Memang bahaya renjatan elektrik akibat pemanas air, boleh menyebabkan nyawa terkorban. Ramai yang mula risau untuk menggunakan alat pemanas air atau water heater di rumah kerana tragedi sebegini. Adakah ia benar-benar selamat untuk digunakan?
Sebenarnya tak perlu risau dan ia selamat digunakan selagi mana pemasangan alat pemanas air ini dilakukan oleh individu yang berpengalaman, selalu diselenggara dengan baik serta pendawaiannya telah mengikut spesifikasi Suruhanjaya Tenaga.
Menerusi perkongsian oleh GeneralWorker_Repair&DIY ada menerangkan mengenai punca renjatan elektrik ini boleh berlaku.
Banyak sebab, antaranya wiring tak bagus, wire hijau(bumi) ada masalah, tercabut ke, putus ke atau langsung tiada. Boleh jadi juga ELCB dah keras rosak, tak boleh cut off elektrik bila ada kebocoran elektrik. Keras biasanya sebab dah lama, lebih 20 tahun.
Ada arus elektrik biasanya dari pemanas, bocor mengalir melalui air, kena pada badan kita. Ingat, air boleh mengalirkan arus elektrik.
Paling cepat, tutup suis heater (biasanya lampu merah) dekat luar bilik air.
Suis ni akan putuskn wire L dan N serentak.
Atau turunkn suis utama dalam kotak db.
Dekat shower pun ada ELCB. Suis shower yang biasa ada kat luar bilik air.
Tapi kebanyakan kita, panik mengatasi segalanya..itu realiti. Jadi sebab tu, disarankan untuk tekan ELCB pada shower heater atau db box setiap bulan sebagai maintenance.
Menerusi perkongsian daripada Jurutera Elektrik Encik Rasidi Din ini, yang turut mempunyai syarikat elektrik sendiri ini ada kongsikan langkah keselamatan pendawaian alat pemanas air mengikut spesifikasi Suruhanjaya Tenaga.
Kita usaha buat wiring waterheater ikut Spesifikasi selamat Suruhanjaya Tenaga. Selebihnya serah pada Allah.
Antara spesifikasi Suruhanjaya Tenaga untuk pendawaian waterheater @ pemancur Air Panas (GP/ST/no.6/2016)
1. Penggunaan Wajib cable bersaiz minima 4.0mm.
2. Penggunaan RCCB berkepekaan 10mA unt keselamatan pengguna.
3. Menggunakan hose paip PVC@plastik sepenuhnya tanpa unsur besi@chrome.
4. Penggunaan suis dwikutub 20A terus kepada waterheater tanpa sebarang Socket / Plugtop 13@15A.
Semoga bermanfaat!
Mesti Baca: Elak Terkena Renjatan Elektrik Ketika Bencana Banjir, Tip Keselamatan Kena Tahu
Baca Lagi Di Sini: CARA Mudahkan Kerja, Buang Lumpur & Air Bertakung Terus Keluar Dari Rumah!
Artikel Menarik: Selamatkan Barang Elektrik Ditenggelami Banjir, Paling UTAMA Jangan Hidupkan Untuk Test!
IMPIANA: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika ingin memasang alat pemanas air di rumah pastikan ia dipasang oleh juruteknik yang berpengalaman, malah selalu diselenggara dalam keadaan baik. Sekiranya berlaku ‘kebocoran’ elektrik pastikan lakukan langkah keselamatan terlebih dahulu.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.