Siapa yang tak suka pada aroma kek panas yang baru keluar dari ketuhar memenuhi segenap ruang di kediaman. Inilah kelebihan mempunyai pembuat kek dirumah. Walapun bahaya buat bacaan kalori kita, tidak salah sekiranya kita menikmati kek pada hari-hari istimewa kan?
Jika tidak di dapur, pastinya si pembuat kek mempunyai satu ruang khas untuk beliau berkarya dengan aman tanpa gangguan luar.
Seperti yang dikongsi Ainie Syeema di Facebooknya, beliau sebagai seorang professional baker sudah tentu mempunyai bilik khas dimana kerja-kerja baking dijalankan, serta bahan dan peralatan disimpan.
Bercuti baking sementara waktu, masa ini lah berpeluang nak buat deep cleaning Bakingroom, check balik barang yang ada, mungkin ada juga bahan yang sudah expired.
Percaya lah masa ni juga anda akan jumpa barang yang sudah lama dicari, tak jumpa lepas tu beli lagi. Sudahnya ada 2, 3 benda yang sama. Salah satu nya adalah nozzle.
Bilik hanya berkeluasan 6×7 kaki. Disini lah tempat bertapa menyiapkan tempahan tanpa terlalu menganggu bahagian dapur rumah. Di dapur hanya letak oven dan cooling rack.
Susun atur adalah Open Concept. Supaya semua nampak, senang nak cari barang. Tidak perlu terlalu fancy. Yang penting praktikal. Setiap barang kena ada ‘rumahnya’ sendiri. Setiap bahan juga kena ada label untuk elakkan tertukar. Sebagai baker, kena ada disiplin, dimana ambil, disitu juga letak kembali. Demi kesenangan dimasa hadapan.
Semuanya tersusun rapi dan terletak pada tempat yang sepatutnya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bukan mudah nak dpatkan kontraktor yang baik dan dapat menjalankan tugas dengan jujur dan cermat. Pemilihan kontraktor yang betul juga merupakan satu proses yang tidak boleh dilakukan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Kontraktor yang diupah akan menentukan kualiti dan keadaan kediaman anda. Jadi buatlah pilihan bijak dan elakkan buat keputusan dengan gelojoh.
IMPIANA ingin kongsikan langkah-langkah yang perlu anda lakukan sebelum memilih kontraktor yang sesuai :
1. Ambil masa untuk lakukan kaji selidik dan menilai latar belakang kontraktor.
2. Dapatkan spesifikasi lengkap dari pihak kontraktor dan bandingkan dengan kontraktor yang lain. Pastikan spesifikasi yang diberi adalah sama seperti keinginnan anda dan harag yang mengikut pasaran semasa.
3. Hitam dan putih atau dokumen persetujuan perlu disemak dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
4. Jika boleh, minta kontraktor bawa anda lawat (site visit) tapak projek yang sedang dijalankan atau yang sudah disiapkan untuk melihat dengan lebih dekat hasil kerja serta kualiti projek.
5.Semak semula bilangan punca kuasa, jenis alatan elektrik, jenis bekalan elektrik, punca bekalan air dan sebagainya. Ramai pemilik yang terlepas pandang dan terperangkap dengan tambahan kos diakhir projek.
6. Beri keutamaan pada struktur binaan, ambil tahu jenis besi atau bahan yang digunkan. Pastikan ia menepati piawaian dan yang berkualiti.
7. Lebih menyakinkan jika kontraktor tersebut telah berdaftar dengan CIDB.Dengan lesen perniagaan yang sah, sudah tentunya mereka akan lebih profesional.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Masih ramai yang masih tidak sedar kelebihan menjual dan membeli perabot terpakai tatapi, buat seorang anak gadis bernama Arliya Munif, barangan inilah yang menjadi punca rezekinya sejak 3 tahun yang lalu.
Walaupun usianya baru sahaja menginjak 21 tahun, usahawan muda dari Merbok, Kedah ini telah berjaya meraih jualan perabot terpakai mencecah RM100,000 dalam masa sebulan.
Menggunakan nama Kedai Perabot Terpakai Berkualiti Kedah , tempat tersebut kini menjadi perhatian penduduk setempat kerana menawarkan perabot terpakai pada harga mampu milik.
Menurut Arliya, beliau menceburkan diri dalam perniagaan berkenaan selepas melihat perabot lama yang masih elok dibuang oleh pemiliknya hanya disebabkan oleh kerosakan yang kecil.
