Rumah yang bersih dan wangi boleh memberi ketenangan jiwa kepada penghuninya.
Memang ada pelbagai jenama pewangi kediaman di pasaran yang mampu menghilangkan bau kepam. Tapi, jika tidak mahu membazir wang, ada alternatif mudah untuk anda mewangikan ruang dalam kediaman.
Rumah sentiasa harum tak semestinya beli pewangi kediaman yang mahal, malah boleh DIY cara yang dikongsi oleh @ericalasri ini.
Mendapat lebih 2 juta tontonan di akaun TikTok, beliau menunjukkan cara membuat pewangi rumah yang mudah dan murah. Menggunakan bahan yang ada di dapur saja, hasilnya kediaman berbau harum macam bau rumah orang kaya, katanya.
DIY pewangi rumah guna garam dan 3 bahan dapur
Bahan-bahan
Pewangi dan pelembut pakaian (Downy)
Garam kasar
Kulit kayu manis
Bunga cengkih.
Cara membuat:
1. Masukkan garam kasar dalam bekas, kuantiti tak perlu banyak.
2. Masukkan kulit kayu manis dan cengkih, pun tak perlu banyak sangat
3. Tuang pewangi pakaian. Siap!
4. Dah tuang akan semerbak harum, kalahkah pewangi rumah yang selalu kita beli.
Nak nampak lebih cantik, gunakan bekas yang menarik ya.
Boleh tonton DIY beliau dalam video di bawah juga.
@ericalasriAda macam-macam cara orang duk buat. Yang ni cara aku lah. Aku buat yang mudah je. Setakat ni jadi je. Masuk je rumah bau fresh & mahal ala ala bau hotel 5 ⭐♬ Sweet but psycho(抖音完整版) – 苏瞳
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua pemilik kediaman.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Pilih Sofa Kulit Untuk Kediaman Dengan Tema Dekorasi Klasik
Tip pilih sofa kulit untuk kediaman dengan tema dekorasi klasik. Sofa kulit asli merupakan salah satu perabot yang menjadi kegemaran ramai kerana ia nampak elegan dan tahan lasak. Kehadiran sofa kulit mampu memberikan kesan mewah dan klasik pada masa yang sama kepada bilik di rumah.
Bagaimanapun, memilih sofa kulit tulen yang sesuai untuk dalaman rumah klasik boleh menjadi tugas yang mencabar, kerana jika tersalah pilih sofa, maka kesannya bilik akan kelihatan lebih sempit dan tidak selesa.
Berikut dikongsikan tip bagi membantu anda memilih sofa kulit tulen yang betul untuk kediaman dengan tema dekorasi klasik.
PILIH WARNA YANG PADAN DENGAN INTERIOR RUMAH KLASIK
Warna sofa kulit tulen yang anda pilih mestilah sepadan dengan warna dalaman rumah klasik anda. Untuk dalaman rumah klasik, warna seperti coklat gelap, hitam, merah tua dan hijau tua akan kelihatan sangat sesuai. Warna-warna ini akan memberikan bilik anda rasa klasik, hangat dan elegan.
PERTIMBANGKAN SAIZ SOFA
Mengukur ruang dengan model dan saiz sofa kulit yang akan anda beli adalah salah satu faktor yang paling penting. Anda boleh mengukur ruang di rumah anda terlebih dahulu sebelum membeli sofa kulit, supaya apabila anda memutuskan untuk membeli sofa, anda sudah tahu saiz yang sesuai.
Saiz sofa juga perlu dipertimbangkan apabila memilih sofa kulit tulen untuk dalaman rumah klasik. Pastikan sofa yang anda pilih adalah saiz yang sesuai untuk ruang yang ingin diletakkan sofa tersebut. Jangan pilih sofa yang terlalu besar sehingga menyebabkan ruang tersebut kelihatan sempit dan tidak seimbang.
BERI PERHATIAN KEPADA BUTIRAN REKA BENTUK
Reka bentuk sofa kulit tulen yang betul untuk dalaman rumah klasik adalah reka bentuk yang mempunyai perincian yang menarik dan elegan. Pilih sofa dengan bingkai kayu yang cantik dan ukiran halus. Butiran seperti kaki sofa melengkung atau tempat letak tangan berpusing mampu menambah sentuhan klasik pada bahagian dalam rumah anda.
