Se (5)

Ramai orang ada masalah pokok dah matang lama tapi tak berbuah. Dah macam-macam cara dan baja diberikan. Tapi, masih tak berbuah. Petua, apatah lagi. Tapi pernah cuba tak teknik yang digunakan oleh Rozie Ziejy ni. Dengar kata, pokok yang tak pernah berbuah akan berbuah dan yang kedekut bunga tu lebat bunga dari daun hanya dengan menggunakan ajinimoto.

Namun menurut Rozie setiap jenis dan saiz pokok cara aplikasi baja ajinomoto ni berbeza-beza. Jom kita baca perkongsian Rozie ni.

Ajinomoto kaya dgn MSG yg mampu menyuburkan pokok yg susah mahu berbunga dan berbuah. Dedaun sayur pula akan membesar dua tiga kali ganda saiznya, pertumbuhan tanaman lebih cepat, pokok bunga akan cepat berbunga dan pokok buah akan cepat berbuah.

Ads

Resepi untuk tanaman berpasu

Ajinomoto 1 sudu teh (5g) utk 1 pasu tanaman.
CARA MEMBAJA:
Tabur terus ajinomoto di sebelah pokok. Kemudian siram dengan air.

Ads

Resepi untuk sayuran

Pokok kecil seperti sawi, kangkung, bayam, salad, pokok kari, serai, pandan dan lain-lain.
Ajinomoto 1 sudu makan (15g) + air 5 liter.
Cara membaja:Siram keliling pokok dan sembur pada batang dan daun pokok. Kekerapan siraman adalah seminggu sekali.

Ads

Resepi untuk pokok buah

Pokok besar seperti pokok mempelam, pokok rambutan, manggis dan lain-lain. (Utk umur tanaman setahun ke atas).
Ajinomoto 5 sudu makan (75g) + air 1 liter.
Cara membaja:Siram keliling pokok dan sembur pada batang dan daun pokok. Kekerapan siraman adalah seminggu sekali.

NOTA:
Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat.
Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yg tidak pernah berbunga akan mula berbunga. Demikian juga pokok yg tdk pernah berbuah akan mula berbuah.
Saya sudh cuba keadah ini

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI