
Pasangan selebriti antarabangsa terkenal David Beckham,49 dan Victoria,50 dilaporkan telah membeli sebuah kediaman mewah di tepi pantai Miami, Florida, Amerika Syarikat yang berharga RM341 juta ($80m).
Kediaman mewah terbaru di Miami ini telah direka oleh Choeff Levy Fischman dan dibina oleh Antrobus Design Collective dan Bart Reines pada tahun 2023. Ia berkeluasan 14,270 kaki persegi dilengkapi dengan 9 bilik tidur, 13 bilik air, spa dan bilik urut, panggung wayang, dok peribadi kapal layar, kolam renang infiniti dengan pemandangan Biscayne Bay yang menakjubkan.
Beckham dikatakan jatuh cinta dengan rekaan kediaman mewah yang baru dibina di Miami ini yang berkonsep ‘modern waterfront masterpiece’ dan dijangka bakal berpindah ke rumah agam tersebut pada tahun depan.
Aset Hartanah Terbesar Beckham
Pemain bola sepak lagenda dunia dan pereka fesyen ini sangat menyukai permandangan laut yang terbentang luas di hadapan rumah baru mereka. Lokasi nya juga hanya 40 minit pemanduan ke stadium pasukan Beckham iaitu Inter Miami CF.
Rumah ini terletak di North Bay Road, kawasan kejiranan ramai selebriti seperti Matt Damon dan Jennifer Lopez, penyanyi popular Shakira dan Bee Gee Barry Gibb.
Pembelian mahligai mewah di Miami ini sekaligus menjadi aset terbesar dalam portfolio hartanah Beckham. Sebelum ini pasangan ini telah memiliki rumah ‘town house’ bernilai RM174 juta (£31m) di London’s Holland Park, rumah pinggir bandar berharga RM67juta (£12m) di Cotswolds dan penthouse apartment mewah 5 bilik tidur di Miami bernilai RM101juta (£18m) pada tahun 2020.
Mesti Baca: Selepas Lebih Sedekad, Rumah Mewah MICHAEL JORDAN Berjaya Dilelong RM63 Juta
Baca Lagi Di Sini: Pernah Jadi Hotel, Kediaman Mewah Saif Ali Khan & Kareena Kapoor Bernilai RM500 Juta!
Artikel Menarik: Intai Rumah Termahal Di Dunia Milik AMBANI, Menjulang Tinggi Di Tengah Kota
IMPIANA: Tahniah atas pembelian mahligai mewah. Pasangan selebriti ini, antara yang bijak dalam merebut peluang membuat pelaburan hartanah.
Sumber: Daily Mail, architecturaldigest
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Bijak Melabur Duit Raya Anak Untuk Masa Depan Mereka

Isi Kandungan
ToggleMasa raya ni ibu bapa pokot makin nipis. Tapi, rezeki anak-anak, sampai tak muat beg di buatnya. Masa raya ni lah, anak-anak paling murah rezeki. Bukan je teriam duit raya dari ahli keluarga, sahabat handai dan bos mak ayah pun ada je bagi kan? Jadi, jangan terkejut kalau duit raya anak-anak anda boleh mencecah ribuan ringgit.
Ibu bapa, sebagai pemegang amanah, anda tiada hak untuk menggunakan duit raya anak-anak tu ye. Kecuali dengan izin anak dan dalam keadaan terdesak. Tapi, nanti kene ganti balik tau. Duit raya tu lah masa depan anak anda sebenarnya.
Selain buka akaun simpanan di bank, ada beberapa cara bijak lain yang di kongsikan oleh iproperty.com.my untuk simpan duit raya anak-anak anda. Antaranya:
Simpanan tetap (fixed deposit)
Seterusnya, anda mempunyai pilihan untuk menyimpan di dalam akaun simpanan tetap atau lebih dikenali sebagai akaun fixed deposit. Akaun ini sedikit berbeza daripada akaun simpanan bank yang biasa.
