Perkakas dapur seperti kuali atau cerek yang kerap digunakan pasti akan meninggalkan kerak hitam dibawahnya. Walaupun masih boleh digunakan, kadangkala sakit juga mata memandangnya.
Tidak dinafikan, nak sental kerak tu bukannya mudah kan? Jadi, apa kata anda cuba gunakan bahan ajaib ini. Melalui perkongsian pengguna Twitter Hsaytoc ini, beliau hanya membelanjakan kurang dari RM5 untuk kembalikan kilat pada kuali yang sudah berkerak hitam. Mari ikuti apa rahsianya.
Before & after. Bajet Bawah RM5 je dah boleh bg kuali nampak baru balik. Span ni beli kat Mr. Diy harga RM4++. Sental dgn air sabun je bagi smooth. Buat ni tak sampai 10 minit. Dia senang gila tanggal. Takpayah pakai berus dawai besi dah.
Sudahkah anda mencuba berus ini? Kongsikan dengan IMPIANA
Sumber : @hsaytoc via Twitter
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bina ‘Greenhouse’ Dari Bekas CD Terpakai Sesuai Untuk Pokok Susah Hidup
green house dari Bekas CD dibina pada asalnya untuk dijadikan sebagai bekas semaian biji benih dan tanam-tanaman yang sensitif. Tapi bila siap nampak cantik pulak strukturnya, Jadi ia juga sesuai sebagai sebahagian dekor dalam rumah. Boleh letak pokok orkid, pepakis, semai benih tomato, kobis dan lain-lain.
Bahan-bahan:
40 keping bekas CD lama berukuran 11″x18″x20″
1 tube gam plastik yang transparent
Pisau pemotong yang tajam
pembaris
Papan pemotong
Cara-cara:
1. Bersihkan bekas CD dari sebarang pelekat, habuk atau label. Kalau perlu, Cuci dengan air dan sabun serta dikeringkan sepenuhnya.
2. Bina dinding. Untuk membina dinding sisi greenhouse, Ia memerlukan 5 keping bekas CD disusun seperti dalam gambar. Manakala untuk dinding hadapan dan belakang, 6 keping bekas CD diperlukan.
Memandangkan bentuk bekas CD ni segi empat tepat dan bukan segi empat sama, pastikan ia disusun secara bertentangan seperti dalam gambar. Lebih mudah, atur bekas CD terlebih dahulu sebelum digamkan dan biar semalaman sebelum langkah seterusnya.
3. Untuk bentukkan bahagian 3 segi sebagai bumbung pada sisi dinding atau peak, dua keping bekas CD perlu digunakan. Apit kedua-duanya pada bahagian atas dinding sisi yang telah digamkan semalaman.
Gunakan pembaris untuk menentukan bentuk sudut yang perlu dipotong dan potong menggunakan pisau. Pastikan, sudut diperolehi tepat. Cantumkan dua bahagian yang telah siap dipotong dengan gam plastik dan biarkan lagi semalaman.
4. Untuk membentuk peak atau puncak bumbung yang terakhir, gunakan sekeping bekas CD.Pastikan Sudut yang diperolehi sama seperti dinding sisi bertentangan bagi mengatasi masalah bumbung tak boleh dicantum nanti. Siap potong, gam kan.
5. Cantumkan semua diding menjadi sebuah kotak. Sebagai sokongan sementara, gunakan pelekat kertas untuk menyokong dinding. Bila gam dah kering sepenuhnya, baru lah ia ditanggalkan.
6. untuk membentuk bumbung, 4 keping bekas CD disusun bengkok mengikut sudut peak bumbung yang telah disiapkan pada dinding sisi dan gamkan antara satu sama lain. Apabila ke empat-empat keping bekas CD telah kukuh dan gam kering sepenuhnya, cantumkan bumbung atas dengan dinding greenhouse yang telah siap.
7. Untuk membentuk sambunggan pada hujung bumbung yang juga akan berfungsi sebagai pintu untuk penyelenggaraan atau meletakkan tanaman, Anda memerlukan 4 keping bekas CD bagi setiap sisi. Buka dan letakkan bekas CD di atas permukaan rata dan cantumkan setiap sisi dengan gam dan biarkan kering semalaman. Namun AWAS! jangan gam pada bahagian engsel. Dah kukuh, cantumkan kepingan tadi pada hujung bumbung yang telah bersambung dengan bahagian peak.
Sumber: www.megacrafty.com
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bersempena Sambutan Valentine’s Day, IKEA Malaysia Hidangkan 2 Menu Istimewa
Bersempena sambutan hari kekasih atau lebih popularnya Valentine’s Day tahun ini, gedung barangan kelengkapan rumah terkemuka IKEA Malaysia telah melancarkan dua variasi menu istimewa kepada orang ramai.
Apakah ia dua menu istimewa tersebut? Mesti ada yang sudah tidak sabar untuk mengetahuinya, betul tak? Untuk maklumat anda, dua menu istimewa yang telah dilancarkan oleh IKEA Malaysia adalah Daging Wellington dan Kek Raspberi Coklat Hari Kekasih.
Kedua-dua menu istimewa ini sememangnya tampak sangat menyelerakan dan amat sesuai dijadikan sebagai sajian untuk meraikan pasangan kekasih di Valentine’s Day.
