Tahukah anda, selain daripada recycle kita juga boleh upcycle barangan lama yang sudah tidak digunakan. Malah aktiviti upcycle dilihat lebih menjimatkan dan mesra alam berbanding jika kita mengitar semula. Jadi apakah perbezaan antara recycle dengan upcycle?
Biasanya, apabila bahan-bahan seperti plastik, kertas, logam atau kaca yang dikitar semula akan dipecahkan atau dihancurkan terlebih dahulu menjadi bahan asas sebelum dijadikan suatu produk yang baru. Produk-produk ini bagaimanapun mempunyai kualiti yang jauh lebih rendah berbanding sebelum melalui proses kitar semula. Berbeza pula apabila kita upcycle sesuatu, ia lebih menumpukan pada proses membaikpulih barangan yang sudah usang atau rosak. Perabot akan diolah atau dibina semula tanpa mengurangkan kualiti dan fungsinya. Mudah untuk kita katakan dengan upcycling, secara tidak langsung perabot lama telah diupgrade menjadi lebih menarik dan berharga. Ada juga yang melihat upcycling sebagai salah satu cabang recycle kerana terdapat banyak persamaan antara keduanya. Bergantung pada kefahaman masing-masing, yang penting pada akhirnya semua aktiviti ini akan memberi kesan positif kepada alam sekitar.
Sedikit tip dan trik bagi anda yang baru sahaja berjinak-jinak dengan hobi upcycle ini :
1.Kunci utama upcycling adalah persediaan yang rapi dan cukup . Merancang lebih awal dan pastikan anda mempunyai peralatan-peralatan yang diperlukan. Bersihkan perabot yang ingin di upcycle agar tiada sebarang habuk atau sarang labah-labah kerana ia dapat merosakkan berus cat anda.
2. Gunakan kreativiti dan berfikir diluar kotak. Idea kreatif anda dapat memberikan nafas baharu pada perabot lama yang mungkin tiada harganya lagi tetapi dengan imaginasi dan sedikit pertukangan, anda mungkin dapat upgrade yang tidak disangka-sangka.
Ads
3. Jika anda terlihat perabot vintaj yang anda suka dijual pada harga yang tidak masuk akal, jangan risau kerana besar kemungkinan anda boleh dapat sesuatu yang hampir sama dikedai-kedai amal, di jualan but kereta, atau di laman web seperti Carousell dengan harga yang jauh lebih murah. Anda juga mungkin boleh jumpa sesuatu yang serupa di stor nenek anda!
4. Belanjakan sedikit wang untuk membeli berus cat yang berkualiti kerana berus yang murah biasanya mempunyai bulu yang mudah tertanggal. Balutkan berus atau roller dengan foil aluminium bagi memastikan berus sentiasa lembap dan jangan lupa bersihkan kesemua berus sebaik sahaja anda selesai mengecat.
Ads
5. Berseronoklah dan be brave! Anda tidak terikat pada apa-apa kekangan jadi gunakan peluang ini untuk menunjukkan bakat dan kreativiti anda. Terdapat pelbagai pilihan warna dan idea yang boleh didapati melalui laman web seperti Pinterest yang boleh dijadikan inspirasi.
6. Setelah selesai dengan projek upcycle anda, jangan lupa untuk sapukan lapisan pelindung agar perabot atau hiasan mampu bertahan lebih lama. Sia-sialah segala kerja keras anda jika dibiarkan sahaja tanpa lapisan varnish atau wax untuk melindungi masterpiece tersebut.
Ads
7. Jangan takut untuk mula dan mencuba sesuatu yang baharu, tidak ada yang betul atau salah ketika proses upcycling – hanya ilmu baru yang diperolehi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Gubahan orkid tiruan menjadi penyeri dekorasi kediaman tidak kira apa sahaja konsep dekorasinya. Namun, untuk memiliki jambangan orkid tiruan yang siap diubahsuai harganya agak lumayan. Akan tetapi, Puan Zaza Zalina berkongsi cara untuk menghasilkan sebuah jambangan bunga orkid hanya dengan modal lebih kurang RM 150 sahaja. Jika di beli gubahan orkid ni harganya mencecah RM 300-500
Bahan-bahan:
5 Batang orkid (sebatang RM 14.00)
Daun tiruan campur-campur
Ranting (RM 7.50
Pasu (RM 35.00)
4 biji span bunga (RM 2.50)
Lumut kering (RM 4.00)
Sekulen (RM6.50)
Gam kraf
batu lumut tiruan (RM 6.50)
Cara-cara: 1. Pasu yang digunakan agak besar, letakkan surat khabar oada bahagian tersebut sebelum di masukkan span
2. Lekatkan lumut kering dengan menggunkan gam kraf dalam pasu gubahan orkid
3. Setelah kering sepenuhnya cucuk orkid did bahagian tenagh. Tapi sebelum itu, ikat buluh pada ranting buluh dan susun secara kreatif
4. susun daun, sekulen dan daun tiruan di bahagian pangkal bunga orkid secara kreatif
Tip: untuk elak pasu gubahan orkid merosakkan permukaan perabot, letakkan span pelekat Jom sertai bengkel smart farming bersama Mommy Mai. Untuk pendaftaran klik link yang tertera https://toko.ideaktiv.com/product/impiana-workshop/
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Baru buka periuk nak ciduk nasi, tapi dah lembik dan berbau. Frust nya! Rasanya baru je masak pagi tadi, tak kan dah basi?
