Jika hampir setiap hari kita memasak di dapur sudah semestinya periuk dan kuali yang kita gunakan akan menjadi hitam sehingga berkerak.
Apabila kesan kerak pada kuali semakin menebal, semakin susah lah untuk kita mencuci dan menyentalnya. Betul tak?
Kini, anda tidak perlu lagi bimbang kerana ada langkah yang sangat mudah untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan hanya menggunakan sabun buku cap buruh.
Kalau zaman dulu-dulu, sabun buku cap buruh ini hanya digunakan untuk membasuh pakaian kerana ia sangat berkesan untuk menghilangkan kotoran degil yang melekat pada baju.
Namun kini tidak lagi kerana sabun buku cap buruh ini juga dipercayai boleh digunakan untuk menghilangkan hitam bawah kuali. Nak tahu caranya?
Ads
Pertama, ambil seketul sabun cap buruh kemudian sagat sehingga halus lalu dicairkan sabun yang telah disagat tadi bersama air di dalam sebuah besen.
Seterusnya, rendam kuali atau periuk yang anda ingin dibersihkan ke dalam air sabun tadi dan dibiarkan semalaman.
Ads
Akhir sekali, gosok bahagian bawah kuali dengan dawai pencuci pinggan sehingga bawah kuali anda menjadi putih seperti baru. Mudah kan?
Jual hartanah, ketahui kebaikan dan keburukan bila urus sendiri. Ramai yang melantik peguam bagi menguruskan penjualan hartanah yang ingin ‘dilepaskan.’ Tidak kurang juga dek kerana mahu berjimat, mereka menguruskan sendiri urusan jual beli hartanah dengan pembeli.
Sebaik-baiknya apabila ingin menjual hartanah yang anda miliki, carilah seorang peguam yang dapat memudahkan urusan anda. Khidmat guaman ini bukan sahaja memudahkan urusan anda tetapi juga mengelakkan daripada berlaku masalah-masalah yang tidak diingini pada masa hadapan.
Jangan kerana ingin berjimat untuk jangka pendek, di kemudian hari anda terpaksa pula mengeluarkan perbelanjaan di atas perkara-perkara yang tidak dijangka. Tidak mengapa keluarkan sedikit belanja agar urusan jual beli dapat diselesaikan mengikut prosedur yang betul.
Melalui satu hantaran yang dikongsikan oleh Nazri Mustafa, peguam hartanah ini berkongsi kebaikan dan keburukan jika seorang penjual hartanah tidak melantik seorang peguam untuk penjualan hartanah yang dimiliki.
Antara kebaikan dan keburukan jika seorang penjual hartanah tidak melantik seorang peguam untuk mewakilinya dalam urusan jual beli hartanah adalah seperti berikut:
KEBAIKAN:
1. Kos yang lebih rendah
Tanpa melibatkan seorang peguam, penjual mungkin dapat mengurangkan kos transaksi, kerana tidak perlu membayar yuran perkhidmatan peguam.
2. Kawalan lebih besar
Penjual mungkin merasa lebih banyak kawalan dalam proses jual beli dan tidak perlu bergantung kepada nasihat seorang peguam.
KEBURUKAN:
1. Kesilapan undang-undang
Risiko kesilapan undang-undang adalah lebih tinggi jika tidak ada peguam yang terlibat. Ini boleh membawa kepada masalah undang-undang yang serius dalam urusan jual beli.
2. Kesukaran dalam perundingan
Penjual mungkin tidak mempunyai pengetahuan undang-undang yang mencukupi untuk berunding dengan berkesan dalam urusan jual beli, yang boleh mengakibatkan syarat-syarat yang tidak menguntungkan.
3. Tiada perlindungan undang-undang
Tanpa peguam, penjual mungkin kehilangan perlindungan undang-undang dalam kes-kes tertentu, seperti jika pembeli gagal menunaikan kontrak.
4. Semua urusan buat sendiri
Penjual perlu uruskan sendiri urusan permohonan pindahmilik, urusan penebusan harta (bank biasanya mahu berurusan dengan Peguam sahaja), urusan pengemukaan laporan cukai keuntungan harta tanah, urusan suratan hakmilik (jika sudah dikeluarkan tetapi belum dipindahmilik ke atas nama penjual) dan lain-lain lagi urusan yang terlibat.
