Rumah Tradisional Melayu kaya dengan keindahan warisan senibinanya yang asli. Baik dari segi reka bentuk bentuk bumbung, rumah, perletakan susun atur ruang, mahupun pemilihan material yang digunakan.Rumah lama sebegini sewajarnya dipelihara sebaiknya supaya ia berkekalan terjaga sebagai satu peninggalan warisan khazanah untuk tatapan generasi akan datang.
Siapa sangka rumah kayu kampung ini asalnya merupakan ‘rumah tinggal’ yang buruk dan hampir roboh kerana tidak terjaga bertahun lamanya. Namun atas inisiatif mengekalkan rumah tradisional melayu, pemilik membeli rumah ini dan membaik pulih semula rumah tersebut.
Menurut pemilik, rumah tinggal ini dibeli dengan harga hanya RM7,000. Dirobohkan, dipasang semula dan tambah kayu untuk pembinaan semula. Buat secara sedikit demi sedikit memakan masa hampir 5 tahun kerana terhenti sewaktu PKP dahulu. Namun kini hampir siap, walau belum sepenuhnya.
Terletak di Kuala Linggi, Melaka dan berhampiran dengan tepi pantai, ternyata menambahan keindahan dan ketenangan rumah ini yang cukup mendamaikan dengan sepoi-sepoi angin laut.
Rumah kampung ini mempunyai keluasan anggaran bukaan lebar 40 Kaki dan panjang 60 Kaki. Rumah ini mempunyai 4 bilik dengan spesifikasi ruang 2 bilik di tingkat atas dan ruang tamu, manakala di tingkat bawah 2 bilik dan beranda/anjung.
“Beli rumah lama yang sudah ditinggalkan. Dibuka dan dipasang semula bahagian bawah ditinggikan untuk dibuat bilik batu. Bahagian atas kekal kayu asal. Mana-mana yang reput ditukar baru,”
“Atap tanah liat beli second hand, tangga rumah dibina semula di bahagian tepi untuk tidak menghalang pemandangan luar supaya praktikal susun aturnya,”ujar pemilik.
Pemilik mempunyai pandangan dan alasan tersendiri dalam membaik pulih rumah lama. Baginya, pemilihan meterial moden masakini perlu diterapkan dalam binaan rumah lama sebegini supaya ia praktikal dan ketahanan jangka panjang berbanding hanya menggunakan material kayu yang terdedah dengan risiko anai-anak dan sukar dijaga.
“Rumah kayu binaan baru ni barangkali kurang kita jumpa berbanding rumah batu.Makanya ianya agak menarik pandangan umum.Yang ada pun rumah-rumah lama peninggalan orang tua kita. Majoritinya sukar untuk dibaik pulih kerana material kayu ni senang reput dan kalah dengan anai-anai,”
“Apapun akhir-akhir ini ada kecenderungan untuk membaik pulih peninggalan warisan atok nenek kita. Mungkin bahan-bahan baru seperti cement fibre, c channel, cement board, PVC ceiling dan lain-lain boleh di explore untuk diterapkan baik pulih rumah-rumah lama. Kos bahan-bahan baru ni agak berpatutan juga,”ujarnya.
Pemilik juga berkata, rumah kampung tradisional sebegini sewajarnya dibaik pulih, dikekalkan dan berpontensi untuk dijadikan rumah inap desa (homestay).
“Rumah-rumah lama di kampung-kampung ni makin lama makin hilang ditelan zaman dan di tukar kepada rumah batu. Rumah-rumah kayu warisan yang dah tak dijaga ni saya berpendapat sangat-sangat berpotansi untuk jadikan kampung homestay. Ramai yang dah berjaya baik pulih dan pada masa yang sama dapat kekalkan sebagai tinggalan warisan kita untuk dirasai anak cucu juga,
“ujarnya.IMPIANA: Alhamdulillah, tahniah atas inisiatif membaik pulih semula rumah tradisional warisan melayu ini. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain, supaya turut menjaga dan mengekalkan senibina rumah kampung yang ada.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Mesti Baca:Renovasi Rumah Lama Dengan Gaya Jepun. Rona Neutral Jadi Elemen Penting!
Baca Lagi Di Sini:Dekorasi Rumah Lama Usia 30 Tahun, Bila Dah Siap Renovasi Terus Nampak Moden
Artikel Menarik:Memartabatkan Kesenian Warisan Malaysia, Temple Tree Resort Bina Semula 8 Buah Rumah Lama Dari Serata Tanah Air
Sumber: Rumah Malaysia