“Idea menjual perabot terpakai bermula apabila melihat perabot lama yang masih elok dibuang sehingga mengakibatkan pencemaran.
“Kadang-kadang perabot dibuang ini masih elok. Hanya perlu baiki sedikit sahaja dan ia nampak baharu semula malah ada yang kelihatan mewah,” ujarnya lagi.
Di samping itu, pemilik kedai Perabot Terpakai Berkualiti Kedah itu berkata, beliau juga menjual perabot terpakai kerana memberi peluang kepada golongan B40 melengkapi keperluan rumah mereka.
“Melalui perniagaan ini saya dapat jual perabot pada harga berpatutan dengan kualiti yang memuaskan hati.
“Lagipun kalau nak beli perabot baharu harganya mahal dan ramai orang tidak mampu,” katanya.
Bermodalkan RM1,500, Arliya yang juga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Shah Alam, Selangor dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan Keusahawanan memulakan perniagaan dengan membuka kedai di Jeniang, Kedah.
Beliau yang pada ketika itu sedang mengikuti pengajian diploma tidak menyangka perniagaan diusahakan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.
Antara perabot yang dijual di kedai berkenaan termasuklah sofa, meja makan dan juga almari baju.
Setahun selepas itu, beliau membuka pula cawangan kedua perniagaannya di Taman Lembah Bujang Saujana, Merbok.
Arliya berkata, pembukaan kedai tersebut didorong oleh jualan yang tinggi selepas beliau memasarkan perabot terpakai yang diambil dari Singapura.
Jaminan kualiti
“Selepas enam bulan beroperasi, kami mula mendapat permintaan agar menyediakan perabot dari negara tersebut kerana jaminan kualitinya.
“Di samping itu, keunikan rekaan dan cara pembuatannya menyebabkan perabot dari Singapura mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pelanggan,” katanya.
Seiring dengan perkembangan perniagaan yang diusahakan itu, Arliya telah mempelbagaikan produk terpakai dijualnya seperti sofa, permaidani, tilam, peti ais dan televisyen.
Malah, katanya, beliau juga terpaksa menutup kedainya di Jeniang kerana mahu fokus kepada perniagaan di Merbok.
“Kedai di Merbok telah dibesarkan bagi menampung jumlah perabot terpakai yang meningkat berkali ganda hasil permintaan tinggi daripada pelanggan,” katanya.
Justeru, Arliya berkata, beliau menyasarkan jualan tahunan mencecah RM1juta pada tahun ini.
Katanya, beliau yakin mampu mencapai sasaran berkenaan selepas mempelbagaikan perniagaannya menggunakan platform dalam talian.
Jelasnya, kaedah berkenaan digunakan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.
“Kita telah mengambil pendekatan mempromosikan barangan melalui dalam talian sepanjang PKP.
“Tidak sangka pula pelanggan membeli seperti biasa kerana ramai yang memanfaatkan tempoh berkurung di rumah itu untuk menghias kediaman masing-masing,” katanya.
Sumber : Sinar Harian
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Menjadi seorang guru merupakan satu kerjaya yang mulia dan dipandang tinggi. Mendidik generasi muda yang bakal mewarisi negara dimasa hadapan bukanlah suatu tugas yang mudah. Baru-baru ini menerusi laman twitter FLJasmy, beliau ada berkongsi kisah seorang guru yang telah mengubahsuai sebuah kelas terbiar menjadi lebih interaktif buat kemudahan murid-muridnya.
Ruang kelas tersebut telah diubahsuai dengan inisiatif Cikgu Nordin Ismail sendiri. Keadaan bilik darjah terbiar itu yang pada awalnya tampak suram dan tidak terurus dengan serta merta bertukar menjadi ceria, menarik dan responsif terhadap keperluan pelajar dan guru.
Dengan persekitaran baru ini, barulah murid-murid lebih bersemangat dan berasa selesa untuk meneruskan sesi pembelajaran di dalam bilik darjah.
Terdapat sudut untuk murid-murid mengadakan perbincangan atau mengulangkaji dengan lebih santai bersama rakan sekelas.
Spotlight juga dipasang untuk menonjolkan lagi papan kenyataan di belakang kelas.
Meja guru tersusun rapi dan tampak kemas dengan kabinet fail yang diletakkan pada bahagian belakang.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Terpesona melihat dekorasi dan reka bentuk rumah yang berusia lebih daripada 100 tahun yang dikongsikan oleh pemilik kediaman ini. Jauh merantau di negara kanggaru, jiwa melayu rumah kampung tetap di dalam sanubari.