Bela Ikan Sambil Buat Kebun Air, Macam-Macam Pokok Boleh Tanam

Share

Menarik idea membela ikan sambil buat kebun air kerana macam-macam pokok boleh ditanam dan menjadi penyeri dilaman rumah. Ini yang dikongsikan oleh Mohd Faisal Yusuf,yang membuat sendiri kebun air untuk hiasan di laman rumahnya.

Saya cuba bela ikan sambil buat kebun air. Maka saya pun tiruvasi idea buat akuarium guna pasu.

Saya guna pasu yang sedia ada ja, macam-macam pokok kita boleh tanam. Kat bawah ni bahan-bahan yang saya guna. Kot ada yang nak buat sama.

Bahan-Bahan:

Pasu besar (plastik / tanah liat)
Batu putih / batu sungai
Aqua soil
Pengikat kabel
Kayu hanyut / driftwood
Clear silicone sealant
Pokok pandan
Pokok pegaga
Aquatic plant
Ikan guppy
Barang-barang ni saya beli dari dua kedai. Kedai ikan hiasan dan nursery.

Cara Membuat:

1.Boleh mula dengan apa yang ada untuk berjimat. Plastik atau tanah liat, dua dua boleh.

2. Boleh guna clear silicone untuk tutup lubang pada pasu jika ada.

3. Batu sungai ni adalah pilihan. Guna boleh, tak guna pun okey. Ada macam-macam batu boleh pilih. Basuh dulu ya.

4. Aqua soil digunakan untuk yang nak ada tanaman terus ke tanah.

5. Kenapa guna aqua soil? Sebab air boleh maintain jernih.

6. Saya buat tapak untuk letak pokok. Kalau pasu tak tinggi, tak perlu pun stand atau holder begini.

7. Saya lekatkan guna screw memandangkan pasu saya plastik. Mudah untuk tembus. Saya guna silicone tadi untuk pastikan tiada air yang meleleh.

8. Pokok pandan. Kenapa pandan? Pandan bagus untuk ikan. Lagipum pandan boleh hidup walaupun akar terendam dalam air.

9. Pegaga. Pegaga pun boleh hidup asalkan akar mencecah air. Senang jaga pun ya juga. Pilihan lain, boleh cuba money plant.

10. Ini kayu hanyut. Cari di sungai sendiri atau pi kedai ikan hiasan.

11. Saya ikat pegaga tadi pada driftwood guna pengikat kabel. Kena pandai adjust ikut kesesuaian pasu.

12. Nama pun kebun dalam air, kena ada pokok hidup dalam air. Cantik pun cantik.

13. Kedai akuarium banyak ja pokok air. Satu ikat tu ada banyak ja tangkai. RM4 gitulah sejenis.

14. Sebelum tanam, lembapkan dulu tanah. Kemudian cucuk-cucuk je dalam aqua soil.

15. Saya buat landscaping dengan batu. Di kedai akuarium ada. Harga ikut berat.

16. Masukkan air yang dah ada anti klorin. Kemudian masukkan ikan pilihan ikut citarasa masing-masing.

Siap!

Semoga Bermanfaat, Selamat Mencuba!

Mesti Baca:Pokok Pandan Subur Tanpa Tanah, Rendam Dalam Air Pun Hidup
Baca Lagi Di Sini:Tanam 6 Jenis Tumbuhan Ini Mujarab Dari Gigitan Nyamuk
Artikel Menarik:6 Jenis Tanaman Air Berbunga Yang Cantik, Buat Kolam Di Laman Anda Lebih Menarik

IMPIANA: Menarik juga idea ‘kebun air’ yang dikongsikan ini. Sambil bela ikan hiasan boleh juga tanam pokok-pokok kecil. Boleh menjadi hiasan pada laman rumah.

Sumber:Mohd Faisal Yusuf

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Binti Abd Wahab