Pasti ramai yang pernah lalui situasi seperti ini. Jadi IMPIANA nak kongsikan beberapa cara yang boleh kita praktikkan supaya nasi yang dimasak tahan lebih lama.
CARA BUAT NASI TAHAN LEBIH LAMA
1. Cuci beras hingga bersih
Cuci dan bilas beras sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali atau lebih. Ini kerana beras yang dicuci tidak bersih dan masih ada sisa air bilasan beras akan membuatkan nasi yang dimasak akan cepat basi. Lebih elok jika gunakan air tapis untuk mencuci beras.
2. Perahan limau nipis
Perahkan limau nipis kedalam periuk dengan beras yang sudah dibilas. Tidak perlu banyak pun, cukup sekadar setengah biji limau. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
3. Bersihkan periuk
Sebelum memasak nasi pastikan dahulu periuk yang digunakan tidak mempunyai sebarang kotoran atau karat yang melekat. Kotoran nasi yang melekat pada periuk akan menyebabkan nasi mudah basi dan bakteria yang ada akan menjejaskan rasa dan bau pada nasi yang telah masak nanti.
4. Lap wap pada penutup
Mak-mak mesti selalu pesan agar jika nasi yang dimasak dengan menggunakan periuk nasi elektrik haruslah digempurkan dahulu sebelum ia masak sepenuhnya. Namun perlulah dilap dahulu wap air yang ada pada tudung periuk tersebut. Ini akan membuatkan nasi masak dengan elok berderai dan lembut.
5. Secubit garam
Cara ini adalah untuk melambatkan nasi untuk basi. Malahan akan membuatkan nasi lebih tahan lama dan tidak akan menjejaskan rasa atau kualiti nasi yang akan dimasak. Ada yang mengatakan bahawa nasi juga akan lebih rasa sedap dan kenyal.
Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sekarang, memang tengah trend ibu ayah DIY kitchen stove untuk anak-anak kan. Ada yang buat dari bekas plastik, meja kayu dan paling kreatif dan habis rajin guna kotak terpakai.
Tapi kali ni kita bukan nak buat kitchen stove. Apa kata cuba bina mini market untuk anak anda. Bertemu dengan sebuah blog kraf kepunyaan Hayley So You Think You’re crafty, wanita ini berkongsi cara bagaimana suaminya membina sebuah mini market dari batang PVC buat anaknya yang berusia 5 tahun.
Bahan-bahan: 4 batang PVC sebagai bumbung (ikut keperluan ruang) 2 batang PVC (ikut ketingian tiang yang diperlukan) 2 batang paip PVC 3 inci panjang 2 biji 90 degree penyambung 2 biji 45 degree penyambung 2 biji penyambung “T” 4 biji Hook “U” 1 buah rak buku
1. Sambungkan 4 batang PVC dengan menggunakan penyambung 90 degree dan “T” untuk membentuk bumbung.
2. Untuk membentuk bahagian kaki, sambung batang PVc panjang 3 inci pada bahagian penyambung “T” dan diikuti penyambung 45 degree pada kedua-dua bahagian dan sambung kan kaki.
3. Dengan menggunakan 4 biji hooks bentuk ‘U” sambungkan bahagian atas bumbung pada dinding dengan menggunakan paku atau lebih kemas skru.
4. Untuk menyambungkan bahagian tiang pada rak buku, anda boleh gunakan gam atau cari sambungan tapak yang bersesuaian.
5. Bila struktur dah kukuh, boleh lah letakkan kain sebagai bumbung. Sebelum hamparkan kain menjadi bumbung, Hayley telah menjahit tape bias pada kain dan letakkan bahagian lawan nya pada batang PVC. Jadi bila nak tukar atau cuci, hanya perlu tarik sahaja. Selebihnya, susun aksesori mengikut kreativiti anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.