Asal beli kuali baru atau non-stik mesti boleh jadi gagal memasak nak-nak kalau goreng telur, ikan dan sebagainya. Walaupun dah guna minyak, masakkan tetap melekat. Rupanya, menurut Chef Wan Luqman, ada cara nak pastikan kuali yang baru dibeli tidak melekat dan tahan lama.
Orang putih cakap “season the wok”. Untuk ape bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jaga dia, tak manjakan dia, dia akan cepat berkarat. Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna dia.
Salah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tak melekat. Jadi pengalaman memasak anda lebih seronok. Proses semua makan masa lebih kurang 30-45minit bergantung kepada power api dapur anda.
1. Kuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak / greasy. Itu adalah minyak dari kilang…kite kena cuci dulu. Tenyeh gosok dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang bontot dia kita gonyoh semua.
3. Set kan api dapur yang paling kuat dan mula bakar!
4. Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali ni tau, biar rata semua tempat. INGAT JANGAN LAMA SANGAT, BILA DAH START BIRU TERUS ALIH KE PERMUKAAN LAIN. KALAU LAMA SANGAT KAT TEMPAT SAMA, NANTI YANG BIRU TU AKAN JADI MERAH. TANDA BESI TERLALU PANAS dan akan berkarat di kemudian hari.
Ads
Bakar seluruh permukaan kuali ye. Jangan leka dan lalai
5. Dah siap dan biarkan dalam 10 minit.
6. Lepas 10 min, kite test season. Letak minyak sikit.
Ads
7. Guna paper towel untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Ingat, tisu dapur ye. Bukan guna tisu muka
8. Test Run, goreng la pape pun, bawang ke, daun bawang ke halia ke serai ke. seronok waktu ni tengok mereka berlari. Goreng je sampai garing ke hangus ke
9. Bile dah garing kaw-kaw, buang bahan goreng tadi dan guna tisu tadi untuk lap permukaan kuali.
10. Dah habis lap, biarkan sekejap dalam 3-5min. Bagi dia cool down dulu.
Ads
11. Kemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun ye
12. Lap-lap bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan sapu rata lagi sekali
13. Bila kita gosok guna tisu sambil api menyala, dia akan start berasap. Tutup api, siap.
Esok-esok nak pakai, panaskan dulu, ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali…baru guna. Ini dipanggil pre season.
Buat 2-3 kali pre season, insyaallah lepas tu kuali akan hitam gelap gelita macam kat restoran tu, itu lah yang kita mahu. Konpem x melekat sampai sudah.
Tak ada kabinet khas untuk simpan barang, tak bermakna dapur anda tidak boleh kelihatan kemas dan cantik. Tambahan, pasti ramai yang memilih untuk membina table top dari konkrit di dapur kerana ia lebih tahan lasak dan jauh lebih murah. Sebagai pilihan untuk elak barang yang disimpan di dalam ruang tersebut, terpaksalah pasang pintu. Namun, kosnya bukan lah murah.
Selain pintu kabinet, anda punya pilihan lain iaitu mengenakan lasir seperti yang dilakukan oleh Puan Farhana Zakaria. Jom kita lihat makeover yang dilakukan oleh Puan Farhana dengan kos yang sangat minima dan cepat.
Untuk pastikan tanaman sihat dan membesar secara optimum, waktu siraman yang tepat juga memainkan peranan yang penting. Namun, jika anda yang mempunyai kekangan masa. sistem siraman atumatik adalah yang terbaik. Jom belajar sistem siraman pintar anjuran IMPIANA. Untuk pendaftaran, klik link yang disediakan ttps://toko.ideaktiv.com/product/webinar-impiana-smart-watering-system/
Definisi kediaman sempurna bukan hanya diukur dari segi fizikalnya sahaja. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkara ini termasuklah hal-hal yang tidak terlihat oleh mata kasar, yang hanya penghuni rumah tersebut saja tahu. Tidak kiralah usia dan saiz rumah, jika anda bahagia, sudah tentunya kediaman terasa begitu sempurna serta lengkap serba-serbi.
