Barang tak perlu banyak kalau nak dapur sentiasa kemas, beli yang selalu guna. Selalu ramai di kalangan kita ada tabiat suka beli barang. Pendek kata pandang, terus beli. Padahal barang tersebut tidak ada keperluan pun sebenarnya untuk dibeli.
Kesudahannya, barang-barang tersebut sudah tiada lagi tempat untuk diletakkan. Terpaksalah sumbat di mana-mana hingga menyebabkan ruang kediaman jadi sempit. Usah diikutkan nafsu untuk membeli akibatnya barang tersebut langsung tidak digunakan.
Berikut perkongsian Alin Khairudin
“Kuasa minimalist. Banyak membantu saya, baik dari segi masa, tenaga dan emosi. Saya tidak ada berbelas periuk. Cukup 3 periuk, 1 kuali leper dan 1 kuali legend. 1 rice cooker dan 1 periuk serba guna. Ada 6 gelas untuk kegunaan harian dan 1 set pinggan mangkuk orang lama pemberian mertua yang mungkin sudah berusia 40 tahun.
“5 tahun sudah dapur ini dan masih kekal begini. Sejak mengamalkan konsep minimalist ini, saya lebih ringan tangan untuk membersihkan, lebih cepat untuk melapangkan dan lebih tenang dalam menguruskan keluarga… kurang stress, kurang penat.
“Dulu saya boleh biarkan pinggan mangkuk bertindih-tindih di sink dengan meja penuh segala balang. Belum lagi kaunter dapur yang berminyak. Almari yang penuh.. Bila hendak mengemas mula la membebel, anak dan suami jadi mangsa. Kadang terdetik, percuma saja penat sebab tidak ikhlas. Be minimal… be moderate.. membantu!
“Bila jiran atau kawan berjualan.. terdetik nak membeli tp sejak mengamalkan gaya minimalist.. saya ambil kira semuanya. Untuk apa benda ni dibeli. Yang di rumah betul tak ada function yang sama? Berapa kerap digunakan? Apa implikasi dgn memiliki dan tidak memiliki item tersebut? Tidak bolehkah saya jadi creative dgn menggunakan apa yang ada di rumah?Walau hanya rm5, benda itu perlu lalui checklist di dalam kepala saya kerana setiap item itu akan mengambil space.”
Kalau banyak-banyak barang tapi tak dimanfaatkan tak guna juga. Lebih elok beli barang yang kita guna dan bukan sekadar dijadikan hiasan atau disimpan di dalam kabinet dapur sahaja.
Sumber: Alin Khairudin
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.