Biduanita Negara Datuk Hajah Sharifah Aini Syed Jaafar, lebih dikenali sebagai Sharifah Aini, merupakan salah seorang ikon muzik terkemuka di Malaysia.
Banglo Mewah Biduanita Negara Diroboh. Siap Ada 5 Ruang Tamu & Perpustakaan
Terbaru, mengikut laporan kediaman mewah milik Biduanita Negara ini yang terletak di belakang sebuah hotel di Petaling Jaya kini tinggal kenangan apabila difahamkan sudah pun dirobohkan.
Banglo Mewah
Rumah mewah dua tingkat yang dilengkapi dengan kemudahan seperti perpustakaan dan dua dapur, sembilan bilik tidur, tujuh bilik air, dewan acara, lima ruang tamu, kolam ikan, dan sebuah bilik pembantu rumah itu kini hanya tinggal sebagai longgokan pecahan batu setelah ditarah oleh jengkaut atas permintaan pemilik baharu sejak dua bulan lalu.
Banglo Mewah Biduanita Negara Diroboh. Siap Ada 5 Ruang Tamu & Perpustakaan
Memetik portal Hibglam dan juga menerusi TikTok Hibglam yang kelihatan hanya tembok batu coklat kiri kanan yang masih tertera nombor rumah 42 yang bersisa, manakala pintu pagar gah rona hitam sudah diganti dengan zink hijau, menandakan kerja-kerja kontraktor sedang dijalankan. Difahamkan pembeli hanya inginkan tanah dan bukan banglo tersebut, selain turut membeli lot bersebelahan kediaman tersebut.
Menurut pengawal yang diupah oleh syarikat pembinaan, beliau telah menjaga kawasan berkenaan sejak hartanah bertukar milik sekitar awal tahun ini.
“Saya cuma tahu dahulu rumah besar ini pernah didiami seorang penyanyi popular, tetapi kemudian dibeli oleh sebuah syarikat. Kerja merobohkan rumah pun baru sahaja dilakukan sekitar Mei lalu. Selebihnya saya tak tahu. Saya cuma kerja jaga,” katanya ketika ditemui HibGlam.
Banglo Mewah Biduanita Negara Diroboh. Siap Ada 5 Ruang Tamu & Perpustakaan
Tiada sebarang kerja pembinaan dijalankan pada hujung minggu dan perincian mengenai projek berkenaan juga tidak dipaparkan di bahagian luar premis. Melalui celah pintu pagar zink setinggi lapan kaki itu, jelas kelihatan sebuah jengkaut masih ditinggalkan untuk menyelesaikan kerja pembersihan sisa runtuhan.
@hibglam.com.my TIADA lagi banglo milik Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang sebelum ini tersergam indah di belakang sebuah hotel di Petaling Jaya. Rumah agam dua tingkat yang menjadi syurga penyanyi Seri Dewi Malam itu kini hanya tinggal sebagai longgokan pecahan batu selepas ditarah jengkaut atas permintaan pemilik baharu sejak dua bulan lalu. Baca artikel penuh menerusi www.hibglam.com.my atau klik Bio. Jangan lupa follow Instagram, Facebook, TikTok dan X (Twitter) #hibglam #sharifahaini #biduanitanegara #banglo #roboh ♬ original sound – HIBGLAM
Menurut sumber terdekat keluarga Allahyarham, kediaman tersebut diruntuhkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah projek komersial. Namun, individu terbabit tidak mengetahui syarikat mana yang berjaya membeli hartanah tersebut ataupun harga yang ditawarkan kepada anak tunggal arwah, Aliff Omar Ali, 42.
Usaha untuk mendapatkan komen waris Allahyarham juga belum berhasil apabila panggilan kepada Aliff tidak dijawab. Sementara itu, seorang kenalan terdekat Allahyarham menyatakan barangan peribadi arwah terutama yang berkaitan dengan kerjaya seninya sudah dipindahkan ke tempat lain.
Perabot serta barangan besar lain dijual sedikit demi sedikit kepada rakan serta ahli keluarga selepas fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Banglo Mewah Biduanita Negara Diroboh. Siap Ada 5 Ruang Tamu & Perpustakaan
“Setahu saya semua barangan peribadi terutama trofi serta hadiah penghargaan yang diterima sudah disimpan di tempat selamat selepas tiga tahun rumah itu berada dalam pasaran. Saya kurang pasti sejak bila proses tersebut, mungkin sekitar 2020 ketika pandemik Covid-19 melanda dunia,” ujar seorang sumber yang enggan dikenali.
Sebuah Kenangan
Ketika hayatnya, Allahyarham Sharifah Aini sering mengundang rakan-rakan dan anak-anak tahfiz menjamu selera di banglo berkeluasan 20,000 kaki persegi itu. Menurut sumber tersebut, tujuan Aliff menjual rumah agam tersebut adalah kerana terlalu besar untuk mereka empat beranak berteduh selain kos penyelenggaraan yang tinggi.
Namun, Aliff sempat tinggal beberapa tahun di kediaman terbabit selepas pemergian Sharifah Aini akibat komplikasi fibrosis paru-paru pada 5 Julai 2014. Terdahulu, khabar penjualan hartanah berkenaan mula bertebaran empat tahun selepas pemergian Allahyarham apabila diiklankan pada harga RM8 juta menerusi Facebook. Pada iklan berkenaan turut ditulis banglo tersebut adalah kepunyaan seorang penyanyi popular tetapi dirahsiakan identitinya.
Sebagai penghibur yang cukup menjaga nilai eksklusif, Sharifah Aini mengakui jarang keluar rumah kecuali untuk bekerja atau menghadiri majlis penting. Kediaman tersebut juga sering dijadikan tempat pertemuan dengan rakan media, menjamu kenalan serta mengadakan majlis doa selamat yang turut dihadiri anak-anak tahfiz.
IMPIANA : Aduh, sedihnya rumah ini hanya tinggal kenangan.
Mesti Baca:Mak Pesan Kerja Rumah Jadikan Rutin, Rumah Bersih Automatik Rasa Tenang
Baca Lagi Di Sini:PANDUAN ‘Checklist’ Penting Keperluan Pindah Masuk Rumah Baru Yang Perlu Disediakan!
Artikel Menarik:10 “Defect” Wajib Periksa Sebelum Pindah Rumah Baru!
Sumber: Hibglam dan TikTok Hibglam
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Surat Perjanjian Sewa Rumah, Pemilik WAJIB Buat
Mengurus atau memiliki rumah sewa bukan lah sesuatu yag mudah. Ramai beranggapan, memiliki sesebuah haratanah untuk tujuan disewa amat menguntungkan. Namun, itu hanya berlaku jika pengurusan dilakukan sebaiknya sewal penyewa melakukan persetujuan. Pernah dengar tak, penyewa lari, rumah rosak dan sebagainya. Itu mesti perkara biasa sahaja yang anda dengar. Namun, ada penyewa yang licik lagi bijak dari kita dalam bab tipu daya. Sedar-sedar, hutang bertimbun malah pemilik sendiri yang merana.
Sebagai langkah keselamatan bukan sahaja kepada pemilik, malah melindungi hak penyewa perjanjian atau kontrak WAJIB disediakan. Jika tiada sebarang surat perjanjian bertulisyang dipersetujui pemyewa dan pemilik, ke dua-dua pihak berhadapan risiko yang lebih besar.
Artikel berkaitan: Elak Penyewa Tinggal Tunggakkan Elektrik Yang Tinggi, Ini Yang WAJIB Pemilik Lakukan
Berikut contoh surat perjanjian atau kontrak rumah sewa:
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bangunan 7000 Tan Dipindahkan Ke Lokasi Baru Dalam Masa 18 Hari
Bangunan seberat 7000 tan yang dibina pada tahun 1935 dipindahkan bagi pembinaan pusat komersil baru di kawasan tersebut.