Walaupun usia kediaman ini mencecah 30 tahun dengan saiz yang agak terhad, pemilik, Mohd Asri dan isterinya Marlia Ramli tetap menghargai rumah pangsa 600 kaki persegi ini dan sentiasa memberikan sepenuh perhatian bagi memastikan kediaman sentiasa di dekor cantik, kemas dan menarik.
Berpegang pada 3 elemen utama iaitu kayu, besi serta konkrit, pemilik berjaya menatarias kediaman idaman mereka dengan konsep moden kontemporari yang diserikan lagi dengan elemen tropikal yang cukup menarik. Sepanjang 8 tahun mendiami rumah 2 bilik ini, banyak yang telah dilalui dan dipelajari. Kebanyakkan ruang juga hanya DIY sahaja kerana ia dapat menjimatkkan banyak kos. Nasihat pemilik, bagi mendapatkan hasil yang baik, perlu ada daya kreativiti yang tinggi dan kewangan yang mencukupi. Selain itu, perlu juga memahami ruang dan padankan dengan bijak setiap pemilihan warna,perabot dan pencahayaan.
Guna tuil jenis pemegang lebih praktikal berbanding tombol pintu, doktor ini kongsi faktanya. Memang terdapat banyak tombol atau pemegang pintu di pasaran. Pelbagai jenama dan berbeza-beza harganya.
Rupa-rupanya, bukan rekaan dan jenama yang menjadi keutamaan ketika memilih. Doktor Perubatan Rehabilitasi Kamarul Ariffin Nor Sadan punya penjelasan rekaan pemegang pintu yang macam mana sesuai digunakan.
Jika kalian ada niat nak tukar pintu bilik/rumah, saya sebagai doktor perubatan rehabilitasi fizikal, sarankan tukar kepada tuil pintu yang gunakan pemegang (handle) bukan tombol pintu (knob).
Kenapa saya sarankan tuil jenis pemegang bukan tombol pintu?
Tuil pemegang boleh dipulas menggunakan kekuatan lengan, maka ia lebih mudah berbanding tombol yang menggunakan kekuatan pergelangan tangan. Makanya ia lebih mesra kepada warga emas yang mempunyai masalah sendi (arthritis).
Ia mudah digunakan oleh kanak-kanak kerana membolehkan mereka gunakan kedua-dua belah tangan dan berat badan untuk memulas tuil itu. Kanak-kanak sukar untuk memegang tombol dan tidak mempunyai kekuatan memulasnya.
Di bilik air atau tandas, tuil pemegang lebih sesuai kerana tangan yang basah menyebabkan tombo menjadi licin untuk dipulas. Merujuk kepada perkara sebelum ini, ia pasti menyebabkan lebih kesukaran kepada kanak-kanak dan warga emas.
Jika kita membawa barang dengan kedua-dua belah tangan, tuil jenis pemegang boleh dipulas dan ditarik menggunakan siku. Guna kaki pun boleh. Bermakna ia juga boleh digunakan oleh OKU yang ketiadaan jari atau sebahagian tangan.
Ini agak jarang dan ekstrim, tapi dalam keadaan genting di mana kita perlu mengekang orang memulas tuil pintu dan masuk ke dalam bilik, tuil jenis pemegang lebih mudah untuk disendal dengan perabot lain seperti kerusi.
Selain tuil pintu, rekaan pili air juga mempunyai konsep yang hampir sama. Pili air jenis tuil pemegang lebih kelebihan berbanding jenis tombol atau jenis kepala silang “+”. Tuil pemegang lebih mesra kanak-kanak, warga emas, dan OKU.
Salah satu langkah untuk menjadikan rumah kita lebih inklusif (tidak meminggirkan sesiapa) adalah menggunakan tuil pintu dan pili jenis pemegang. InsyaAllah, anak-anak kita akan selesa , ibu bapa kita pun akan selesa.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.