Rumah pusaka
Rumah pusaka

Memiliki rumah pusaka adalah satu anugerah yang tidak ternilai, terutamanya jika ia diwarisi daripada generasi terdahulu. Rumah pusaka sering kali penuh dengan nostalgia dan kenangan manis bersama keluarga.

Namun, realiti pemilikan rumah pusaka tidak selalunya indah. Ramai yang mengambil inisiatif untuk merombak dan merenovasi rumah pusaka supaya lebih selesa dan moden. Namun, selepas usaha dan wang ringgit dilaburkan, masalah baru muncul apabila waris lain mula menuntut hak mereka terhadap rumah tersebut. Bagaimana cara terbaik untuk menangani situasi ini?

Baiki Rumah Pusaka & Bila Rumah Dah Cantik Waris Datang Tuntut, Ini Panduan Dari Peguam!
Baiki Rumah Pusaka

Perkongsian daripada peguam Allahyarham Salkukhairi Abd Sukor boleh dijadikan panduan.

Dah keluar modal baiki rumah pusaka, tiba-tiba ada waris nak tuntut balik rumah tersebut. Apa yang patut anda lakukan?

Kerap juga berlaku keadaan ini dalam masyarakat kita. Seseorang telah keluarkan modal puluhan ribu ringgit untuk baiki rumah pusaka peninggalan datuk atau ayah beliau.

Permulaannya tidak timbul masalah. Bahkan, semua waris bersetuju secara lisan dan membenarkan dia untuk baiki dan tinggal di rumah pusaka tersebut.

Tetapi setelah lihat rumah itu semakin cantik, maka mulalah ada dikalangan waris yang menuntut hak mereka.

Tindakan yang boleh diambil

Jika keadaan di atas berlaku kepada anda, apakah tindakan yang patut anda lakukan?

Dalam kes di atas, sepatutnya sebelum seseorang membuat sebarang renovasi terhadap rumah pusaka dan bercadang untuk tinggal di rumah tersebut, dia perlulah mendapatkan PERSETUJUAN BERTULIS daripada kesemua waris.

Baiki Rumah Pusaka & Bila Rumah Dah Cantik Waris Datang Tuntut, Ini Panduan Dari Peguam!

Ads

Perlu ada satu perjanjian hitam putih yang sah antara dia dengan semua waris yang menyatakan waris-waris membenarkan dia baiki dan tinggal di rumah tersebut.

Pun begitu perlu diingatkan, walau apapun kebenaran yang telah diberikan, dari segi perundangan, memandangkan nama semua waris-waris masih lagi ada di dalam geran dan didaftarkan sebagai pemilik berdaftar tanah tersebut, maka mereka tetap mempunyai hak terhadap pemilikan tanah dan rumah yang ada di atas tanah tersebut.

Perjanjian dan kebenaran yang diberikan tidak akan menjadikan waris-waris tadi hilang hak mereka sepenuhnya sebagai pemilik terhadap tanah dan rumah tersebut.

Jika betul mahu rumah pusaka, berunding dengan waris untuk pindah milikkan tanah

Sebab itu saya lebih suka sekiranya seseorang benar-benar mahukan rumah pusaka peninggalan si mati, dia perlulah berunding dengan waris-waris untuk memindah milikkan tanah tersebut kepadanya sama ada melalui balasan kasih sayang atau secara jual beli.

Dengan cara sedemikian, hak dan kepentingannya akan dilindungi oleh undang-undang sepenuhnya. Saya fikir itu cara yang lebih selamat.

Ads

BOLEHKAH SAMAN WARIS?

Namun, jika perkara itu telah berlaku, apakah anda boleh ambil tindakan undang-undang (saman) terhadap waris-waris tersebut?

Secara umumnya, anda boleh ambil tindakan undang-undang (saman) terhadap waris-waris tersebut. Namun, anda perlulah membuktikan bahawa anda telah mendapat kebenaran bertulis daripada semua waris untuk membaiki dan tinggal di rumah pusaka tersebut.

Cuma yang jadi masalahnya adalah, apabila tiadanya persetujuan bertulis antara anda dan waris-waris, yang ada sekadar kebenaran lisan sahaja.

Namun, sekiranya anda dapat mengemukakan saksi-saksi yang boleh dipercayai untuk menyokong tuntutan anda tersebut, mahkamah mungkin boleh membenarkan tuntutan anda itu.

Masih tidak boleh menafikan hak waris kerana nama telah didaftar sebagai pemilik rumah di sisi undang-undang

Ads

Pun begitu, sebagaimana yang saya nyatakan tadi ia tidak akan menafikan hak waris-waris tadi terhadap tanah tersebut kerana nama mereka masih didaftarkan sebagai pemilik berdaftar yang diiktiraf oleh undang-undang.

Sedangkan, anda hanyalah mempunyai hak benefisial sahaja terhadap tanah dan rumah tersebut.

Apapun terpulang kepada kebijaksanaan peguam-peguam kedua-dua belah pihak untuk berhujah di mahkamah dari segi undang-undang dan tanpa mengenepikan elemen-elemen ekuiti dan kontrak lisan yang wujud dalam kes tersebut.

Keputusan akhir terpulang kepada hakim mahkamah yang bijaksana untuk memutuskannya.

Terima kasih.

Salkukhairi Abd Sukor, Timbalan Presiden K-LITERASI.

Mesti Baca:5 Kesilapan Besar Yang Wajib Anda Jauhi Ketika Mengubahsuai Rumah
Baca Lagi Di Sini:Ubahsuai Rumah Flat 30 Tahun Dengan Sentuhan Kontemporari Dan Tropikal Ini menarik!
Artikel Menarik:Sebelum Pindah Masuk Atau Ubahsuai Rumah Baru, Wajib Periksa 10 “Defect” Ni Dulu

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI