Anda percaya atau tidak bantal yang tidak pernah di bersihkan boleh mengundang jerawat pada kulit muka anda. Hal ini kerana bantal merupakan tempat paling senang bakteria dan kuman hinggap dan membiak. Disebabkan itu, segala penyakit seperti alergi dan sakit kulit datang berpunca daripada bantal itu bersih atau kotor.
Jadi untuk menghindari diri daripada terkena dengan pelbagai penyakit, anda perlu rajin menjemur bantal di bawah cahaya matahari. Percaya atau tidak ramai dikalangan kita yang tidak pernah jemur bantal. Mungkin kerana sukar untuk menjemur kerana bekerja dan jarang berada dirumah pada waktu siang. Tapi anda boleh melakukan aktiviti menjemur ini pada hari minggu.
Jom baca info dibawah.
- MENCEGAH KELEMBAPAN
Bantal diperbuat daripada bahan yang menyerap air. Jadi ia merupakan tempat yang digemari oleh bakteria. Bantal akan menyerap peluh atau air dari tubuh anda disaat anda mengunakannya, dan dari situlah bakteria mula merebak. Ia tidak bebas lembab dan caranya hanya perlu jemur dibawah cahaya matahari. Jadi, kuman atau bakteria pun akan hilang.
- KEKAL KUALITI BANTAL
Bantal yang selalu dipakai akan menjadi penyek dan berubah saiz. Jadi anda perlu menjemurnya dibawah cahaya matahari untuk mendapat bentuk asal dan kekalkan kualitinya.
Sumber: Fatimah Abu Bakar