PASTIKAN KUALITI KULIT TULEN YANG DIGUNAKAN
Kualiti kulit tulen adalah faktor penting untuk dipertimbangkan apabila memilih sofa kulit untuk dekorasi rumah klasik. Pastikan kulit yang digunakan adalah kulit asli yang berkualiti tinggi dan tahan lasak. Anda juga boleh menyemak sama ada kulit telah melalui proses penyamakan yang baik supaya ia kekal tahan lama dan tidak mudah rosak. Selain itu, pilih sofa dengan bingkai yang kukuh dan kukuh untuk menjadikannya lebih tahan lama untuk digunakan.
SESUAIKAN DENGAN BAJET ANDA
Akhir sekali, pastikan pilihan sofa kulit tulen yang ingin dibeli mengikut bajet anda. Sofa kulit tulen berkualiti tinggi biasanya mempunyai harga yang mahal. Namun, jangan korbankan kualiti untuk harga yang lebih rendah. Pilih sofa kulit asli yang berkualiti dan sesuai dengan bajet anda.
Kesimpulannya ketika memilih sofa kulit tulen yang betul untuk dekorasi dengan tema klasik, adalah sangat penting untuk mempertimbangkan faktor seperti warna, saiz, reka bentuk, kualiti kulit dan bajet. Dengan memberi perhatian kepada faktor-faktor ini, anda boleh memilih sofa kulit tulen yang betul untuk menjadikan dekorasi kediaman anda yang bertemakan klasik lebih elegan, hangat dan selesa.
Kredit foto (top image): Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Alami Tekanan Emosi Dan “Anxiety”, Ini Item Yang Anda Perlu Letak Dalam Rumah
Betul lah orang cakap, dekorasi dan kondisi rumah bukan sekadar mencerminkan peribadi anda, malah ia mempengaruhi emosi. Tak kira di mana sahaja persekitaran fizikal anda berada, sama ada di pejabat, kedai dan terutamanya rumah, ia memainkan peranan yang penting terhadap kesihatan metal dan emosi and. Jadi, jika anda seorang yang menghadapi mempunyai masalah anviety, pastikan dekor kediaman anda mempunyai 10 ciri-ciri atau item berikut:
1. Tanaman indoor
Menurut Journal of Environmental Psychology tanaman indoor terutamanya dari jenis yang berbunga seperti Anthurium membantu mengurangkan kadar tekanan emosi atau stress. Nak tahu tanaman indoor yang sesuai [klik sini]
2. Cat biru
Jika anda peminat rona-rona terang atau eye catching seperti kuning dan merah, warna ini amat tidak sesuai untuk anda yang sedang stress kerana ia akan meningkatkan lagi kadar tekanan emosi yang di alami ketika itu. Sebaiknya, cat kediaman dengan rona-rona sejuk sepeti hijau. Rona biru telah terbukti berupaya mengurangkan kadar tekanan darah dan menyebabkan anda berasa nyaman. Ini bermakna, rona biru amat sesuai diaplikasikan di dalam bilik anda
3. Biarkan rak sedikit kosong
Tak kira lah rak didinding atau rak buku, biarkan ia sedikit kosong. Perasan tak bila terlalu penuh atau padat tidak kira lah buku atau perhiasan, mata anda Nampak semak. Menurut Society for Personality and Social Psychology Pemandangan dan kondisi tersebut akan meningkat hormone tekanan di dalam badan iaitu Cortisol. Jadi, sebaiknya rak di kediaamn anda dibiarkan sedikit longgar tanpa hiasan yang sarat dan susunan buku yang padat
4. Hadkan penggunaan corak
Sama seperti perletakkan buku dan aksesori yang padat pada rak, pattern atau penggunaan corak yang terlalu banyak di dalam dekorasi kediaman anda berupaya meninggkatkan kadar Cortisol. Lebihkan penggunaan permukaan polos untuk mewujudkan suasana kediaman yang menenagkan
5. Jambangan bunga segar
Menurut Ellison Chair in International Floriculture Bunga segar menyediakan aroma srgar di dalam kediaman secara semulajadi. Di samping itu juga, ia menyumbang kepada kecantikkan estatik yang berupaya menurunkan kadar tekanan emosi dan anxiety. Cukaplah sebulan 2 kali untuk anda tukar jambangan bunga di kediaman untuk memastikan sekembalinya dari kerja, dengan hanya melihat jambangan bunga segar membuat anda berasa tenang.
