Gambar hiasan

Batal beli rumah harga mahal saat akhir itu sebenarnya lebih baik daripada menanggung komitmen bulanan hampir RM3k selama 35 tahun.

Perkara ini diakui seorang pensyarah Zahir Alauddin berdasarkan pengalamannya sendiri.

Berkongsi kisah tersebut di akaun TikTok beliau, Zahir berpesan terutama kepada pasangan muda supaya tidak terburu-buru membuat keputusan membeli kediaman yang terlalu mahal hingga separuh gaji suami iteri digunakan untuk membayar pinjaman perumahan saja.

“Hanya kerana rumah itu nampak moden, terletak di kawasan elit kita cair. Jangan ya!Walaupun bank kata kita cukup layak tapi kena ingat komitmen umah ini berat. 30-35 tahun kena bayar, silap-silap dah bersara pun nanti masih kena bayar,”ujarnya yang kemudian menceritakan pengalamannya.

Batal beli rumah, sikit lagi nak sign S&P

Imbas Zahir pada tahun 2014 dia dan isteri merancang membeli rumah. Jika digabungkan gaji bersama pasangan, mereka mampu membeli rumah yang harga hampir RM600k dengan tempoh pinjaman 35 tahun serta bayaran bulanan RM2800.

Ads

“Sikit lagi nak sign S&P, tiba-tiba teringat kata-kata kawan ibu mentua. Katanya “Orang muda suka beli rumah mahal-mahal lepastu tak mampu bayar, rumah kena lelong, kena black list Awak carilah rumah yang murah-murah, second hand kan ada.”

“Memang tersentap waktu itu. Walhal gaji kami berdua RM2,800 sebulan. Rasa macam ok la untuk rumah.

“Akhirnya isteri cadangkan untuk cari saja rumah second hand. Ada saja rumah Harga RM300k untuk teres dua tingkat.

“Arwah mak juga beri nasihat rumah tak cantik boleh cantikkan Din.”
Ya saya batalkan beli rumah RM600k dan saya beli rumah second hand Harga RM315k dengan bayaran bulanan RM1500,”imbasnya.

Ads

Akhirnya pilih beli rumah second had

Ujar Zahir rumah subsale atau second hand yang dibeli memang agak teruk keadaannya dan memang perlu diubah suai

“Rumah memang barai habis, tak lalu nak bayar deposit tapi bayar jugalah. Tapi rezeki kahwin ni lain macam. Tiba-tiba duit KWSP boleh keluarkan, duit simpanan pun ada boleh tambah untuk renovate rumah.

“Jumlah semua untuk projek ubah suai rumah tak sampai RM60k.Siap rumah second hand yang barai menjadi rumah idaman. Tak mewah tapi cukup,” katanya.

Ads

Akhiri Zahir sehingga sekarang sudah punya empat cahaya mata bayaran bulanan masih lagi RM1500. Lebihan wang yang ada boleh digunakan perkara lain dan tidak terbeban dengan komitmen RM3k sebulan untuk rumah.

Mesti Baca:Menyesal Tersalah BELI RUMAH, Pertimbangkan Langkah Ini Untuk Atasinya

Baca Lagi: Beli Rumah, Cara Kira Harga Yang Sesuai Ikut Pendapatan Kita

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI