Tanaman anda kerap mengalami buah muda gugur secara tiba-tiba atau kudup bunga gugur? Tak ada pula nampak kesan serangan atau jangkitan penyakit. Nak katakan tak bagi baja, dah bagi. Mungkin terlebih baja. Ia menyebabkan pokok panas dan ada bahagian-bahagian tertentu seperti daun, buah dan bunga cepat gugur.
Jika semuanya dalam keadaan normal, faktor lain yang boleh mengundang masalah ini adalah disebabkan oleh kurangnya kalsium dan kadar imuniti terhadap tanaman. Cara terbaik untuk memulihkan keadaan ini adalah dengan menggunakan baja kalfos.
Baja kalfos baik untuk perkembangan sistem akar, melebatkan dan berupaya mengelak buah dan bunga yang belum matang gugur.
Bahan-bahan:
1 mangkuk Kulit telur/kulit kerang/kulit siput/kulit udang atau campurkan semua bahan
5 mangkuk cuka organik. Boleh guna cuka nipah atau beras
Cara-cara:
1. Hancurkan kulit-kulit yang telah disediakan tadi menjadi serpihan kecil
2. Sangai tanpa minyak kulit telur atau kulit makanan laut tadi sehingga separuh hangit dan sejukkan
3. Masukkan 10 mangkuk cuka di dalam bekas kedap udara
4. Masukkan kulit telur yang telah sejuk sepenuhnya tadi kedalam beaks berisi cuka. Anda akan nampak tindak balas cuka dan kulit telur serta merta.Buih-buih akan terhasil dengan banyak dan cepat. Anda tidak perlu panik
5. Tutup bekas selepas tindak balas kimia yang menghasilkan buih-buih tadi selesai sepenuhnya
6. Simpan bancuhan selama 20-30hari. Selepas selsai tempoh perapan, tapiskan dan buang mendapan. Hanya pati cecair diperlukan
Cara guna:
1. Campur pati kalfos 5-10ml bersama 1L air
2. Semburkan pada bahagian bawah daun, batang da buah setiap 1-2 kali seminggu
3. Baja ini juga sesuai dicampurkan bersama baja organik yang lain