6. Posisi betul katil di dalam bilik
Bukan lah suruh anda percaya akan amalan Feng Shui. Namun ada sebahagian besar perkara yang di tekankan adalah untuk mencapai sebuah kehidupan harmoni dan seimbang sama ada secara rohani atau jasmani. Menurut amalan Feng shui, bagi anda yang ingin mengurangkan tekanan didalam kedaiamn WAJIB melatakkan katil bersebelahan dengan pintu bilik. Bukan secara bertentangan atau berhadapan. Ia dapat membentuk aliran yang menenangkan walaupun dalam bilik yang sempit
7. Buka tingkap
Kajian dari University of Pittsburgh mendapati pesakit di hospital yang terdedah kepada sumber pencahayaan semulajadi kurang rasa sakit dan cepat sembuh. Oleh itu, pastikan tingkap di kedaiamna anda sentiasa terbuka di siang hari untuk memberi laluan kepada pencahayaan semula jadi. Kalau anda tiada dirumah, cukup sekadar bukak langsir yang menutupi tingkap anda.
8. Terapi lavender
Memang lah Malaysia taka da lavender. Tapi menurut kajian University of Miami School of Medicine dengan hanya menghidu aroma lavender ia barupaya membaik pulih emosi sesorang, manjadi fikiran lebih tenang. Memang lah agak sukar untuk mendapatkan lavender di Malaysia, tapi anda punya pilihan iaitu dengan membeli lavender kering, lilin beraroma lavender atau minyak pati.
9. Hadkan penggunaan cermin
Ramai yang menggunkan cermain untuk mendapatkan impak kediaman lebih luas. Betul tak? Menurut kajian dari , Dengan melihat cermin terlalu kerap akan menjadikan emosi bertambah lebih tertekan. Macam mana pula boleh tertekan? Apa tujuan kita tengok cermin? Mestilah untuk melihat penampilan diri. Bila tak puas hati, tak ke tertekan?
10. Elak letak tv dalam bilik
Ini pun antara salah satu perkara yang ramai praktikkan. TV antara medium pencemaran tanpa anda sedar. Gelambong yang terperangkap di dalam bilik, walaupun tv sudah ditutup akan menggangu fungsi otak terutamanya ketika anda sedang tidur. Ini akan menyebabkan tidur anda tidak nyenyak dan keesokkanya mula lah rasa letih dan tertekan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Awas! Lantai Tandas Yang Licin Boleh Sebabkan Lumpuh
Tandas atau bilik air merupakan satu ruang yang mana pemilik perlu extra berhati hati dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, lebih -lebih lagi pada keadaan lantai. Ini kerana lantai basah yang licin boleh membahayakan pengguna. Terdapat beberapa kes jatuh di bilik air yang menyebabkan lumpuh atau strok.
Disini IMPIANA kongsikan langkah penjagaan lantai tandas agar tidak lagi terlalu licin dan membahayakan :
1. BERSIHKAN KOTORAN YANG MELEKAT
Kotoran yang melekat pada lantai bilik mandi harus sering dibersihkan. Antara kotoran adalah seperti tumbuhan kulat yang merebak. Kotoran ini berada di tempat lembab dan boleh menyebabkan lantai menjadi semakin licin.
2. AIR CUKA
Campur sedikit air cuka dengan air bersih ke dalam baldi dan gunakan ia untuk mengemop lantai.
3. GARAM
Selain digunakan untuk bahan masakan garam juga boleh digunakan dibilik air. Anda hanya perlu menabur garam di lantai yang licin. Garam mampu membuat lantai menjadi kesat.
4. ALAS ANTI LICIN
Alas anti licin ini tersedia di pasaran. Anda hanya perlu ukur keluasan bilik mandi anda kemudian beli mengikut ukuran yang telah dibuat. Cara pemasangannya juga sangat mudah kerana ia terdapat dalam bentuk pelbagai saiz.
5. CAIR PEMBERSIH
Bersihkan lantai bilik air menggunakan cairan pembersih lantai kursus untuk kamar mandi. Hal ini kerana bahan cairannya yang tidak kesat dapat membantu kondisi lantai anda terkawal.
6. TUALA KERING
Pastikan dibilik air anda sentiasa ada tuala kering untuk mengelap lantai bilik air yang basah. Pastikan bilik air anda sentiasa kering.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI