penuh (1080) dan banyak lagi. Menarik bukan?
Malah, harga jualan barangan elektronik ini di pasaran tidak begitu mahal dan sangat berpatutan. Anda boleh memilikinya dengan harga serendah RM155 sahaja. Jadi ianya satu pembelian yang sangat-sangat berbaloi untuk anda!
Sekiranya anda mahu mendapatkan alat Mi TV Stick yang sama seperti pada gambar tertera anda boleh membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk membuat pembelian.
Sumber: Facebook Pemburu Tiket Murah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Terdapat pelbagai pilihan ketebalan langsir di pasaran. Setiap jenis ketebalan sebenarnya bukan hanya direka bergantung kepada ketetapan konsep malah kegunaanya. Sebab itu, ada antara kediaman akan menggunakan langsir lebih dari satu lapisan. Hal ini menujukkan ketebalan serta pilihan warna kain langsir amat penting dalam kegunaan kita seharian di dalam rumah. Oleh itu, sebelum memilih fabrik untuk membuat langsir. Tentukan terlebih dahulu ketebalan langsir yang anda perlukan. Bukan sekadar melihat rekaannya sahaja
Penapis Cahaya Matahari
Langsir di bahagian tingkap fabriknya tidak terlalu tebal kerana fungsinya sebagai penapis cahaya matahari bagi tujuan menerangi kediaman di siang hari. Selain itu, ia juga bertindak sebagai pelindung perivasi bagi mengelak orang luar dapat melihat bahagian dalam kediaman. Orang kata, privasi penghuni rumah terjamin. Ada juga pemilik yang gemar memilih 2 gabungan atau lapisan langsir iaitu langsir siang dan malam. Langsir malam dipilih daripada fabrik tebal, jacquard, baldu, linen, satin, polyester, scotchguard, kain kapas atau berwarna kegelapan. Manakala pada waktu siang tirai langsir malam akan di singkap ke sisi. Hanya menggunakan langsir siang jenis nipis agar cahaya boleh masuk tetapi masih dapat mengekalkan privasinya. Langsir siang ini kebiasaanya terdiri daripada fabrik yang nipis bercirikan polos cahaya serta dikenali sebagai sheers. Jenis fabriknya adalah daripada kapas, silk dan polyster.
Penghadang bising
Selalunya apabila kita makan di dapur, pasti kita tidak mahu diganggu walaupun bunyinya datang dari ruang tamu. Solusi terbaik adalah dengan memasang langsir berkain tebal dengan pilihan warna yang tidak gelap seperti kelabu muda dan lain-lain. Ini kerana ia berupaya mengurangkan kadar bunyi bising sebanyak 40% daripada bunyi asal. Oleh itu, pemasangan langsir tebal sebagai pemisah di ruang dapur tidak dapat mengganggu aktiviti di ruang tamu
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.