Dekorasi

Baiki KIPAS ‘Stand’ Kurang Angin Jadi Laju. Jimat Tak Perlu Beli Baru!

Share

Musim perayaan ini memang perlu kipas angin yang banyak di kediaman jika tiada aircond. Tapi bila kipas angin ‘stand’ atau jenis berdiri ini rosak memang haru. Nak beli makan modal juga.

Jadi jika mahu berjimat kenalah baiki sendiri, jom manfaatkan perkongsian @lutfyhady cara baiki kipas yang perlahan ini.

Cara baiki kipas yang dah slow kepada kelajuan asal

1. Buka sangkar kipas dan unscrew penutup head dia sampai terbuka penutup depan tu.

2. Cabut telinga sebatang yang bagi kipas teleng berpusing tu. Macam kipas jenis ni boleh tarik cabut terus. Tengok dulu kadang-kadang ada jenis kena bukak skru dalam tu.

3. Buka penutup tadi dan boleh nampak kotak hitam(capasitor).

4. Ha yang ni kena kita kena pergi kedai hardware elektrik/lampu. Macam saya punya kipas value 1.5 uF(micro-farad).

5. Beli ikut value tu ATAU untuk kipas yang lama sikit boleh beli value lebih sikit. Saya beli 2.0uF. Jangan beli lebih banyak, sebab boleh rosak motor long term. Harga benda ni RM4.

6. Macam ni saya malas nak buka banyak part sebab nak kena bukak pakai nut, penutup besi tu.

7. Memandang kan benda tu dah ada di luar, so saya kerat terus dan solder dengan capasitor baru.

8. Pakai lah tape plastik hitam untuk wire tu, ini saya pakai apa yang ada saja. Solder dengan timah, semua tu beli kat kedai Eco RM2.

9. Siap semua skru balik mcm asal.

Jadi kesimpulanya, apa yg kita buat:-

1. Bukak cover head kipas untuk access kapasitor (kotak hitam kecil)
2. Replace ikut tips di atas
3. Pasang semua balik. Selesai !

Ok dah laju

Sumber:@lutfyhady

Semoga bermanfaat

Artikel ini diambil dan diolah dari VK.

Mesti Baca:Mak Pesan Kerja Rumah Jadikan Rutin, Rumah Bersih Automatik Rasa Tenang
Baca Lagi Di Sini:PANDUAN ‘Checklist’ Penting Keperluan Pindah Masuk Rumah Baru Yang Perlu Disediakan!
Artikel Menarik:10 “Defect” Wajib Periksa Sebelum Pindah Rumah Baru!

Sumber: Fakaruddin Mohd

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Nana