Baca Juga: Teknik Menabung Untuk Orang Boros Yang Tak Membebankan
Bagi akaun ini, anda perlu meletakkan sejumlah amaun minimum deposit tetap yang akan disimpan di dalam bank buat satu tempoh masa (tempoh matang) untuk mendapatkan faedah seperti yang dijanjikan.
Cara ini sesuai digunakan bagi pelaburan jangka panjang kerana ia memerlukan suatu tempoh masa untuk memperoleh hasilnya.
Kelebihan simpan wang dalam simpanan tetap
Kadar faedah yang ditawarkan lebih tinggi berbanding dengan akaun simpanan.
Membantu anak anda membentuk disiplin kewangan, bagi menunggu tempoh matang untuk mendapatkan ganjaran daripada segi faedah.
Kekurangan simpan wang dalam simpanan tetap
Tidak boleh dikeluarkan bila-bila masa. Ada pihak bank yang menawarkan pengeluaran lebih awal, namun berkemungkinan akan dikenalkan penalti atau faedah yang ditawarkan tidak akan diperoleh dengan kadar yang penuh.
Terdapat sejumlah had minimum yang ditetapkan oleh pihak bank bagi membuka akaun ini. Anda perlu mempunyai wang yang secukupnya sebelum memilih untuk membuka akaun jenis ini.

Tabung Haji (TH)
Bagi mereka yang beragama Islam, pilihan ini merupakan salah satu pilihan yang menarik untuk dibuat. Apabila duit raya atau simpanan anak di dalam Tabung Haji sudah mencukupi amaun sebanyak RM1,300, anda boleh teruskan untuk mendaftar giliran haji untuk mereka sejak dari kecil lagi!
Kelebihan simpan wang dalam Tabung Haji
Simpanan di TH adalah dijamin 100% oleh kerajaan
Simpanan di TH adalah dikecualikan daripada bayaran cukai
Simpanan di TH telah dibayar zakat 2.5%
Tiada had Simpanan di TH
Simpanan di TH adalah berlandaskan syariah Islam
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Bagi anda yang ingin fokus simpanan untuk pendidikan anak di masa hadapan, cara ini boleh dilakukan sebagai salah satu alternatif yang baik.
Kelebihan simpan wang dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
boleh membuat pengeluaran/ penutupan akaun pada bila-bila masa tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN.
Perlindungan Takaful dengan premium dibayar oleh PTPTN.
Pelepasan taksiran cukai pendapatan.
Layak memohon pinjaman pendidikan.
Simpanan dijamin oleh Kerajaan;
Anda akan menerima dividen di atas simpanan
Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)
Dana ini ialah dana unit amanah patuh Syariah yang melabur terutamanya dalam pemunyaan benefisial hartanah komersial di lokasi utama di Malaysia dengan tujuan untuk memberikan aliran pendapatan yang tetap dan konsisten kepada pelabur Bumiputera sambil mengekalkan modal pelaburan pelabur.
Apa yang menarik, anda boleh membuka akaun remaja bagi AHB ini sewaktu anak anda berusia 3 bulan lagi hingga 18 tahun di bawah nama penjaga yang sah. Maksud yang mudah di sini, anda berpeluang menggunakan duit raya anak untuk membuat dalam pelaburan hartanah sejak mereka kecil lagi bagi jangka masa panjang dengan modal minimum serendah RM100.
Kelebihan simpan wang dengan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)
Mendapat akses untuk melabur dalam hartanah komersial utama.
Pelaburan AHB adalah pelaburan patuh Shariah.
Mampu milik & Mudah didapati.
Harga dana yang tetap-RM 1.00 seunit.
Kekurangan simpan wang dengan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)
Bilangan unit yang terhad.
Pulangan tidak dilaburkan semula.
Ejen yang terhad.
Terbuka kepada golongan bumiputera sahaja.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Beli Rumah ‘Lot Bumi’ Dan ‘Non-Bumi Lot’, Ini Kelebihan Dan Kekurangannya!

