Laman

Baja Organik Elak Serangan Serangga dan Kulat Untuk Cili

Share

Pokok cili memang mudah untuk ditanam, tapi ia juga mudah untuk dijangkiti penyakit dan menjadi sasaran perosak. Sebab itu, pokok cili memerlukan penjagaan yang rapi dan terperinci untuk memastikan penghasilannya yang berkualiti.

Buah cili juga tidak terkecuali daripada dijangkiti penyakit dan serangan perosak. Oleh itu bagi mengatasi masalah dan ancaman serangga perosak, racun serangga perlu digunakan sebaiknya setiap hari. Sekali culas, padah jadinya.Nak-nak serangan dari ulat buah. Ia pandai mencari peluang dan ruang. tahu-tahu je, buah cantik tapi dalam berpenghuni.

Penggunaan racun dengan bahan kimia sudah pasti membahayakan kesihatan. Solusi terbaik adalah gunakan racun organik untuk melindungi cili dari sebarang ancaman serangga dan kulat. Berikut adalah cara untuk menghasilkan racun serangga untuk cili:

Bahan-bahan:

50gm Lada hitam (Ditumbuk)
50gm cili kering
50gm jus tomato
50gm tembakau (guna puntong rokok pun boleh)
50gm bawang putih
50gm bawang merah
50gm daun semambu (kisar kasar)
50gm gula merah
sedikit EM

Cara-cara:
1. kisar semua bahan
2. Masukkan bahan kisar di dalam baldi dan tuangkan 4-5 liter air.
3. Kacau rata dan masukkan ke dalam bekas perapan dan tutup kedap
4. Perap air campuran tadi selama 2 hingga 3 minggu

Cara penggunaan:
Gunakan 50-80 mililiter pati bersama 4-5 liter air. Semburkan pada keseluruhan pokok cili setiap 2-3 hari

Tip: Pastikan anda menggunakan penutup hidung dan sarung tangan untuk mengelak dri terkena semburan. Ianya pedas dan jika terkena mata pedih

Published by
Impiana