Baru-baru ini ada terdapat di media sosial tentang seorang pengguna yang berkongsi cara mencuci telur sebelum ia disimpan kedalam peti sejuk. Menurutnya, tujuan mencuci dahulu telur yang dibeli itu adalah untuk menghapuskan kuman yang mungkin boleh menjangkiti. Bekas telur juga disarankan untuk dilupuskan terus agar kesihatan isi rumah tidak berada dalam risiko.
Maka pelbagai reaksi yang diterima, ada yang bersetuju dan ada juga yang membantah tindakan tersebut.
Jadi, perlu atau tidak kita mencuci telur sebelum disimpan? Mari ikuti penjelasan ahli kimia, Dr Fatimah Salim berkaitan perkara ini.
PERLU ATAU TIDAK BASUH TELUR SEBELUM PENYIMPANAN?
Ads
Sebenarnya telur secara semulajadi memiliki selaput perlindungan yang dipanggil “bloom” atau “cuticle” yang terbentuk daripada cecair faraj ayam semasa bertelur. Tujuan lapisan ini ialah untuk melindungi isi telur daripada dicemari. Kulit telur sebenarnya mempunyai liang-liang halus di seluruh permukaan yang telap kepada kuman dan bahan kimia meruap (aka gas) dari persekitaran. Sebab itu telur boleh berbau bawang (dari bahan kimia bersulfur) jika diletakkan bersama dengan bawang. Selain daripada itu, selaput ini juga bertindak dalam mengekalkan kelembapan dalam telur dengan cara mencegah air meruap keluar melalui kulit telur. Inilah sebab kepada pendapat yang tidak menggalakkan telur dibasuh sebelum disimpan.
Pun begitu, terdapat peraturan dalam USDA yang mengharuskan pencucian setiap telur yang dijual secara komersial. Ini kerana kulit telur yang mengandungi najis boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella. Sekiranya telur ini disimpan dalam peti sejuk tanpa dicuci, ianya boleh menyebabkan pencemaran silang berlaku (kuman boleh berpindah) kepada makanan lain yang disimpan, terutamanya makanan sedia makan. Kuman ini akan menghasilkan bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Malangnya proses mencuci ini akan membuang bersama selaput perlindungan semulajadi tadi. Maka peranan ini digantikan dengan selaput buatan (biasanya mengandungi mineral berminyak) yang boleh dimakan pada permukaan telur.
Ads
Namun peraturan mencuci telur ini tidak digunapakai di Malaysia. Maka, telur yang kita beli masih lagi mempunyai lapisan perlindungan semulajadi. Sekiranya telur tidak disimpan dalam peti sejuk, telur tidak perlu dibasuh namun haruslah disimpan di dalam kartonnya. Selain daripada fungsi sokongan, menyimpan telur dalam kartonnya dapat melindungi telur daripada tekanan (aka pecah) serta mengekalkan kesegaran telur sehingga 45 hari daripada tarikh pembungkusan.
Sekiranya telur ingin disimpan dalam peti sejuk dan kulit telur tidak mengandungi najis, maka tidak perlu di basuh. Cuma boleh mengambil langkah berhati-hati dengan menyimpan telur dalam bekas tertutup untuk mengelakkan pencemaran silang.
Ads
Ketahuilah tujuan penyimpanan telur dalam peti sejuk ialah untuk
1) menghalang aktiviti kuman di mana suhu sejuk hanya menyahaktifkan kuman (kuman tidak mati),
2) memanjangkan jangka hayat telur melebihi tempoh 45 hari tadi, serta
3) menghalang bahan-bahan kimia meruap (aka gas) daripada persekitaran masuk ke dalam telur.
KESIMPULANNYA, pilihan sama ada membasuh telur atau tidak bergantung kepada cara penyimpanan telur itu. Sekiranya kulit telur mengandungi najis dan ingin disimpan di dalam peti sejuk, maka eloklah dibasuh untuk menghalang mencemaran silang. Namun sekiranya telur ditinggalkan di dalam kartonnya, maka eloklah tidak dibasuh untuk meningkatkan jangka hayat kesegaran telur. Apa-apa pun, telur haruslah dibasuh sebelum di masak.