Namun begitu, tawaran promosi menu istimewa ini hanya ada untuk masa terhad sahaja bermula 1 hingga 28 Februari 2023, sementara stok masih ada. Jadi tunggu apa lagi, cepat-cepat pergi ke mana-mana cawangan gedung barangan kelengkapan rumah IKEA di seluruh Malaysia!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Sudah Ada ‘Wireless Doorbell’ Siap Dengan Kamera Paparan HD, Memang Canggih Habis!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(Gambar) Ambil Keputusan Beli Rumah Bertingkat Hasil Pujukan Anak Bujang Yang Inginkan Tangga Di Dalam Rumah
Terpesona mata memandang saat melangkah ke dalam rumah yang aturan perabotnya tersusun rapi . Percikan rona fountain blue memberi lantunan kesempurnaan pada setiap sudut ruang kediaman ini. Bermula ruang muka pintu sehingga ke ruang tingkat atas, konsep yang disampaikan memiliki ciri-ciri tersendiri yang menggambarkan keseluruhan dekorasi gaya Manhattan.
INFO KEDIAMAN
Nama Pemilik: Azrul Ahmad & Dilla Zaghlol
Jenis : Kembar Bertingkat
Konsep : Manhattan Style
PEREKA MEMBERI KEJUTAN
Memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pereka Zhreka Interiors, rumah ini mengambil masa hanya tiga bulan untuk disiapkan dengan sempurna. Kediaman semi-D yang begitu ideal buat pemilik iaitu Dilla sekeluarga, yang terletak di Cyberjaya ini bukan terletak pada reka bentuk luaran sebuah kediaman sahaja tetapi juga pada seni hias dalaman yang terancang dan sempurna. Dari segi reka bentuk luaran mungkin ia kelihatan sama seperti unit yang lain tetapi hasil dekorasi dalaman yang begitu indah sememangnya begitu memukau pandangan.
Sebelum ini, pemilik menyatakan mereka mendiami sebuah kondominium dan membuat keputusan untuk membeli rumah bertingkat hasil pujukan anak bujangnya yang inginkan tangga di dalam rumah. Setelah mencari kejiranan yang bersesuaian akhirnya pemilik jatuh hati dengan pelan lantai kediaman yang satu ini.
Menceritakan detik-detik awal proses pengubahsuaian ruang dalaman rumah, pemilik menyatakan hasil perbincangan bersama- sama pereka pada awalnya, setiap progress reka bentuk dirahsiakan untuk tujuan kejutan pada hasil akhir dekorasi dalaman buat keluarga ini. Completely zero pada awal, pereka benar-benar menjanjikan kejutan besar buat mereka kerana apa yang diimpikan oleh pemilik berjaya direalisasikan dengan begitu sempurna sekali oleh pereka. Gaya Manhattan yang diterapkan sememangnya memenuhi cita rasa pemilik yang tidak mahukan ruang tampil terlalu lapang dan minimalis.
GABUNGAN TIGA RUANG
Penyatuan antara ketiga-tiga ruang utama sehingga ke ruang dapur dilihat cukup harmoni. Menerapkan konsep pelan lantai terbuka pada bahagian dapur dengan membahagikan meja sememangnya sesuai buat keluarga besar ini. Selain itu, terdapat satu sudut dapur dihiasi subway tiles yang menguatkan lagi elemen dekorasi gaya Manhattan di kediaman ini. Puan Dilla mengakui, apa yang diimpikannya bersama suami akhirnya menjadi kenyataan.
” Saya sememangnya mempunyai angan-angan inginkan dapur yang boleh dijadikan tempat untuk saya menghabiskan masa bersama anak-anak dan suami sambil memasak atau ketika menjamu selera. Suasana ini bagi saya adalah momen yang sangat harmoni dan seumpama penyatuan sebuah hubungan kekeluargaan yang erat,” ujarnya.
SUDUT KEGEMARAN PEMILIK
Melewati sudut tangga rumah ini, dinding yang dihiasi 15 bingkai gambar ternyata memberi 1000 satu makna buat Dilla dan suami. Gambar- gambar mereka sekeluarga dipotretkan dan diabadikan pada dinding kediaman ini.
“Setiap gambar ini mempunyai nilai sentimental yang tinggi kerana ia dirakamkan sendiri oleh suami. Hobinya yang gemar mengambil gambar, merakamkan momen-momen indah kami adalah kenangan paling mahal yang saya rasakan jika dibingkaikan dan dipamerkan pasti akan lebih bermakna,” tambah pemilik lagi.
Melihat warna cat setiap bilik tidur serta padanan aksesori yang ada, pereka bijak memilih bentuk katil yang direka khas yang mampu dan sesuai di letakkan pada setiap ruang bilik. Perhatikan setiap rona yang dipilih , ia bukan sahaja merupakan rona selamat, malah mampu dipadankan dengan apa jua aksesori . Buat kamar anak –anak perempuan mereka, ruang ini dihias ringkas namun masih jelas elemen feminin dengan padanan warna dan perabot yang saling melengkapkan penampilan ruang. Dari permaidani sehingga ke bingkai katil, kebanyakannya pula direka khas dan tidak terdapat di pasaran. Buat kamar anak lelakinya, rona gelap diabadikan buat bilik ini tetapi masih mampu memancing perhatian.
Sebaik sahaja memasuki ruang kamar utama, kami kagum dengan pelan lantai kamar ini kerana terdapat sebuah tembok yang membahagi kepada tiga ruang iaitu, bilik mandi, bilik tidur dan bilik wardrobe. Pereka memilih untuk bermain dengan elemen minimalis bagi memberi ilusi ruang tampil lebih besar dan selesa. Bingkai katil rona gelap menghidupkan lagi tema ini.
Bagi pemilik, kekuatan sesebuah kediaman itu adalah bagaimana kita merencanakan tata hiasnya. Sebaiknya hias lah kediaman mengikut cita rasa dan minat pemilik kerana ia mampu menyuntik keselesaan buat penghuni sekeluarga
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI