Bau Kepam Tiada Lagi Dalam Rumah, Campuran Dua Bahan Ini Memang Menjadi!

Share

Bau kepam tiada lagi dalam rumah, campuran dua bahan ini memang menjadi! Selalunya bau yang kurang enak ini datang daripada pelbagai faktor seperti bau masakan, makanan/minuman yang tertumpah serta karpet yang tidak dikeringkan dengan betul.

Maka terhasillah bau yang menusuk hidung ini. Untuk menghilangkannya, ada di antara kita yang menggunakan pewangi, namun tidak semuanya berkesan. Ada yang jenis berbau harum sekejap sahaja, selepas beberapa minit hilang begitu sahaja.

Berikut dikongsikan cara terbaik supaya rumah tidak berbau kepam. Selalunya bau kepam ini disebabkan karpet yang berhama dan sudah lama tidak dibersihkan.

Cara yang paling berkesan, selamat dan menjimatkan bagi mengatasi masalah ini ialah dengan cara menggunakan dua bahan ini:

1. Baking Soda
2. Essential Oil

“Kalau saya, secara peribadi saya suka lemon  atau lavender. Bau rumah jadi fresh sahaja.”

CARA-CARA:

  1. Letak baking soda dalam bekas yang berlubang seperti bekas garam.
  2. Masukkan lebih kurang 10 titis essential oil pilihan anda.

 

 

3. Taburkan atas karpet, biarkan dalam 30 minit  kemudian vakum. Hasilnya rumah anda akan kekal wangi sentiasa. Selamat mencuba!

Sumber: Fatin Jalil

 

Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana

 

Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.

 

 

 

 

Published by
webadmin