Luar Negara

BECKHAM Beli Mahligai Mewah Tepi Pantai Miami RM341 Juta, Berkeluasan 14,270 Kps

Share

Pasangan selebriti antarabangsa terkenal David Beckham,49 dan Victoria,50 dilaporkan telah membeli sebuah kediaman mewah di tepi pantai Miami, Florida, Amerika Syarikat yang berharga RM341 juta ($80m).

Kediaman mewah terbaru di Miami ini telah direka oleh Choeff Levy Fischman dan dibina oleh Antrobus Design Collective dan Bart Reines pada tahun 2023. Ia berkeluasan 14,270 kaki persegi dilengkapi dengan 9 bilik tidur, 13 bilik air, spa dan bilik urut, panggung wayang, dok peribadi kapal layar, kolam renang infiniti dengan pemandangan Biscayne Bay yang menakjubkan.

     

Beckham dikatakan jatuh cinta dengan rekaan kediaman mewah yang baru dibina di Miami ini yang berkonsep ‘modern waterfront masterpiece’ dan dijangka bakal berpindah ke rumah agam tersebut pada tahun depan.

Aset Hartanah Terbesar Beckham

Pemain bola sepak lagenda dunia dan pereka fesyen ini sangat menyukai permandangan laut yang terbentang luas di hadapan rumah baru mereka. Lokasi nya juga hanya 40 minit pemanduan ke stadium pasukan Beckham iaitu Inter Miami CF.

Rumah ini terletak di North Bay Road, kawasan kejiranan ramai selebriti seperti Matt Damon dan Jennifer Lopez, penyanyi popular Shakira dan Bee Gee Barry Gibb.

Pembelian mahligai mewah di Miami ini sekaligus menjadi aset terbesar dalam portfolio hartanah Beckham. Sebelum ini pasangan ini telah memiliki rumah ‘town house’ bernilai RM174 juta (£31m) di London’s Holland Park, rumah pinggir bandar berharga RM67juta (£12m) di Cotswolds dan penthouse apartment mewah 5 bilik tidur di Miami bernilai RM101juta (£18m) pada tahun 2020.

Mesti Baca: Selepas Lebih Sedekad, Rumah Mewah MICHAEL JORDAN Berjaya Dilelong RM63 Juta
Baca Lagi Di Sini: Pernah Jadi Hotel, Kediaman Mewah Saif Ali Khan & Kareena Kapoor Bernilai RM500 Juta!
Artikel Menarik:

Intai Rumah Termahal Di Dunia Milik AMBANI, Menjulang Tinggi Di Tengah Kota

IMPIANA: Tahniah atas pembelian mahligai mewah. Pasangan selebriti ini, antara yang bijak dalam merebut peluang membuat pelaburan hartanah.

Sumber: Daily Mail, architecturaldigest

Published by
Suhaidah Wahab