Oleh itu dalam pada tidak melantik seorang peguam boleh mengurangkan kos, penjual hartanah perlu menyedari risiko undang-undang dan kesukaran dalam urusan jual beli yang mungkin timbul jika tidak ada peguam yang terlibat.
Moga bermanfaat dan dapat dijadikan panduan untuk semua.
Salah satu aspek yang paling penting untuk mempunyai kediaman yang nyaman dan bahagia ialah kebersihan lantai dan permaidani. Walaupun terletak pada bahagian paling bawah, tetapi kita tidak boleh mengambil mudah dan tidak membersih permaidani dan lantai . Buat para ibu atau pemilik rumah yang prihatin dan peka, pastinya hal kebersihan dan penyelenggaraan dilakukan agar lantai rumah sentisa nampak baru dan bersih.
Membaik pulih permiadani yang terkena api puntung rokok.
Untuk permaidani yang terbakar sedikit akibat terkena puntung rokok, jangan khwatir, anda masih boleh guna permaidani tersebut dengan mengikut kaedah mudah ini.Pertama sekali, potong bahagian yang terbakar menggunakan gunting kecil yang tajam. Lakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan daripada tergunting terlalu dalam. Selepas digunting dengan cermat, sapukan cecair pencuci pada bahagian yang rosak, diikuti cairan cuka makanan sebelum ditekapkan dengan lapisan tisu atau kain bersih yang akan menyerap di atas permukaan bahagian berkenaan. Kemudian biar sehingga kering.
Menaggalkan kesan hitam dari tumit kasut pada lantai.
Anda boleh gunakan cara yang paling simple untuk mengembalikan kilatan lantai jubin yang telah dikotori kesan hitam menjengkelkan tersebut dengan menggunakan pemadam getah sahaja. Kemudian sapu habuk pemadam yang tinggal and you are good to go. Mudah kan?!
Hapuskan tompokan kotoran di atas permaidani tebal.
Cuba gunakan pewarna yang sama dengan warna latar permaidani tersebut. Campurkan pewarnadengan air panas bagi menghasilkan perekat nipis. Kemudian, sapukan pada tompok kotoran yang mencacatkan permaidani anda. Biasanya cara ini akan memberikan hasil yang memuaskan.
Menutup kesan calar yang dalam pada lantai kayu.
Isikan ‘longkang’ pada kesan calar yang dalam itu dengan kayu plastik. Bahan pengganti itu mestilah mempunyai warna yang sama atau mirip dengan kayu asal. Anda perlu melakukan beberapa try and error sebelum dapat warna yang benar-benar sepadan. Setelah plastik tersebut lekat dan kukuh, gosok permukaan dengan kertas pasir perlahan-lahan supaya lantai kembali licin dan rata.
Membetulkan bucu permaidani yang ‘melentik’.
Jahitkan sehelai kanvas dibawah bahagian bucu permaidani yang bermasalah. Ini akan menyebabkan permaidani tersebut ‘jatuh’ selain dapat membantu permaidani untuk tahan lebih lama.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Berkebun tidak semestinya memerlukan ruang yang luas. Bagi anda yang mempunyai kekurangan ruang, selain kaedah tanaman menegak seperti vertical garden dan tanaman gantung sebagai penyelesaian terbaik, salah satu syarikat di Ghana, Afrika iaitu Farming Wonder memperkenalkan teknik tanaman bertingkat atau menara. Teknik ini bukan lah sesuatu yang baru. Namun ia mempunyai banyak kelebihan. Antaranya:
10x ganda ruang tanaman
Setiap menara memperuntukkan ruang 4.6 kaki. Kebiasaannya, saiz ruang tersebut hanya seusia untuk 16-30 sayur jenis berbatang. Namun dengan membina 6 tingkat menara tanaman ini, anda berupaya tanam 90-130 tanaman dalam satu masa
Jimat air
Siraman hanya perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Disebabkan tanah dalam menara yang dalam, ia berupaya menyimpan air dalam tempoh yang lama dan dapat elak disejat air secara cepat. Secara tidak langsung ia mengurangkan bil air
Mudah diselenggara
Teknik tanaman menara ini sangat mudah diselenggara. Jika teknik tanaman tradisional yang mendatar menuntut anda mencangkung untuk tujuan menuai dan merumput, menara tanaman ni hanya perlu anda selenggara secara berdiri.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.