Baik Pulih Peti Sejuk Dengan Modal RM8 Sahaja

Share

Setiap kediaman WAJIB dilengkapi dengansekurang-kurangnya sebuah peti sejuk. Ia diperlukan sebagai salah satu tempat penyimpanan makanan dan bahan mentah. Suhu peti sejuk yang lebih rendah daripada suhu bilik dapat merendahkan kadar pembiakan bakteria dan menjadikan makanan yang disimpan tahan lebih lama dan kurang berlaku kerosakan.

Tetapi apabila sudah tiba masanya, peti sejuk tidak lagi berfungsi seperti sepatutnya. Kadangkala bahagian sejuk beku tidak membekukan dan bahagian bawah pula hanya mengeluarkan udara panas. Perkara ini sudah tentu akan membuatkan anda kaget. Harga untuk sebuah peti sejuk bukannya murah.

Tunggu dulu. Pada akaun fb Encik Md Helmee Abu, beliau ada kongsikan cara-cara membaiki peti sejuk yang mempunyai masalah tersebut dengan kos RM8 SAHAJA! Mari kita ikuti step-by-step yang Encik Helmee kongsikan, semoga berguna buat anda semua.

LANGKAH #1
Alatan yang anda perlukan :

  • Screwdriver Phillips (+)
  • Playar
  • Electrical Insulating tape
  • Defrost Thermostat

LANGKAH #2
Pastikan kepala power plug dicabut dahulu.

LANGKAH #3
Buka penutup bahagian atas dangan mengumpil pelekat bulat dan buka skru (bulat merah)

LANGKAH #4
Pasang kembali kepala plug. Switch “on”. Jikalau kipas yg dibulatkan merah masihberfungsi bermakna mungkin masalahhanya pada defrost thermostat sahaja.Cabut kembali power plug. Kemudian tanggalkan juga cover ini.

LANGKAH #5
Keadaan setelah penutup ditanggalkan.

LANGKAH #6
Defrost thermostat

LANGKAH #7
Buka plastik yg membalut socket wayar dan cabut socket wayar defrost thermostat.

LANGKAH #8
Gantian yang dibeli dgn harga RM8. Memandangkan socket gantian defrost thermostat

yg dibeli tidak sama. Maka saya potong dan sambung dgn socket yg asal. Balut dgn kemas bahagian yang disambung menggunakan electrical insulating tape.

LANGKAH #9 & #10
Pasang kembali defrost thermostat yang telah disambung ke tempat asal.

LANGKAH #11
Pasang semula penutup dengan kemas.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Published by
Amalina