Ini bukan satu perkara yang pertama kita dengar, bagunan atau rumah lama diangkat dan dipindahkan ke lokasi baru. Di Malaysia rumah tradisi iaitu rumah Penghulu Abu Seman dari Kedah ke Kuala Lumpur yang pernah dipindahkan dan menjadi perhatian ramai.
Kini, pasukan jurutera di Shanghai telah memindahkan bangunan sebuah sekolah rendah tempatan yang berusia 85 tahun.
Kebiasaannya, pasukan jurutera akan menggunakan rel slaid gergasi atau flatbed. Pun begitu, berikutan bentuk bangunan sekolah yang berbeza, mereka terpaksa menggunakan cara baru dengan membuatkan bangunan itu ‘berjalan’ menggunakan 200 peralatan seakan ‘kaki’ robot yang dipasang di bawahnya.
Bangunan 7000 tan ini kemudiannya digerakkan setapak demi setapak dan dikatakan mengambil masa 18 hari untuk ke lokasi baru.
Bangunan sekolah itu bukanlah satu-satunya bangunan yang berjaya dipindahkan jurutera ke lokasi baru. Antara bangunan lain yang pernah dialihkan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lain ialah sebuah pejabat lima tingkat di Shandong.
Malah, para pekerja di sana dikatakan meneruskan kerja seperti biasa di dalam bangunan seberat 8,000 tan itu ketika prosedur pemindahan berjalan.
Hebatkan! Bayangkan bangunan 7000 tan yang sedang dalam proses peralihan tempat tetapi masih ada peghuni di dalamnya untuk menjalankan kerja seperti biasa. Cara ini bagus dan boleh digunakan pada masa akan datang.
Jom tonton video bagai mana sekolah ini diubah dari lokasi asal ke tempat yang baru.
Sumber : South China Morning Post
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Jimat Struktur Frame Besi Dan Cement Bord Untuk “Tiny House”
Tiny house, rumah ponduk, rumah kebun atau apa sahaja panggilannya kini kian mendapat tempat di Malaysia. Jika sebelum ni, rumah pondok rekaanya biasa-biasa sahaja. Tapi, sekarang ni kebanyakkan rumah pondok atau rumah kecil di Malaysia ni siap dengan dekorasi yang cantik seperti yang dilakukan oleh Niesa Ahmad. Jom kita lihat reka bentuk “tiny house” Niesa Ahmad yang terletak di Langkawi
Alhamdulillah… ‘rumah kecil kami’ dalam kampung dengan latar belakang gunung-ganang yang indah nan permai terhasil jua akhirnya, dengan gabungan konsep moden dan tradisional sesuai lah habuan nak berehat minum-minum kopi lepas bersara nanti konon-kononnya.
Baca juga: Teres Tengah Berubah Wajah Dalam Sentuhan Seni Bina Dalaman
Rumah berkonsepkan ‘rumah terbuka’ ni kami buat dengan pengudaraan dan pencahayaan semula jadi yang maksimum sebagai kunci utama pembinaan ni. Kalau secara istilah seni bina depa kata guna konsep “sustainable construction” kot. Konsep Rekaan rumah kecil ni adalah minimalis dan kemas.
Struktur utama rumah ni kami guna kerangka metal frame. Lepas tu untuk dinding dengan lantai kami pakai cement board ja tak gaduh ikat bata dengan nak plaster dah. Nak bagi segak bahagian luar, kami pakai “shiplap plank”. Dinding bahagian dalam kami buat finishing cat ja terus atas cement board tu. Yang lantai pulak kami pasang vinyl flooring atas cement board tu bagi segak.
Lantai luar tu kami guna kayu composit yang macam platform kolam di hotel-hotel. Keluasan lantai boleh ikut pilihan masing-masing dan bersesuaian dengan tanah yang dok ada, kami tanah kecik buat kecik ja laa dalam 18×16 kaki tak silap, tak termasuk balkoni la
Okayy kalau nak tanya bab harga tu kena runding dengan tukang kontraktor sebab ada bahan kita boleh pakai yang lebih ‘mesra poket’ dan ada yang nak kena yang bagus. Tapi kos tu insya-Allah padan patut laa orang kata.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI