Kalau pergi Daiso, mesti perasan pelbagai saiz wire net ni. Tapi, tak tahu apa kegunaanya. Puan Noor Hafiza Mohamad Dari Dunia Dekor berkongsi kegunaan wire net ini.
Jaring ini dipanggil wire net. Selain untuk dekorasi, ia boleh dijadikan organizer barang di ruang sempit. Banyak lagi kegunaannya yang boleh di eksplorasi dan dimanfaatkan.
Antara kegunaannya adalah sebagai tempat susun bekas rempah, gantung sudip dan fry pan, dijadikan rak, gantung kaktus kecil, dekorasi meja belajar, organize alat tulis dan banyak lagi.
Cara gantung wire net ni mesti disesuaikan dengan permukaan dinding dan berat beban yang mahu ditampung. Samada mahu drill atau gunakan hook kuat seperti gam gajah.
Ada beberapa contoh hook sesuai yang digunakan di sertakan dalam ni. Kebanyakan gambar adalah dari deko rumah sis sendiri. Sis beli di DAISO, setiap satu jaring dan bakul berharga RM5.90.
Kedai-kedai lain yang boleh dapatkan WIRENET adalah:
– DAISO
– MR DIY
– KAISON
– IKEA
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hormon Akar dan Booster Untuk Tanaman Dari Daun Ketapang
Kebiasaanya daun ketapang atau nama saintifiknya Terminalia catappa diguanakan untuk tujuan membungkus makanan seperti tempe, tapai dan sebagainya. Namun, ramai tak tahu daun ketapang mempunyai nutrien yang baik untuk tanaman. Bagi yang mengamalkan amalan kebun hijau, daun ketapang boleh menjadi hormon penggalak akar dan booster. Ia mudah disediakan dan tidak memerluakn bahan yang rumit.
Hormon pengakaran ini boleh digunakan untuk:
1. Mempercepatkan proses tut pokok tanaman
2. Mengakarkan keratan batang pokok ( Tin, Rose, Mulbery)
3. Memulihkan pokok yang dialihkan
4. Menyuburkan tanaman yang mengalami kerosakan akar
5. Menyuburkan Medium Tanaman.
Cara Membuat Hormon Pengakaran:
1. Kumpulkan daun pokok Ketapang yang gugur. Pilih daun yang kekuningan dan masih segar..
2. Sukatannya ialah 1 kilo daun + 10 liter air
3. Ramas dan koyakkan helaian daun ketapang.
4. Rendamkan dalam air biasa minimum semalaman.
5. Simpan air rendaman yang mengandungi hormon daun Ketapang tadi.
6. Sisa daun yang direndam elok di letakkan pada pangkal pokok atau dalam pasu. Biarkan ia menjadi reput
Cara penggunaan hormon:
Pokok> Boleh disiram setiap hari pada tanaman.
Keratan > Rendam keratan dalam air hormon semalaman sebelum ditanam.
Catatan:
Perlu diingatkan air daun ketapang bersifat acidic.
Penggunaan dalam jangka panjang bisa menyebabkan media menjadi masam (pH rendah).
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Dekorasi Rumah Jadi Cacamarba, Ini Perkara Yang Perlu Dielak
Isi Kandungan
ToggleDekorasi rumah jadi cacamarba, ini perkara yang perlu dielak. Entah kenapa sebabnya bila lihat dekorasi rumah orang lain nampak elok tapi rumah sendiri nampak semak, padat dan serabut.
Mengapa agaknya perkara ini terjadi? Banyak duit dihabiskan untuk membeli barang-barang hiasan dan perabot namun tetap juga tidak memuaskan hati. Apa yang silapnya? Tambah sana, tambah sini tak juga berseri. Sudahnya kita menggigit jari.
Tanpa disedari kebanyakan daripada kita melakukan pelbagai kesalahan ketika menghias kediaman. Jom kita semak apakah kesalahan tersebut.
PERTEMBUNGAN DUA BUDAYA
Aura budaya ini sangat kuat. Misalnya anda memilih gaya baba nyonya, nusantara, Inggeris dan Morrocan yang jelas nampak identiti seseuah budaya. Setiap budaya ada mood hiasannya tersendiri. Kita tidak boleh mencampur adukkan sekejap Inggeris, sekejap nusantara dan sebagainya. Di mana fokus anda? Jadi pilih yang benar-benar anda minati dan wujudkan identiti tersebut pada segenap ruang. Begitu juga sofa dan meja kopinya. Perlu ada satu kesinambungan yang harmoni.
