Bedikit Dahulu Bersenang Kemudian

Share

Sebuah rumah lama yang terletak di tengah badar raya Kuala Lumpur ini cukup menarik perhatian IMPIANA, kini rumah ini bukan lagi rumah lama kerana sudah berwajah baru. Pasangan merpati dua sejoli ini Nurul Ashikin Amran, 32 dan suami Muhamad Hazlee Abu Bakar,32 mempunyai minat yang sama dalam menghias rumah milik mereka. Ingin tahu kisah pasangan ini menghias rumah mereka? Jom dengar cerita Ashikin cerita di sebalik rumah berwajah Pinterest ini.

“Sejarah rumah kami yang berukuran 1500sqft ini telah lama dibeli oleh mertua saya, sejak tahun 1993 lagi. Kami menetap di sini sejak 2014 selepas berkahwin. Rumah ini adalah pemberian ibu bapa mertua dan diserahkan kepada kami sebaik sahaja kami berkahwin. Pada mulanya keadaan rumah ini sangat menduka citakan. Pagar senget, tiles terkopak, tandas dan dapur sangat menyedihkan. Kami hanya merenovasi bahagian yang teruk dan membaiki kerosakan rumah. Mana tidaknya, saat itu baru berkahwin kan! Kekangan kewangan pada waktu itu dan tidak boleh membuat perubahan renovasi yang banyak. Selepas 6 tahun berkahwin, kami ‘decide’ untuk memberi lebih keselesaan pada anak kami yang lama kami tunggu selama 5 tahun. Jadi major renovasi bermula sebaik habis PKP pada June 2020 sehingga Nov 2020.” jelas Ashikin.

Menyentuh mengenai rekaan pula Ashikin dan suami yang melukis dan mereka susun atur dalam rumah mereka ini dengan menggunakan sketchup software pada bulan Feb 2020. Untungnya pasangan ini adalah civil engineer. Jadi mereka mempunyai sedikit sebanyak ilmu asas structure rumah. Hmmm patutlah rumah mereka ni menjadi ye walaupun design sendiri. Terasa macam tengok gambar di dalam Pinterest pula.

“Kerana ruang rumah yang agak terhad, kami memilih dinding putih dan ‘open style’ konsep supaya dapat memberi ilusi luas. Kami juga meletakkan konsep English moden dan sedikit ciri scandinivian untuk dekorasi rumah kami”, terang Ashikin lagi. Dalam membina rumah idaman pastinya mempunyai pengalaman bukan, apa pula pengalaman pasangan ini.

Pengalaman renovasi yang lepas banyak mengajar mereka dalam pelbagai masalah dan sudut tentang ubah suai ini. Jadi pasangan ini agak berhati hati dalam pemilihan kontraktor, carpenter dan sebagainya. Ashikin dan suami sering melawat ke rumah mereka setiap hari untuk monitor dan supervise pekerja-pekerja semasa renovasi berlaku. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.

Ribuan terima kasih kepada @ashikinamran yang sudi berkongsi kisah kediaman indah mereka ini yang mungkin boleh dijadikan inspirasi kepada semua di luar sana.

Published by
Impiana