*Semoga bermanfaat *
ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Hai assalammualaikum semua dan selamat Hari Raya Aidil Adha 2022 kepada umat muslimin dan muslimat sekalian. Haa, dah hari-hari raya ini, mesti happy kan? Siapa je tak happy bila masuknya hari raya. Tapi, hari raya haji ini berbeza sedikit dengan aidilfitri sebab ada yang kena menolong siang daging korban kan. Bila nak tolong bersiang mesti kena ada pisau. Jadi sebab itu, hari ini saya nak memberitahu apa jenis pisau yang anda mugkin akan gunakan untuk persiapan makan di hari raya ini. Mari saya tunjukkan.
PISAU CHEF
Pisau chef ini, anda akan gunakan dan bersama anda kerana ia pisau yang popular. Dengan ukuran 15-30 cm, ia merupakan pisau yang mempunyai bilah yang panjang, kuat dan berat. Pisau ini akan gunakan bila mak-mak akan suruh kita pergi potong sayur atau daging.
PISAU PARING
Pisau paring ini, pisau yang kecil sahaja tapi ia mempunyai hujung yang sangat tajam. Jadi, ia perlu berhati-hati ketika memakainya, lagi-lagi yang baru belajar. Saiznya kecil dan kemas. Oleh sebab itu, pisau ini sangat sesuai jikalau anda tetamu datang beraya, dan disuruh untuk memotong buah ke, haa pisau ni lah yang sesuai untuk digunakan.
PISAU PEMOTONG
Siapa je tak kenal pisau ini. Pisau ini lah yang paling penting untuk kita guna potong daging korban yang tebal tu bila nak hendak memasak. Nama gelaran bagi pisau ini adalah choppers. Pisau ini nak dekat serupa dengan pisau cleavers, cumanya pada di bahagian pemotong pisau ini lebih nipis. Sebab itu, pisau ini sesuai digunakan untuk menghiris daging secara menipis
PISAU SEMBELIH
Haa yang lelaki-lelaki semua, bila time raya aidil adha ini, kamu semua kena tolong pakcik-pakcik surau dalam sembelih, lagi-lagi kena tahu pisau apa yang digunakan untuk menyembelih lembu atau kambing. Pisau sembelih ini, ia nak dekat sama dengan parang, Cuma ia lebih kecil dan hujungnya lebih tajam kerana ia untuk membuatkan lembuh yang dikorban terus mati apabila disembelih supaya ia tidak sengsara.
Jadi, itu sahajalah jenis-jenis pisau yang selalu digunakan semasa hari raya aidil adha. Jangan lupa baca part 2 artikel tentang special hari raya aidil adha ini.
IMPIANA mendapat luahan dari seorang pembaca tentang kipas angin yang baru dibelinya rekabentuk moden tapi angin perlahan.
” Kipas siling kawalan jauh semakin perlahan. Pada mulanya saya berpendapat hanya kipas siling dirumah saya sahaja mempunyai masalah ini, rupa-rupanya masalah yang sama terjadi pada kipas siling kediaman adik saya. Kipas kawalan jauh ini tidak berpusing laju dan kadangkala saya terfikir adakah fungsi kipas ini hanya sebagai untuk perhiasan”
Sebenarnya masalah ini berlaku biasanya berpunca daripada kerosakan kapasitor yang terdapat pada papan litar (PCB) yang ada di dalam kipas tersebut. Apabila menanggalkan kipas kawalan jauh yagn bermasalah itu, anda akan menemui PCB seperti dalam gambar dibawah ini.
Pada PCB ini, terdapat dua jenis kapasitor, iaitu kapasitor start dan kapasitor run yang mana saiznya lebih besar daripada komponen elektronik yang lain yang ada pad PCB tersebut. Kapasitor start berwarna hitam manakala kapasitor run pula berwarna kuning atau coklat. kapasitor start inilah yang sering menjadi punca kepad masalah kipas perlahan dan tidak berpusing. Sekiranya anda dapati kapasitor run menggelembung, ganti juga kapasitor tersebut. Tanggalkan kapasitor daripada PCB dan gantikan dengan yang baru. Pastikan kadar voltan kapasitor baru adalh lebih baik daripada 400VAC dan mempunyai nilai Farad yang lebih kurang sama dengan asal.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pemilihan warna yang sesuai buat ruang merupakan proses yang signifikan dalam membina identiti kediaman. Pastikan setiap pemilihan rona pada cat dinding, perabot, langsir serta aksesori kecil yang lain berupaya membentuk sebuah harmoni dalam sesebuah kediaman.