KEPELBAGAIAN AKSESORI
Ini merupakan salah satu masalah di kalangan kita. Aksesori kediaman sememangnya sangat cantik. Baik yang dibeli sendiri atau yang dihadiahkan untuk kita. Masalahnya terdapat pelbagai bentuk hiasan yang kita perolehi. Pastikan aksesori ini merupakan pelengkap konsep kita. Ini bermakna ia serasi dengan konsep utama, dan menyerlahkan lagi gaya yang kita pilih. Misalnya jika memilih Inggeris, gunakanlah pasu porselin rekaan ala kedesaan Inggeris. Bukan periuk tanah liat ala dunia Nusantara.
LANGSIR YANG DOMINAN
Selalunya menjadi masalah apabila langsir yang mendominasi sebuah ruang. Bayangkan sebuah ruang yang ringkas seperti kediaman ruang terhad atau pemilihan perabot semua moden ringkas tetapi langsirnya, klasik mewah yang sarat macam era rococo. Begitu juga fabrik yang tidak sesuai, warna yang tidak serasi dan karakter corak yang janggal. Pakai konsep moden, langsirnya corak kedesaan Inggeris atau klasik. Jangan begitu!
KUSYEN KECIL YANG BERLAINAN GAYA
Biar pun kecil namun peranan kusyen kecil ini sangat besar.daam mencuri tumpuan mata. Adakala corak pilihan kita tu tak masuk dengan gaya keseluruhan ruang. Gaya yang rigkas di jodohkan dengan sofa kedesaan Inggeris yang berbunga-bunga comel. Tidakkah pelik jadinya.
SAIZ PERABOT YANG TIDAK SESUAI DENGAN RUANG
Bayangkan dengan ruang begitu kecil, anda memilih perabot dempak sampai terpaksa berebut -rebut ruang yang ada dengan perabot lain. Jalan pun payah dibuatnya. Penting untuk sesuaikan dengan keluasan ruang, barulah selesa.
Kredit foto (top image): Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tanam Bawang Musim Panas Lit-Lit Memang Menjadi, Ini Kaedah Nya
Harga bawang di pasaran memang agak melampau sekarang ni. Jika dulu 1Kg dalam RM 2.50, sekarang boleh mencecah RM9 tau. Ada sesetengah kawasan, bawang terputus stok dan yang hanya ada jenis bawang india yang berwarna ungu pekat tu. Bawang tu tidak berapa enak dibuat masakkan.
Apa kata, kita tanam sendiri bawang. Dalam tempoh 2 bulan lebih hasilnya dah boleh tuai. Tambahan, iklim Malaysia sekarang tengah panas lit-lit ni sangat sesuai untuk penghasilan isi bawang yang cantik. Lagi pun, bawang tak perlukan siraman dan penjagaan yang rumit.
Menurut puan Azlina Mat Lazim, kaedah dan penyelenggaraan tanaman bawang. Baja hanaya diperlukan seawal tanaman sahaja dan paling best, bawang bebas ancaman perosak kerana baunya yang busuk.
Cara-cara:
1. Potong sedikit kepala dan akar bawang seperti dalam gambar
jika anda tanam untuk tuai hasil daun, hanya bahagian kepala sahaja perlu dibuang. Jika tujuan tanaman adalah untuk tuaian bawang, anda tidak dibenarkan untuk mengambil daunnya kerana bawang akan mudah rosak. Tujuan kepala bawang dibuang adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan daun
2. Sediakan medium tanaman 2:1 (2 bahagian pasir dan 1 bahagian tanah) Bawang tidak perlukan medium tanaman yang lembap kerana ia akan merosakkan isi bawang.
3. Tanam hanya 3/4 sahaja dari bahagian bawang. Bila dah tumbuh daunnya sejengkal baru timbus sampal ke pangkal
Dah mula matang. Bawang mula tonjolkan diri
4. Selepas dua bulan, boleh lah dituai. Gantung dan sidai di bawah teduhan untuk proses pengeringan
Tip tambahan dari puan Azlina:
a) Tanam bawang besar ubinya banyak manakala bawang kecil sebaliknya (patutlah bawang kecil harganya mahal)
b) Buang bunga bawang. Jika tidak, ia akan menyebabkan ubi bawang menjadi kecil
c) Tanam bawang ketika musim panas sahaja
d) Untuk penghasilan daun bawang, boleh tanam di bawah teduhan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI