Bajet 1.5K Hanya Ambil Masa 1 Minggu, Wanita Ini Buktikan Rumah Flat Juga Boleh Secantik Yang Lain

Share

Lewat ini, telah banyak kita lihat pemilik rumah bersaiz kecil semakin berani menghias dan mendekorasi rumah mereka hasil dari perkongsian tips dari pembaca lain. Rumah kecil tidak bermaksud tak perlu untuk dihias, macam-macam gaya dan susunan yang kita boleh terapkan mengikut kesesuaian kediaman yang dimiliki. Seperti yang dikongsikan oleh pemilik fb Puan Kasma Dewi Johari

dari Ampang ini. Rumah flat 650 kaki persegi beliau telah ditata rias dengan begitu teliti dan kemas. Selain mengambil kira ruang yang terhad, Puan Kasma Dewi juga amat berhati-hati dalam pemilihan konsep yang ingin diketengahkan. Perkara ini penting kerana nanti apabila sudah mula menghias, kita sudah tahu kemana arah tujuan design yang ingin dibawa.

Memilih konsep kontemporari segar, menjelaskan warna hijau yang mendominasi segenap ruang dalam rumah Puan Kasma Dewi. Dalam masa seminggu sahaja kediaman ini telah berjaya ditukar wajahnya menjadi lebih menarik dan dapat memberikan feel

kesegaran. Menurut tuan rumah, beliau hanya membelanjakan RM1.5k untuk proses ubahsuai ini kerana barangan lama ada yang masih elok sempurna dan boleh dipakai. Sudahlah pandai menghias, pandai berjimat cermat juga. Katanya lagi, “Rumah kecil seperti rumah flat tidak perlu gunakan perabot yang banyak, cukup apa yang perlu saja. Selain itu, kurangkan guna material bercorak supaya rumah tak nampak serabut. Contohnya, jika karpet bercorak sarat, seeloknya langsir dan sofa tu biarlah yang polos saja”.

Ini ada sedikit gambar hasil perkongsian tuan rumah dengan IMPIANA. Mari sama sama kita scroll sambil cuci mata. Selamat menghias!

   

   

Published by
Amalina