Hartanah

Banglo Mewah Biduanita Negara Diroboh. Siap Ada 5 Ruang Tamu & Perpustakaan

Share

Biduanita Negara Datuk Hajah Sharifah Aini Syed Jaafar, lebih dikenali sebagai Sharifah Aini, merupakan salah seorang ikon muzik terkemuka di Malaysia.

Banglo Mewah Biduanita Negara Diroboh. Siap Ada 5 Ruang Tamu & Perpustakaan

Terbaru, mengikut laporan kediaman mewah milik Biduanita Negara ini yang terletak di belakang sebuah hotel di Petaling Jaya kini tinggal kenangan apabila difahamkan sudah pun dirobohkan.

Banglo Mewah

Rumah mewah dua tingkat yang dilengkapi dengan kemudahan seperti perpustakaan dan dua dapur, sembilan bilik tidur, tujuh bilik air, dewan acara, lima ruang tamu, kolam ikan, dan sebuah bilik pembantu rumah itu kini hanya tinggal sebagai longgokan pecahan batu setelah ditarah oleh jengkaut atas permintaan pemilik baharu sejak dua bulan lalu.

Banglo Mewah Biduanita Negara Diroboh. Siap Ada 5 Ruang Tamu & Perpustakaan

Memetik portal Hibglam dan juga menerusi  TikTok Hibglam yang kelihatan hanya tembok batu coklat kiri kanan yang masih tertera nombor rumah 42 yang bersisa, manakala pintu pagar gah rona hitam sudah diganti dengan zink hijau, menandakan kerja-kerja kontraktor sedang dijalankan. Difahamkan pembeli hanya inginkan tanah dan bukan banglo tersebut, selain turut membeli lot bersebelahan kediaman tersebut.

Menurut pengawal yang diupah oleh syarikat pembinaan, beliau telah menjaga kawasan berkenaan sejak hartanah bertukar milik sekitar awal tahun ini.

“Saya cuma tahu dahulu rumah besar ini pernah didiami seorang penyanyi popular, tetapi kemudian dibeli oleh sebuah syarikat. Kerja merobohkan rumah pun baru sahaja dilakukan sekitar Mei lalu. Selebihnya saya tak tahu. Saya cuma kerja jaga,” katanya ketika ditemui HibGlam.

Banglo Mewah Biduanita Negara Diroboh. Siap Ada 5 Ruang Tamu & Perpustakaan

Tiada sebarang kerja pembinaan dijalankan pada hujung minggu dan perincian mengenai projek berkenaan juga tidak dipaparkan di bahagian luar premis. Melalui celah pintu pagar zink setinggi lapan kaki itu, jelas kelihatan sebuah jengkaut masih ditinggalkan untuk menyelesaikan kerja pembersihan sisa runtuhan.

@hibglam.com.my TIADA lagi banglo milik Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang sebelum ini tersergam indah di belakang sebuah hotel di Petaling Jaya. Rumah agam dua tingkat yang menjadi syurga penyanyi Seri Dewi Malam itu kini hanya tinggal sebagai longgokan pecahan batu selepas ditarah jengkaut atas permintaan pemilik baharu sejak dua bulan lalu. Baca artikel penuh menerusi www.hibglam.com.my atau klik Bio. Jangan lupa follow Instagram, Facebook, TikTok dan X (Twitter) #hibglam #sharifahaini #biduanitanegara #banglo #roboh ♬ original sound – HIBGLAM

Menurut sumber terdekat keluarga Allahyarham, kediaman tersebut diruntuhkan bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah projek komersial. Namun, individu terbabit tidak mengetahui syarikat mana yang berjaya membeli hartanah tersebut ataupun harga yang ditawarkan kepada anak tunggal arwah, Aliff Omar Ali, 42.

Usaha untuk mendapatkan komen waris Allahyarham juga belum berhasil apabila panggilan kepada Aliff tidak dijawab. Sementara itu, seorang kenalan terdekat Allahyarham menyatakan barangan peribadi arwah terutama yang berkaitan dengan kerjaya seninya sudah dipindahkan ke tempat lain.

Kredit foto: Harian Metro

Perabot serta barangan besar lain dijual sedikit demi sedikit kepada rakan serta ahli keluarga selepas fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Banglo Mewah Biduanita Negara Diroboh. Siap Ada 5 Ruang Tamu & Perpustakaan

“Setahu saya semua barangan peribadi terutama trofi serta hadiah penghargaan yang diterima sudah disimpan di tempat selamat selepas tiga tahun rumah itu berada dalam pasaran. Saya kurang pasti sejak bila proses tersebut, mungkin sekitar 2020 ketika pandemik Covid-19 melanda dunia,” ujar seorang sumber yang enggan dikenali.
Sebuah Kenangan

Ketika hayatnya, Allahyarham Sharifah Aini sering mengundang rakan-rakan dan anak-anak tahfiz menjamu selera di banglo berkeluasan 20,000 kaki persegi itu. Menurut sumber tersebut, tujuan Aliff menjual rumah agam tersebut adalah kerana terlalu besar untuk mereka empat beranak berteduh selain kos penyelenggaraan yang tinggi.

Namun, Aliff sempat tinggal beberapa tahun di kediaman terbabit selepas pemergian Sharifah Aini akibat komplikasi fibrosis paru-paru pada 5 Julai 2014. Terdahulu, khabar penjualan hartanah berkenaan mula bertebaran empat tahun selepas pemergian Allahyarham apabila diiklankan pada harga RM8 juta menerusi Facebook. Pada iklan berkenaan turut ditulis banglo tersebut adalah kepunyaan seorang penyanyi popular tetapi dirahsiakan identitinya.

Sebagai penghibur yang cukup menjaga nilai eksklusif, Sharifah Aini mengakui jarang keluar rumah kecuali untuk bekerja atau menghadiri majlis penting. Kediaman tersebut juga sering dijadikan tempat pertemuan dengan rakan media, menjamu kenalan serta mengadakan majlis doa selamat yang turut dihadiri anak-anak tahfiz.

IMPIANA : Aduh, sedihnya rumah ini hanya tinggal kenangan.

Mesti Baca:Mak Pesan Kerja Rumah Jadikan Rutin, Rumah Bersih Automatik Rasa Tenang
Baca Lagi Di Sini:PANDUAN ‘Checklist’ Penting Keperluan Pindah Masuk Rumah Baru Yang Perlu Disediakan!
Artikel Menarik:10 “Defect” Wajib Periksa Sebelum Pindah Rumah Baru!

Sumber: Hibglam dan TikTok Hibglam

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Nana