Banyak kita baca di dada akhbar tentang keluh kesah yang dialami oleh ramai pembeli rumah subsale. Bahagian pinjaman serta urusan pembayaran sudah diuruskan, tetapi timbul pula permasalahan tentang kesulitan penukaran nama pemilik daripada pemilik lama kepada yang baharu.
Isu ini telah dikupas oleh Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), En Salkukhairi Abd Shukor. Ikuti perkongsiannya agar pemilik kediaman di luar sana dapat pencerahan secara lengkap bagaimana untuk menguruskan pindahmilik nama hartanah.
1. Biasa berlaku, sesuatu hartanah yang dibeli kadang-kadang tidak dapat dipindah milik kepada nama pembeli.
Perkara ini mungkin disebabkan oleh:
i. Terdapat syarat tersirat daripada pihak berkuasa negeri yang menghalang ianya dipindahmilik dalam tempoh-tempoh tertentu misalnya 5 tahun atau 10 tahun (contoh : tanah yang baru diberi milik oleh kerajaan negeri, tanah kurnia, perumahan PR1MA dan lain-lain),
ii. Tidak mendapat kelulusan kebenaran pindah milik (consent) daripada kerajaan negeri atas sebab-sebab tertentu (contoh : belum cukup tempoh tertentu, jual daripada Melayu kepada bukan Melayu dan lain-lain),
iii. Terdapat sekatan undang-undang yang menghalang pindah milik ke atas bahagian yang tidak boleh dipecah bahagi (contoh: beli sebahagian tanah geran kongsi),
Ads
iv. Terdapat sekatan undang-undang yang menghalang pindah milik sesuatu tanah dilakukan (contoh : beli tanah yang tertakluk kepada Akta GSA seperti tanah FELDA dan sebagainya)
2. Sekiranya anda menghadapi masalah di atas, apakah solusi alternatif yang boleh dilakukan untuk melindungi hak dan kepentingan anda sebagai pembeli?
Antara solusi alternatif yang boleh dilakukan adalah :
i. Lantik peguam hartanah yang berpengalaman,
Ads
ii. Peguam hartanah akan sediakan Surat Wakil Kuasa Penuh (Full PA), di mana melalui Full PA tersebut tuan tanah memberikan kuasa penuh kepada pembeli untuk menguruskan dan melakukan segala apa yang perlu berkaitan tanah tersebut seolah-olah pembeli adalah pemilik kepada hartanah tersebut, dengan syarat pembeli hendaklah menjelaskan keseluruhan harga jual beli kepada tuan tanah melalui peguam selaku stakeholder.
iii. Peguam akan daftar PA di Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah.
iv. Jika perlu dan bersesuaian, peguam juga akan sediakan dokumen-dokumen tambahan seperti Perjanjian Tambahan, Surat Ikatan Amanah dan lain-lain,
Ads
v. Melalui peguam yang dilantik, pembeli akan masukkan kaveat persendirian ke atas hartanah tersebut untuk melindungi hak dan kepentingannya.
Walau bagaimanapun, solusi alternatif yang saya nyatakan di atas hanyalah secara umum sahaja. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan proper legal advice daripada Peguam hartanah anda kerana setiap kes mungkin berbeza antara satu sama lain.
Cuma PERLU DIINGATKAN, solusi alternatif di atas hanyalah BERSIFAT SEMENTARA SAHAJA sehingga urusan pindahmilik dilakukan.
Perlu juga diingatkan, selagi belum dipindahmilik kepada nama anda, anda masih TETAP BERHADAPAN DENGAN RISIKO. Ini kerana Kanun Tanah Negara hanya mengiktiraf pendaftaran pindah milik sebagai bukti yang tidak boleh disangkal terhadap hak pemilikan sesuatu hartanah. Jadi nak tak nak, perlu juga diusahakan agar ianya di pindah milik kepada nama anda.
Sekian, terima kasih.
SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kotak fius atau DB box (Distribution Board) alat yang akan ada dalam setiap kediaman dengan bekalan elektrik.
Ia berfungsi untuk mengagihkan bekalan elektrik ke litar-litar dalam bangunan dan mengandungi fius atau pemutus litar (MCB) untuk melindungi daripada lebihan arus atau litar pintas.
Kegagalan kotak fius ini berfungsi dengan baik boleh mendatangkan bahaya kepada penghuni rumah. Justeru ia boleh menyebabkan berlakunya renjatan elektrik jika penghuni menggunakan alat elektrik yang tidak berfungsi dengan baik atau berlaku kebocoran arus.
Oleh itu menurut Amal Combination, peranti di dalam kotak ini terutamanya ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker / Pemutus Litar Bocor Kebumi) sebaiknya diuji sebulan sekali bagi memastikan ia berfungsi jika berlaku apa-apa kepincangan arus elektrik di rumah.
Pentingnya periksa kotak fius DB di rumah
“Satu ketika dulu kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang rakan dalam industri muzik iaitu Allahyarham Eddy Wan Othman, dan dikhabarkan kematian Allahyarham disebabkan terkena renjatan elektrik pemanas air.
“Di sini saya ingin kongsikan, info yang mungkin ada yang dah tahu, mungkin belum, mungkin terlupa atau mungkin ambil ringan.
Perkongsian ini adalah umum untuk semua, namun ia perlu diambil tahu,”ujarnya dalam satu perkongsian di media sosial.
Gambar di bawah ni adalah KOTAK FIUS AGIHAN (DB), semua rumah mesti ada kotak ini.
Di dalam kotak ini mempunyai beberapa peranti yang penting dalam sistem pengaliran elektrik rumah. Antaranya yang biasa kita gunakan adalah Main Switch, ELCB & MCB yang masing-masing ada fungsi keselamatan yang tersendiri.
“Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah peranti ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker / Pemutus Litar Bocor Kebumi).
“Dalam kotak fius agihan, fungsi ELCB, ELCB akan memutuskan bekalan elektrik jika ada berlaku kebocoran arus pada alatan elektrik yang kita gunakan dalam rumah kita.
“Maksudnya jika wayar api bocor pada alatan tersebut, automatik peranti ELCB akan putuskan bekalan.
“Arus yang bocor terus akan dibawa ke bumi dengan sistem pembumian, secara langsung boleh menyelamatkan alatan elektrik berkenaan dan juga menyelamatkan seseorang yang memegang alat berkenaan,”ujarnya.
Bagaimana untuk pastikan kotak fius berfungsi
1. Pertama, pastikan semua alatan elektrik anda disambung dengan wayar bumi (wayar hijau) dengan sempurna, wayar bumi akan membawa arus bocor terus ke bumi.
2. kedua, peranti ELCB tersebut perlu kita uji sendiri sebulan sekali, dengan menekan butang ‘T’ atau ‘Test Trip’ dan di peranti ELCB itu sendiri ada tertulis ‘PUSH MONTHLY’.
3. Jika di tekan tetapi tidak trip, bermakna rumah kita dalam keadaan bahaya dan peranti ELCB tersebut WAJIB ditukar oleh mereka yang mahir.
“Jadi lepas ini cubalah tekan ‘test trip’ ELCB pada DB rumah masing-masing, kalau tak trip, cepat-cepat tukar,”pesan beliau.
Kerajaan bercadang untuk memberikan pelepasan cukai individu bagi pemilikan rumah pertama sehingga RM7,000.
Siapa je yang tidak mahu memiliki rumah sendiri, namun dek kos hidup tambahan lagi di bandar-bandar besar membuatkan kita berfikir dua kali untuk membeli rumah.
Baru-baru ini dalam belanjawan 2025, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelepasan cukai itu bagi menggalakkan pemilikan rumah pertama dalam kalangan rakyat.
Rumah Pertama
“Kerajaan bercadang memberikan pelepasan cukai individu sehingga RM7,000 ke atas bayaran faedah pinjaman perumahan.
“Pelepasan cukai sehingga RM7,000 itu diberikan bagi rumah kediaman berharga sehingga RM500,000,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Parlimen, pada Jumaat.
Sementara itu, Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata, pelepasan cukai sehingga RM5,000 turut diberikan bagi rumah kediaman berharga melebihi RM500,000 hingga RM750,000.
“Pelepasan ini boleh dituntut bagi tiga tahun taksiran berturut-turut ke atas perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2027,” katanya.
Sekiranya anda biarkan jentik-jentik terus membiak di sekitar rumah anda, maka risiko untuk penyakit demam berdarah dan denggi akan meningkat. Kriteria tempat yang gemar bagi jentik-jentik membiak adalah tempat yang gelap, tempat longgokan sampah, takungan air dan kawasan yang lembab.
Jentik-jentik harus segera dibasmi untuk mengurangkan risiko penyakit demam berdarah dan denggi. Selain membersihkan tempat tinggal anda dan menutup takungan air, anda juga harus melakukan pembasmian terhadap jentik-jentik secara drastik. IMPIANA akan memberikan anda trick untuk membasmi jentik-jentik di berbagai tempat dengan bahan-bahan khusus.
Cara Membasmi Jentik-jentik
Tahukah anda bahawa jentik-jentik selalu berada di takungan air yang tidak tertutup. Misalnya, anda meletakkan barang terbuang di depan rumah dan air hujan bertakung pada barang terbuang tersebut. Takungan air di dalam barang terbuang berpotensi menjadi tempat membiak jentik-jentik.
IKAN GUPPY
Tidak semua ikan suka memakan jentik-jentik. Namun, ikan guppy sangat menyukai jentik-jentik. Anda boleh meletakkan ikan gapi di buyung dan kolam ikan anda. Ikan guppy akan membasmi jentik-jentik yang berada di air.
DAUN SIREH
Segenggam daun sireh muda direbus dengan 1 liter air. Rebus daun sireh sehingga layu dan sejukkan air rebusannya selama beberapa minit. Setelah air rebusan sireh ini sejuk, tuangkan air rebusan sirih ke dalam kolam mandi. Daun sirih dapat menjadi antiseptik alami untuk membasmi pembiakan jentik-jentik di kolam mandi anda.
GARAM KASAR
Percayakah anda bahawa garam kasar boleh digunakan untuk membasmi jentik-jentik yang sudah membiak banyak? Garam kasar yang hendak digunakan harus dicuci terlebih dahulu. Setelah itu, jemur garam sampai kering, lalu tumbuk sampai halus. Taburkan serbuk garam ini ke koalm mandi atau kolam ikan. Dijamin, jentik-jentik yang berada di dalam air akan terus mati dengan segera kerana garam kasar memiliki tahap kemasinan yang sangat tinggi.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.