Isi Kandungan
ToggleDalam pasaran hartanah di Malaysia, terdapat dua jenis kategori lot utama untuk pemilikan hartanah, iaitu Lot Bumi dan Non-Bumi Lot.
Kedua-dua jenis lot ini memainkan peranan penting dalam sistem pembelian hartanah di negara ini, terutamanya kerana terdapat peraturan-peraturan khusus yang menetapkan syarat pemilikan berdasarkan kaum dan keperluan kuota Bumiputera.

Apa itu Lot Bumi dan Non-Bumi Lot?
- Lot Bumi: Lot Bumi adalah unit hartanah yang dikhaskan untuk Bumiputera sahaja, termasuk orang Melayu dan pribumi Sabah serta Sarawak. Hartanah ini sering diberikan harga diskaun yang lebih rendah sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan pemilikan hartanah dalam kalangan Bumiputera.
- Non-Bumi Lot: Non-Bumi Lot pula merujuk kepada lot hartanah yang terbuka kepada semua kaum, termasuk Bumiputera dan bukan Bumiputera. Hartanah ini tidak tertakluk kepada kuota Bumiputera dan biasanya dijual pada harga pasaran tanpa diskaun khas.
Kelebihan Lot Bumi
- Harga yang Lebih Rendah: Salah satu kelebihan utama Lot Bumi adalah harga yang lebih rendah berbanding Non-Bumi Lot. Pemaju hartanah sering menawarkan diskaun untuk Lot Bumi bagi menarik pembeli Bumiputera. Ini membantu golongan Bumiputera memiliki hartanah dengan kos yang lebih berpatutan.
- Peluang Pemilikan Hartanah untuk Bumiputera: Lot Bumi membantu memastikan bahawa lebih ramai Bumiputera berpeluang memiliki hartanah. Ini adalah salah satu langkah kerajaan untuk mengekalkan keseimbangan ekonomi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
- Permintaan Tinggi di Kawasan Bumiputera: Di kawasan yang majoritinya adalah Bumiputera, Lot Bumi biasanya mempunyai permintaan yang tinggi. Hartanah ini lebih mudah dijual kerana lebih ramai pembeli yang memenuhi syarat pemilikan Lot Bumi di kawasan tersebut.
Kekurangan Lot Bumi
- Sekatan Pemilikan Semula: Salah satu kekurangan Lot Bumi adalah sekatan terhadap penjualan semula kepada bukan Bumiputera. Dalam kebanyakan kes, hartanah Lot Bumi hanya boleh dijual kepada Bumiputera sahaja. Ini boleh menyukarkan proses jualan semula, terutama jika permintaan dalam kalangan Bumiputera di kawasan tersebut adalah rendah.
- Nilai Pasaran yang Lebih Rendah: Disebabkan sekatan pemilikan semula dan keperluan pematuhan kuota Bumiputera, nilai pasaran Lot Bumi mungkin lebih rendah berbanding Non-Bumi Lot. Ini boleh menjadi kekurangan bagi mereka yang ingin memperoleh keuntungan tinggi daripada pelaburan hartanah mereka.
- Proses Penukaran Status yang Rumit: Jika pemilik ingin menukar Lot Bumi kepada Non-Bumi Lot, mereka perlu melalui proses yang rumit dan berdepan dengan risiko permohonan ditolak. Ini termasuk kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan serta bayaran fi tertentu.
Kelebihan Non-Bumi Lot
- Kebebasan Jual Beli: Non-Bumi Lot tidak terikat kepada sekatan kaum dalam pemilikan atau penjualan. Pemilik boleh menjual hartanah mereka kepada sesiapa sahaja, sama ada Bumiputera atau bukan Bumiputera. Ini memberi lebih banyak fleksibiliti dari segi potensi pembeli dan nilai jualan semula.