Kecintaan dan minat mendalam Puan Suhaila terhadap warna merah jambu telah beliau terjemahkan dengan jelas dalam dekorasi kediaman miliknya. Rona putih dan element kayu diselit bersama merah jambu bagi menambah keharmonian dalam setiap ruang. Pemilik juga bijak menyuai padan perabot dalam pelan lantai terbuka agar ruang tampil lebih luas tetapi dalam masa yang sama, kemas tersusun.
Rumah jenis superlink 2 tingkat ini telah didiami bersama suami dan 2 ekor kucingnya sejak beberapa tahun yang lalu. Walaupun terletak agak jauh dari tempat kerja, hal ini tidak menjadi masalah buat Puan Suhaila kerana baginya, pengorbanan yang datang bersama kediaman impian beliau ini amat berbaloi untuk ditempuhi.
PESONA WARNA HARMONI
Merah jambu merupakan cerminan tepat personaliti Puan Su sendiri. Tutur kata yang tertib serta tingkah laku tuan rumah yang lemah lembut membuatkan penulis selesa beramah mesra bersamanya. Berpandukan cita rasa, fungsi serta praktikaliti ruang, Puan Su sememangnya amat teliti dalam menata rias setiap sudut di mahligai mewah ini.
Tingkat bawah kediaman di lengkapi dengan ruang tamu, ruang makan, dapur serta sebuah bilik tidur tetamu. Selain itu, disebalik pintu gelangsar juga terdapat ruang balkoni yang cukup luas buat tuan rumah bercucuk tanam dan mendekatkan diri dengan alam sekitar yang nyaman.
Sebagai warna dominan, rona merah jambu telah di’lembut’kan oleh padanan rona putih serta palitan elemen kayu yang menjadikan setiap sudut lebih tenang dan tidak kelihatan terlalu memaksa. Sebaliknya, pengunjung akan merasa lebih santai apabila berada di ruangan kediaman ini.
RUANG PENYIMPANAN PRAKTIKAL
Kebanyakan kediaman dengan pelan terbuka sering menghadapi masalah membahagikan antara satu ruang dengan satu ruang yang lain. Pelbagai teknik boleh digunakan tetapi pemilik memilih untuk membinakan kaunter pulau yang besar bagi membahagikan ruang tamu dan ruang makan dengan dapur.
Penulis sekali lagi kagum dengan ketelitian pemilik memilih warna bagi setiap perkakas dan perabot di dapur. Dari kabinet, permukaan kaunter hinggalah periuk belanga, semuanya pasti mempunyai sentuhan warna campuran merah dan putih itu.
Di satu sudut, Puan Su juga mempunyai sebuah pantri di dapurnya bagi memudahkan beliau menyimpan stok barangan kering serta makanan dengan lebih kemas dan tersusun. Ruang penstoran sebegini adalah lebih praktikal kerana pengguna mudah melihat dimana letaknya setiap bahan selain dapat menjimatkan masa di dapur.
SANTUARI NYAMAN DI BILIK TIDUR
Menjengah ke bilik tidur utama di tingkat dua kediaman ini, dan seperti yang dijangkakan penulis, kamar beradu pemilik juga amat comel dihias dengan warna kegemaran beliau. Walaupun tampak ringkas dan moden, bilik tidur ini jelas mempunyai karakter tersendiri.
Bilik mandi di bilik tidur utama ini juga tidak kurang menariknya. Umpama melangkah masuk ke sebuah spa, ruang ini amat ideal untuk merehatkan fizikal dan mental setelah seharian penat di tempat kerja.
Bahkan, keseluruhan kediaman ini bagaikan menjemput tetamu untuk “take a step back, and relax” dengan suasana yang nyaman dan ceria.
+ INFO KEDIAMAN
Nama Pemilik: Puan Suhaila
Jenis Kediaman: Superlink 2 tingkat
Konsep: Moden Scandinavian
Keluasan: 2345 kaki persegi
Spesifikasi: 4 Bilik Tidur & 4 Bilik Air
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.