Baiki pintu bilik yang rosak akibat pecah, berlubang, digores dan sebagainya boleh saja kita lakukan sendiri demi penjimatan.
Kebiasaannya bila rumah sudah lama diduduki, kerosakan pada pintu sebegini memang akan berlaku. Tapi jika pintu masih kukuh sayang pula jika dibuang. Adalah lebih jimat sekiranya kita baiki saja pintu yang rosak ini.
Boleh tutup lubang yang pecah dan cela yang ada pada pintu ikut cara bajet yang dikongsi oleh Mohamad Kautsar.
DIY baiki pintu plywood pecah dan berlubang
Bahan-bahan yang diperlukan filler, kertas pasir, gam kayu, plywood 3mm dan cat.
1. Pintu lama pecah dan berlubang.
2. Letak filler untuk tampal lubang, gosok dan marking kawasan yang pecah untuk ditampal.
Ads
3. Potong plywood 3mm dan tampal dengan gam kayu Dunlop.
4. Letak filler keliling kepingan plywood dan gosok.
Cat Dinding Rumah Mengelupas . Selepas kediaman terendam lebih dari 2 hari, sudah pasti catnya mula mengelupas selepas banjir surut. Jangan gelabah terus nak cat semula dinding yang rosak. Nanti tak sampai beberapa hari, dah mengelupas semula. Tak nak membazir dan elak melakukan kerja yang sia-sia, ini langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mengecat semula dinding lembap yang dah mengelupas
1. Bersihkan dinding dan Kupas cat lama
Bersihkan terlebih dahulu dinding anda dari sebarang kotoran. Selesai, kupas atau singkirkan semua lapisan cat lama. Boleh guna water preasure atau kikis dengan scrap. Hal ini membantu cat baru yang dialis dapat diserap dan lekat sempurna pada permukaan dinding
2. Keringkan dinding sepenuhnya
Sebaiknya beri masa 1-2 minggu untuk dinding yang terendam air tadi kering sepenuhnya.
Selesai menyingkirkan lapisan cat pada dinding, gunakan kertas pasir untuk menghaluskan permukaan yang kasar. Disamping itu juga, teknik ini juga dapat menanggalkan lapisan cat degil yang sukar ditanggalkan. Teknik ini dapat memastikan dinding anda dalam keadaan kemas dan sedia meneriam cat baru. Secara tidak langsung, ia dapat memberi kesan cat yang lebih cantik dan kemas
4. Bersihkan dengan air bersih
Langkah terakhir membersihkan tembok atau dinding yang mengelupas adalah dengan cucian menggunakan air. Bukan cuci beria-ia, cukup sekadar menggunakan kain lembap bagi menyingkirkan kotoran yang tersisa terutamanya habuk yang terhasil disebabkan dinding yang digosok mengunakan kertas pasir. Selesai dicuci dengan air, biarkan dinding kering sepenuhnya sekurang-kurangnya 3-4 jam
5. Aplikasi cat
Selesai dinding kering sepenuhnya, proses mengecat boleh lah dilanjutkan. Permulaan proses mengecat, cat asa atau dasar perlu dilakukan. Pilih cat asas yang kurang kandungan kapur nya atau Alkali Resisting Primer untuk memastikan lapisan cat yang kedua dapat lekat sepenuhnya. Pastikan cat asas disapu sepenuhnya dan rata hingga menutupi pori dinding
kebiasaanya, cat asas mengambil masa 3 jam untuk kering sepenuhnya. Selesai kering, bolehlah disapukan warna cat yang menjadi pilihan. Pastikan anda menggunakan roller untuk permukaan mendatar yang luas dan berus bagi kemasan bersudut sempit atau kecil. Lakukan teknik mengecat dari atas ke bawah. Dan pastikan, ketika sapuan cat pada berus atau roller tidak kering. Jika terlalu kering, ia akan meninggalkan kesan tekstur yang tidak menarik. Jika perlu, cat berwarna perlu di lapiskan lagi sekali selepas lapisan pertama kering sepenuhnya untuk mendapatkan kesan warna yang lebih menarik
Bagi yang mendiami pangsapuri, sudah pasti, ruang anjung atau balkoni menajdi tempat untuk sidai baju. Tapi, memang tak cantik pemandangan kalau ada ampaian berjuntai-juntai di balkoni. Tambahan, pemandangan cantik tidak dapat dinikmati walaupun jemuran sudah diangkat. Nordin Nj ada idea lebih bernas. Sediakan ampaian mudah alih dari rod langsir dengan modal hanya RM 25.00
lepas habis sidai baju boleh simpan balik. Barang semua ikea
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ibu bapa yang mempunyai si cilik aktif amat mementingkan keselamatan terutamya di rumah. Bukan sahaja perkakas dan peralatan tajam atau berbahaya perlu dielak dari mudah dicapai oleh si cilik, kedudukan soket atau barang eletrik yang rendah juga menjadi salah satu punca keselamatan yang turut diberi perhatian. Ini disebabkan terdapat beberapa kes renjatan elektrik yang dilaporkan.
Untuk atasi masalah ini, Penny Ching berkingsi cara mudah dan jimat untuk atasi masalah ini hanya dengan menggunakan bekas makanan RM 2.10
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.