- Nilai Pasaran yang Lebih Tinggi: Secara amnya, Non-Bumi Lot mempunyai nilai pasaran yang lebih tinggi kerana ia tidak terikat kepada sekatan kuota atau sekatan kaum. Nilai hartanah ini cenderung meningkat lebih cepat, terutamanya di kawasan bandar dan kawasan yang mempunyai permintaan tinggi daripada semua kaum.
- Potensi Keuntungan Pelaburan yang Lebih Besar: Bagi mereka yang ingin melabur dalam hartanah, Non-Bumi Lot menawarkan potensi keuntungan yang lebih besar. Ini adalah kerana nilai pasaran yang lebih tinggi dan permintaan yang luas dalam kalangan semua kaum.
Kekurangan Non-Bumi Lot
- Harga yang Lebih Tinggi: Non-Bumi Lot dijual pada harga pasaran penuh, yang biasanya lebih tinggi berbanding Lot Bumi. Ini boleh menjadi cabaran terutamanya bagi golongan yang berpendapatan sederhana yang ingin membeli rumah di kawasan bandar yang mahal.
- Persaingan yang Tinggi: Non-Bumi Lot sering kali mempunyai persaingan yang lebih tinggi kerana ia terbuka kepada semua kaum. Permintaan yang tinggi ini boleh menyebabkan harga hartanah meningkat dengan cepat, terutamanya di kawasan strategik.
- Tiada Diskaun atau Insentif: Tidak seperti Lot Bumi, Non-Bumi Lot tidak mempunyai diskaun atau insentif khas yang ditawarkan kepada pembeli. Ini bermakna pembeli perlu bersedia dengan kos yang lebih tinggi tanpa bantuan daripada pihak pemaju atau kerajaan.
Pemilihan antara Lot Bumi dan Non-Bumi Lot bergantung kepada keperluan serta keadaan kewangan individu. Bagi Bumiputera yang ingin memiliki rumah pertama dengan harga yang lebih berpatutan, Lot Bumi mungkin merupakan pilihan yang baik. Walau bagaimanapun, mereka yang ingin pelaburan jangka panjang dan tidak mahu terikat dengan sekatan pemilikan boleh mempertimbangkan Non-Bumi Lot.
IMPIANA : Secara amnya, kedua-dua jenis lot ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri. Memahami perbezaan antara Lot Bumi dan Non-Bumi Lot adalah langkah penting dalam membuat keputusan yang bijak dalam pembelian hartanah di Malaysia.
Mesti Baca:‘Hartanah Overhang’ Membimbangkan, Banyak Rumah Siap Dibina Bawah RM300K Tak Dapat Terjual!
Baca Lagi Di Sini:Jual Beli Hartanah, Jangan Sampai Tertipu, Elok Dapatkan Khidmat Nasihat Peguam/Ejen
Artikel Menarik:Beli Hartanah Tapi Tak Boleh Pindah Milik Nama Anda? Peguam Ini Kongsi Cara Yang Boleh Anda Buat
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Kelebihan Membeli Kediaman Sub-Sale Yang Anda Perlu Tahu

Isi Kandungan
ToggleSecara amnya, rumah subsale membawa maksud rumah secondhand, atau kediaman yang sedia ada dan sudah pun mempunyai pemilik lain sebelum pembeli baru.
Ramai yang berpendapat membeli hartanah subsale memerlukan kos yang banyak untuk dibaikpulih agar keadaan rumah nampak seperti yang baru. Namun begitu, dalam pada kita nampak keburukannya, kenapa tidak kita melihat kebaikannya pula?
Kebaikan Membeli Rumah Subsale di Malaysia?
LOKASI LEBIH STRATEGIK
Kalau kita lihat kepada hartanah yang baharu. kebanyakannya terletak di lokasi yang hebat-hebat, tetapi pasaran hartanah Subsale masih lagi mampu menyainginya kerana kebanyakan pembangunan baru dibina di bandar-bandar satelit.
