1. Masukkan sedikit cuka ke dalam baldi yang berisi air.
2. Rendamkan pakaian anda itu ke dalam air campuran cuka tadi. Biarkan semalaman.
3. Pada keesokannya, cuci pakaian anda itu seperti biasa dengan menggunakan sabun.
4. Sementara itu, sediakan air panas yang telah dicampur dengan perahan limau nipis.
5. Kemudian bilas pakaian anda tadi dengan air panas campuran limau nipis.
6. Biarkan pakaian anda dalam larutan tersebut seketika.
7. Kemudian cuci sekali lagi dengan menggunakan sabun pencuci.
8. Bilas dengan air bersih.
9. Kemudian jemur pakaian tersebut sehingga kering. Zat asam yang terdapat pada cuka dan limau nipis telah menghilangkan tahi lalat yang ada pada pakaian anda. Selamat mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Orang Cina Jarang Habiskan Duit ‘Renovation’ Rumah, Ini Sebabnya!
Isi Kandungan
ToggleDalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, setiap komuniti mempunyai keunikan dan cara hidup yang tersendiri.
Salah satu yang menarik adalah mengenai tabiat orang Cina yang jarang melakukan renovasi rumah berbanding dengan komuniti lain. Adam Kelvin kongsi sebab masyarakat Cina habiskan duit dalam posting di Facebook.
Habiskan Duit Untuk Makanan & Gaya Hidup
Saya tak tau macam nak terangkan benda ni. Orang Cina selalunya jarang renovate rumah bagi nampak grand atau mewah.
Hiasan pun sangat minimum. Asalkan fungsi dengan baik, itu dah cukup. Kalau renovate pun, kami pastikan reno yang penting-penting dan amat berguna saja. Contohnya, buat table top dan kabinet dapur atau pun extend ruangan dapur untuk buat laundry.
Dari segi perabot pula, kami tak spend terlalu banyak untuk impress tetamu. Asalkan sofa tu berkualiti dan kemas, dah okaylah. Tak perlu nak nampak mewah ke apa.
Meja makan pun simple. Tak ada deko bunga berat-berat atau hiasan atas meja sampai nak runtuh meja makan tu.
Yang penting fungsi meja makan tu saja. Langsir pun sama. Tak ada nak beli ropol-ropol nampak mewah tu. Just simple dan senang nak basuh. Senang nak maintain.
Hiasan dalaman pun sama.
Kalau anda biasa pergi rumah kawan-kawan chinese, rumah mereka sangat simple. Jarang sangat nak deko rumah nampak mewah. Perabot mewah atau grand pun jarang ada. Kami hanya pentingkan cat berkualiti. Nampak kemas dan bersih. Setel!
Hiasan lampu pun sama. Jarang sangat yang pasang chandelier yang besar-besar. Kat siling pun jarang ada ukiran ke apa. Selalunya kosong saja.
Tak Perlu Renovation Rumah Semata-mata
Ini yang buatkan saya pelik bila melihat kawan-kawan isteri yang beli rumah tapi tak duduk lagi sebab nak kumpul duit design dan renovate rumah. Nak nampak mewah rumah tu.
Banyak rugi. Sebabnya nak kena bayar sewa kat luar, pada masa yang sama kena bayar kepada bank duit rumah baru yang tak diduduki.
Selalunya kami takkan renovate rumah sekali semua. Buat sikit-sikit. Untuk permulaan buat asas dulu. Buat table top ke, kabinet dapur ke atau extend dapur sikit.
Masyarakat kami sayang habiskan untuk renovate rumah semata-mata. Kebanyakan kami tak perlukan validation dari orang luar yang kami ada banyak duit. Orang kaya ya. Saya tak kaya lagi.
Duit mostly kami habiskan untuk pendidikan, melancong dan makan.
Orang Cina cukup suka makan dan banyak spend duit untuk nikmati makanan yang sedap dan berkualiti.
Wife saya dulu makan je apa semua. Tapi bila berkahwin dengan saya, saya ajar dia nikmati makanan yang sedap. Dia sebelum ni makan tepi jalan je. Asalkan kenyang. Sedap ke tak belakang cerita.
Prinsip Orang Cina
Tapi prinsip orang Cina lain sikit. Mahal sikit tak apa. Asalkan sedap dan berkualiti. Memang kami banyak habiskan duit untuk makanan.
Kemudian, masyarakat kami banyak habiskan duit untuk melancong. We dont really buy material, but we do buy experience.
Kami suka melancong untuk tambah pengalaman hidup. Kalau setakat reno rumah, duit sampai situ saja. Kepuasan tu hanya sementara. Takkan nak duduk rumah 24 jam je kan?
Hidup ni bukan nak puaskan hati orang. Tapi hidup ni untuk kayakan diri dengan pengalaman supaya bila tua nanti tak jadi orang yang membosankan. Kan?
Itulah yang ayah saya tanamkan sejak kecil. Rasanya ramai orang Cina pun dididik sebegitu. Hidup simple dan beli sesuatu bukan untuk menunjuk tetapi kepuasan atau reward diri selepas berkorban selama ni.
IMPIANA : Tak perlu la nak bandingkan rumah dan ikut cara orang. Janji bahagia dan gembira.
Mesti Baca:Laman Cantik Dan Subur Rahsia Pesara Kerajaan Ini Kekal Aktif Bertenaga
Baca Lagi Di Sini:Pokok PUDINA Kekal Segar & Hijau Bertahun-Tahun, Ini Tip Bila Daun Jadi Hitam
Artikel Menarik:Pokok Lidah Ibu Mertua Mudah Untuk Dijaga Dalam Rumah
Artikel diambil dan diolah dari MW.
Sumber: Adam Kelvin
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Rupanya Ini Cara Mengecat Yang Betul. Tak Ramai Orang Tahu!
Mengecat rumah sebenarnya mudah jika anda ketahui langkah yang betul. Malah jika anda ikuti cara yang tepat pasti hasilnya akan cantik dan memuaskan. Jom ikuti langkah mengecat yang betul ni. Sebab ramai yang tidak tahu untuk memulakan proses mengecat dengan betul.
1. SILING
Mulakan dari siling kerana ia dikuatiri akan menitis ke lantai. Jadi biarlah bahagian paling tinggi dicat dan disapukan cat dari kelebaran siling yang paling pendek. jadi tidaklah anda lekas penat dan kerja mengecat juga dirasakan lebih pantas.
2. DINDING
Bermula daripada sempadan siling dan dinding. Gunakan berus jika perlu untuk mengelakkan cat terpalit pada siling anda. Kemudian barulah penggelek dihalakan kebawah. Bahagikan kawasan mana yang perlu anda cat dahulu. Jika bekerja di dalam kumpulan, bahagikan bahagian dinding agar kerja mengecat lebih sistematik dan lekas siap.
3. JENDELA DAN PINTU
Berhati-hati apabila mengecat di bahagian kecil. Engsel dan tombol serta selak juga eloklah ditutup agar tidak terkena cat. Bagi bingkai, cat pada bahagian dalaman dahulu kerana pada bahagian luar mungkin anda ada pilihan warna lain yang sesuai dengan dinding luar.
4. LANTAI
Jika anda mahu mengecat lantai, rancang dahulu di mana patut anda bermula. Seelok-eloknya pilihlah kawasan yang paling jauh dengan pintu keluar dan kemudiannya sedikit demi sedikit terus ke pintu keluar. Awas jangan sampai anda terperangkap.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Musim Tengkujuh Bakal Tiba November Ini, Kini Sudah Tiba Masanya Untuk Ada Mesin Pengering Di Rumah?
Seperti sedia maklum, Jabatan Mateorologi Malaysia (MetMalaysia) telah meramalkan negara bakal mengalami hujan lebat yang berterusan mulai pertengahan November in sehingga penghujung bulan berkenaan.
Maka dengan itu, orang ramai di seluruh negara berkemungkinan bakal berdepan dengan cuaca musim tengkujuh tidak lama lagi dan sekiranya berlaku sudah pasti akan menimbulkan pelbagai masalah kesulitan kepada semua.
Sekiranya berlaku hujan lebat yang berterusan dalam jangka tempoh masa yang panjang, antara masalah yang akan dihadapi orang ramai adalah untuk mengeringkan pakaian setelah dicuci.
Jadi, mungkin kini sudah tiba masanya untuk memiliki mesin pengering pakaian di rumah bagi menangani masalah tersebut.
Bagi anda yang ada masalah kekangan bajet kewangan, untuk maklumat anda sebenarnya ada beberapa mesin pengering pakaian berkualiti tinggi yang dijual dengan harga murah dan berpatutan. Oleh itu, ini beberapa pilihan model mesin pengering pakaian yang telah disediakan oleh IMPIANA.
Toshiba Sense Dry Tumble Dryer (7 kg)
Untuk mesin pengering pakaian jenama Toshiba ini, ia dijual dengan sekitar harga RM850 sehingga RM999 sahaja termasuk dengan caj penghantaran. Dengan harga bajet bawah daripada RM1000, anda boleh memiliki sebuah mesin pengering pakaian yang berjenama dan berkualiti tinggi.
Jika anda mahu mendapatkan mesin pengering pakaian ini, anda boleh membelinya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini.
Haier Dryer (7 kg)
Dengan harga serendah RM799, mesin pengering pakaian jenama Haier ini pula boleh dikategorikan sebagai model yang paling murah dan berpatutan.
Sekiranya anda mahu mendapatkan mesin pengering pakaian ini, anda boleh membelinya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini.
Midea Dryer (7 kg)
Bagi mesin pengering pakaian jenama Midea ini juga dijual dengan harga yang murah dan berpatutan. Anda boleh mendapatkan mesin pengering pakaian jenama ini dengan harga serendah RM779 sahaja.
Sekiranya anda mahu mendapatkan mesin pengering pakaian ini, anda boleh membelinya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini.
Dalam perkembangan lain, MetMalaysia turut meramalkan negara berkemungkinan akan berdepan dengan masalah banjir besar akibat daripada kesan perubahan cuaca berkenaan.
Sumber: Berita Harian Online
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Guna Satu Bahan Ini Sahaja, Masalah Serangga Kutu Beras Dapat Dihapuskan Dengan Mudah!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI