Kebisaanya, putaran kipas perlahan atau kurang rasa angin berpunca dari habuk yang tebal pada bilah. Tapi kalau dah dibersihkan pun masih perlahan, cuba tukar kapasitor. Modalnya pun tak banyak. Bawah RM 10 sahaja. Hal ini bukan sahaja sesuai untuk kipas siling, malah tertakluk kepada kipas meja atau kipas berdiri. Seperti yang dikongsikan oleh Qamar Syams
di adlam group Tukang Apa Hari Ini.Alhamdulillah berkat ilmu perkongsian geng dan youtube, terima kasih, saya dapat DIY repair kipas (Brand Khind) yang masalah slow, apa yg saya buat:
1) buka casing belakang kipas (lap/cuci habuk apa yg patut, cabut suis letrik jgn lupa)
2) buka kapasitor, potong wayar (merah & kelabu, jgn potong hujung sgt nnt nak sambung payah)
3) p kedai elektronik/repair elektrikal beli kapasitor baru, harga dalam RM3-5 mcm tu (pastikan yg microfarad(uF) tu sama, saya punya 1.5 uF)
4) sambung kapasitor yang baru dgn wayar yg di potong tadi (saya sambung pakai connector), pasang power, test jalan ke tak bilah tu, Alhamdulillah pusing )
5) cuci², lap² bilah kipas dan jaring casing kipas depan
6) pasang casing, siap..
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.