Sebagai contoh, Petaling Jaya merupakan bandar satelit bagi KL, dan Kota Damansara adalah bandar satelit bagi Bandar Utama. Meskipun harga pasaran hartanah di Petaling Jaya tidaklah setinggi di KL, sudah pasti anda masih boleh untuk mencari hartanah di Bandar Utama yang jauh lebih murah berbanding di Kota Damansara.
Jadi anda boleh mendapatkan rumah yang bagus pada harga yang lebih rendah sebenarnya dengan membeli Rumah Subsale.
PEMBANGUNAN
Kepelbagaian pembangunan yang sedia ada di sekeliling menjadi salah satu kebaikan membeli rumah Subsale, seperti adanya sekolah, taman rekreasi, masjid atau mungkin shopping mall yang berdekatan.
Kebanyakan orang lebih prefer dengan pembangunan yang dah ada depan mata, yang mana memang benda tu dah pasti dan sedia ada. Jadi anda akan lebih percaya dengan kawasan yang anda beli tu. ‘What you see is what you get’.
Kenapa saya kata begitu? Mana taknya. Ada segelintir yang hanya ‘indah khabar dari rupa’. Signboard di sana sini mengatakan ada pembinaan seperti Taman Jepun dan Taman Rekreasi. Sudah bertahun-tahun dan pun berlalu, hanya rumput dan lalang saja yang tumbuh. Tak ke sedih tu.
KENALPASTI KEROSAKAN
Sering kali apabila anda membeli hartanah baru, ada kemungkinan bahawa pemaju menggunakan kurang bahan berkualiti yang mencukupi dan akan mengakibatkan cat retak dan siling bocor dalam masa kurang dua tahun.
Namun begitu, jika anda membeli rumah Subsale, rumah tu akan ada cukup masa matang yang mana anda boleh lihat mana kerosakan yang berlaku semasa sesi viewing. Misalnya siling bocor sebagai masalahnya, anda akan dapat lihat cat bengkak. Jika dinding retak sebagai masalahnya, anda akan dapat melihatnya dengan mata kasar anda.
Jadi semuanya anda dapat nilai terlebih dahulu sebelum membeli.
KENALI JIRAN
Bayangkan, anda dah beli rumah idaman anda, anda masuk dengan happy sekali. Tiba-tiba anda baru tahu yang anda dapat jiran yang suka pasang lagu kuat-kuat, jenis yang kuat bergaduh dan suka buang sampah merata-rata.
Ini akan jadi satu mimpi ngeri buat anda. Apa yang boleh anda buat ialah buat laporan pada pihak pengurusan jika anda tinggal di rumah strata titled atau call polis je kalau kejiranan anda buat bising lebih daripada pukul 12 tengah malam, tapi ini bukanlah point tepatnya. Sebenarnya tak perlu pun buat semua ni. Sebab apa?
Sebab itulah kebaikannya membeli rumah subsale. Anda tak suka dengan suasana kawasan kejiranan sebegini, anda boleh cari rumah subsale yang lain.
TIADA KELEWATAN
Selalunya ada risiko pelancaran perumahan baharu yang tidak memenuhi tarikh akhir mereka. Dan ada juga kes yang pemaju menghilangkan diri meninggalkan projek tersebut secara terbengkalai. Oleh itu, dengan membeli rumah Subsale atau pembinaan yang dah selesai ni, anda dah tak payah nak fikir banyak, sebab produknya dah memang ada dan wujud. Hanya perlu mainkan peranan sebagai tuan tanah je untuk langkah seterusnya.
Kesimpulannya
Itulah antara kebaikan yang dapat diperoleh hasil membeli rumah subsale. Perlu diingat, setiap pembelian rumah pasti ada ‘pros and cons’.
Setiap individu juga ada pilihan dan citarasa masing-masing. Semuanya terpulang pada anda dalam menentukan pilihan yang terbaik buat diri.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI