Laman

Belacan + Ubat Gegat Cegah Monyet Dan Babi Hutan

Share

Monyet, babi hutan, memerang, biawak adalah antara haiwan perosak atau ancaman utama tanaman dan haiwan ternakan. Sudah pelbagai cara yang dilakukan untuk mencegah kehadiran haiwan perosak ni termasuklah bina pagar untuk menghalang ia masuk ke kebun.

Ada lagi satu teknik yang digunakan dan menjadi amal pekebun iaitu dengan menggunakan cecair yang dipanggil kencing harimau. Aromanya digeruni oleh haiwan perosak terutamanya monyet dan babi hutan. Namun, agak susah dan harganya pun boleh tahan mahal di pasaran. Sebagai ganti, anda boleh hasilkan sendiri aroma kencing harimau dengan menggunakan beberapa bahan mudah dan murah seperti yang dilakukan oleh En. Wan Mohd Khairy

Bahan-bahan:
1 bahagian ubat gegat/lipas
1 bahagian belacan
Kain
Tali

Cara-cara:
1. Tumbuk dan hancurkan belacan dan ubat gegat
2. Gaul sehingga sebati
3. Bungkus bahan adunan di dalam kain
4. Gantung di sekitar sempadan kebun. jarak anytara satu bungkusan lebih kurang 5 meter

Published by
Impiana